Bab 23

4.6K 255 17
                                    

<< Media >>
Can't Help Falling In Love
by Twenty One Pilots

LEBIH sebulan sudah berlalu sejak Ariana menerima kehadiran Adam dalam hidupnya. Dan sejak sebulan yang lalu itu lah Ariana terpaksa mengambil sarapan sebanyak dua kali. Satu sarapan yang disediakan mama, satu lagi sarapan dari lelaki itu. Ini adalah kerana Ariana menerima segala jenis makanan yang dibekalkan Adam padanya setiap pagi disekolah.

Ariana melepaskan keluhannya perlahan. Bekas makanan berwarna kuning cair itu dipandang lama sebelum penutupnya dibuka. Tomato ceri, sayur salad, telur gulung, sosej mini dan beberapa biji buah anggur hijau.

Ariana tergelak kecil sebaik melihat isi bekas itu. Jika sebelum ini hanya makanan berat yang disediakan, namun kini hanya kudapan ringan yang tersedia. Perlahan kepalanya digeleng. Haha ada je budak ni.

Teringat dia pernah memarahi Adam kerana selalu meninggalkan bekal dimejanya sehingga Linda telah menaruh syak padanya. Namun lelaki itu tetap berkeras kepala ingin menyediakannya juga. Akhirnya Ariana membiarkan sahaja dan adakalanya, dia turut berkongsi bekal itu dengan Linda.

"Hey budak, boleh tak awak stop bagi bekal tu. Tupperware awak tu pun dah berlambak dekat rumah saya. Mama pun dab bising sebab tetiap hari bawa balik tupperware"ngomel Ariana geram. Adam yang memandu tenang disebelahnya dipandang geram. Mahu saja dicepuk lelaki itu.

Namun Adam hanya ketawa senang menyambut omelannya. "Okay lah tu. For your information my dear Ariana, saya sendiri yang masak semua semua tu tau. Special untuk awak!"

"Hmm memang lah special untuk saya. Tapi Linda tu dah syak bukan bukan dah. Ni berat saya ni pun dah macam kena pam je kena dua kali breakfast tau!"ujar Ariana dalam keluhannya.

Pantas bergema tawa Adam terburai dalam kereta. Perutnya ditekan beberapa kali menahan tawa yang menggila. "Haha. Okay lah tu. Comel apa? And pasal Linda tu, awak buat tak tahu je lah dia nak kata apa. Hmmm?"ujar Adam sebaik tawanya reda.

Ariana memuncungkan bibirnya. Geram melihat Adam yang seronok mentertawakannya. "Memang lah buat tak tahu je tapi ..."

"Hmmm no tapi tapi. Sepatutnya awak happy tau saya sendiri masakkan makanan awak"pantas Adam memotong.

"Huhhh~"perlahan Ariana melepaskan keluhannya buat kesekian kalinya. "Okay. But please no lah heavy meal, kalau nak bagi juga, awak bagi roti gardenia coklat tu pun okay je. Tak payah pakai tupperware pun!"sambungnya lagi.

Adam tersenyum sambil terus focus pada pemanduannya. "Okay. But I'm not promising anything kay?"

"Aikk? Ada bekal lagi?"

Ariana yang sedang tenggelam dalam lamunannya tersentak. Pantas Ariana berpaling kekanan, memandang si empunya suara. Lalu dihulurkan senyuman pada gadis tinggi lampai itu.

"A'ah. Lin nak?"tanya Ariana lalu menyua bekas makanan itu pada Linda.

"Aikk? Ni je? Selalunya nasi lah, mee lah, bihun lah, harini sosej n telur je?"tanya Linda mengusik sebaik melihat isi didalam bekas petak itu.

Ariana ketawa kecil. Bekas yang disua diletakkan aras meja Linda. "Makan lah. Sedap!"kata Ariana lalu menghamburkan tawanya perlahan. Sepotong gulungan telur diambil lalu disuapkan kedalam mulut.

Linda turut ketawa kecil lalu mengambil sebiji sosej mini. "Lin rasa mesti Iqbal tu malas nak masak harini. Tu bagi ni je"kata Linda berserkap jarang. Sosej ditangan disumbat dalam mulut.

Ariana  [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now