Bab 21 : Pengakhiran

Start from the beginning
                                    

  "Ya, aku tahu!" Raja mencungap perlahan. Dia panik. Seiring dengan paniknya, sakit dadanya menyerang.

  "Dan apa yang dia dah lakukan sebenarnya?? Klon 06 tu Aqilah! Apa yang dia nak buat-"

  "Aku tak tahu!!"

  Raja masih mencungap-cungap. Semakin laju.

  "Kau... okeykah?"

  "Tak. Virus tu... d-dah beri kesan kepada aku."

  Ansar mengeluh risau. Dia berfikir-fikir.

  "Virus Biave. Agaknya virus itulah yang menyerang kita di Adventure. Jadi nampak sangat virus tu dicipta oleh QASA."

  "Tapi virus tu dalam badan Hafiz sudah tiada. Maksudnya Khairul Bakri hendakkan Hafiz. Dia nak guna Hafiz--"

  Ayat Raja terhenti di situ.

  "Err... Raja? Kau okey tak?"

  Bagai terhenti nafasnya. Raja sudah tahu. Dia sudah dapat agak apa yang akan dilakukan lelaki jahat itu. Dia lihat Ansar dengan pandangan risau berbaur kejutan, "Khairul Bakri ubah Hafiz.. Dia ubah Hafiz untuk jadikannya-"

  Pintu terkuak lagi. Raja dan Ansar tidak sempat berpura pengsan. Khairul Bakri sudah nampak.

  "Eh, dah terjaga? Haih, tak terfikir aku yang kalian akan bangun."

  "Kau tak guna!"

  Khairul Bakri meletak secawan kopinya di atas meja. Dia duduk, menayang senyum.

  Ansar menjerit lagi, "Apa kau nak buat pada kami, hah?? Kenapa kau tak biarkan kami mati sahaja di laut tu!?"

  "Oh well, takkan aku nak sia-siakan kerja keras Zaim?"

  Ansar dan Raja terpaku, seakan tidak percaya.

  "Kau... kau bekerja dengan Zaim..."

  "Itu apa yang kau fikir. Tapi tidak. Aku tak perlukan saintis seperti dia. Ciptaannya penuh cacat cela. Kalian bukti kecacatan itu."

  "Dan kau," ujar Raja, "nak membaiki kecacatan tu."

  Ansar renung Raja. Tidak mungkin. Bukan apa yang dia pernah fikirkan.

  Khairul Bakri tertawa singkat. "Hahaha, ya... Lebih kepada 'mengitar semula'. Daripada terus bunuh untuk halang kebocoran maklumat sulit QASA, lebih bagus aku guna semula klon-klon Zaim."

  Khairul Bakri menghirup sedikit kopi. Seraya itu dia bangun. Sengaja dia berjalan mendekati Raja.

  "Klon 02, F-Fithri? Namanya Fithri? Baiklah, tak kisahlah apa namanya. Dia, aku cuba jadikan klon baharu. Klon yang ikut semua arahan aku. Macam robot, tidak berperasaan. Tidak berperikemanusiaan. Dengan sedikit ubahsuai sintetik dalam kepalanya, aku akan jadikannya patuh hanya kepada aku... Tapi malang... Fithri sudah hampir habis dilahap virus yang aku cipta, yang kau takut-takutkan itu.

  Dengan erti lain, dia sudah tak berguna. Aku perlu hapuskannya. Maaf."

  Sakit dada Raja semakin membinasa apabila amarahnya meluap-luap dalam diri.

  Ansar pula didekati. Tali leher dibetul-betulkan.

  "Klon 06. Aku dapat tahu dia 'awek' kau?"

  "Kau jangan sentuh dia!"

  "Ah, aku perlu jadikan klon baharu. Kitarkan dia semula. She's really strong, and I'm not going to waste this clone."

  Giginya diketap rapat. Penumbuk diggenggam. Merah padam wajah Ansar menahan geram. Rasa hendak dibelasah sahaja lelaki itu namun, bagaiman? Ansar sendiri terikat, tidak berdaya melawan.

PlutoWhere stories live. Discover now