Bab 24

6.1K 256 55
                                    

"MISS! Saya tak faham lah double integration ni. Nak integrate mana satu dulu?"tanya Afiqah lalu ditunjuknya buku latihannya.

Ariana meneliti soalan yang ditunjuk Afiqah. "Ohh. Integrate mana mana dulu pun boleh except kalau dia mention suruh integrate dxdy or dydx. Since soalan ni general and suruh guna double integration, awak boleh je nak integrate x or y dulu"jelas Ariana terang dan mudah untuk difahami.

"Oh okay miss. Thanks!"ujar Afiqah lalu pergi ketempat duduknya.

Ariana hanya tersenyum kecil. Persekitaran perpustakaan itu diimbas sekali. Hanya beberapa orang sahaja yang ada ditingkat 3 itu selain dari mereka bertujuh.

Lantas wajah enam orang pelajarnya dipandang satu persatu. Namun pandangannya terhenti pada Sabrina yang seperti sudah berputus asa dengan soalan Matematik II itu.

Ariana terus bangun dan menuju kepada Sabrina yang duduk dihujung meja. Sabrina yang tidak perasan akan kehadirannya itu dirapati. "Awak okay tak Sabrina?"

Pantas Sabrina mendongak memandang wajah gurunya. "Ermm, saya dah dapat dah jawapan tapi jawapan saya negative, jawapan kat sini positive"keluh Sabrina perlahan.

Ariana tersenyum memandang wajah gadis hitam manis itu. Lantas kerusi kosong di meja sebelah ditarik dan diduduki. "Hmm kejap saya tengok"ujar Ariana.

"Ohh kat sini. Atas ni betul dah. Tapi aw..."

"Ehh Adam! Kau buat apa kat sini?"

Terus Ariana terhenti sebaik sahaja suara Khairani bergema disitu. Kesemua tujuh pasang mata berkalih memandang kearah sesusuk tubuh yang melangkah santai kearah mereka.

"Ermm aku nak jumpa miss. Miss suruh datang sini"jawab Adam sebaik tiba disebelah Ariana.

"Hahh?"Ariana melongo. Wajah Adam disebelahnya dipandang hairan. Bila masa pula?

"Kan miss?"tanya lelaki itu berbisik ditelinganya. Suaranya ditekankan meminta Ariana bersetuju sahaja dengannya.

"Haa a'ah. Saya yang suruh datang sini. Duduklah"ujar Ariana pantas apabila merasakan dirinya diratah oleh enam pasang mata disitu.

Adam terus berlalu dan duduk dihujung meja sebelah sana. Disebelah kerusi yang diduduki Ariana sebentar tadi. Dibiarkan saja wajahnya dipandang hairan oleh teman sekelasnya itu. Lantas buku latihannya dibawa keluar dan dibuka.

Ariana terus kembali memberi tumpuan pada Sabrina yang menunggu penjelasannya. Kesilapan yang dilakukan diperbetulkan dalam menyambung kembali penerangannya yang tergantung sebentar tadi.

Sabrina mengangguk lantas terus membuat seperti yang diajar. Ariana menegakkan badannya memandang meja panjang yang penuh dengan buku dan alat tulis itu. Perlahan nafasnya dilepaskan.

"So Adam, awak nak jumpa saya nak tanya apa?"tanya Ariana seraya melabuhkan duduknya disisi Adam.

"Hah?"Adam tersentak.

"Awak nak jumpa saya kan?"tanya Ariana. Sengaja dia giat Adam yang entah dari mana dia datang, tiba tiba muncul diperpustakaan ini.

"Ohh, ni soalan ni. Saya dah buat tapi tak dapat jawapan"jawab Adam tidak berdalih. Sememangnya dia kesini untuk menerima tunjuk ajar dari gadis berkaca mata itu.

Ariana  [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now