Bab 4

8.7K 217 4
                                    

"MORNING miss" sapa beberepa orang pelajar yang bertembung dengan Ariana. Ariana sekadar membalas senyum sambil mengangguk kecil. Langkahnya diatur menuju ke kantin. Jam menunjukkan pukul 8.20 pagi. Dan kelasnya bermula pada pukul 10 pagi hingga ke 2 petang.

Ariana mengambil beberapa biji kuih lalu berlalu ke kaunter bayaran. RM2 dihulur kemudian terus berlalu ke meja yang disediakan. Tidak ramai guru yang bersarapan dikala itu. Hanya 3 orang sahaja termasuk dirinya.

"Hai Ana"

Ariana memanggung kepala. Senyuman terus terukir. "Hai Kak Ila" balas Ariana ramah kepada Azila yang merupakan guru sains disekolah itu.

Azila melabuhkan punggungnya disebelah Ariana. "Tak ada kelas pagi ni?"

"Ada kak. Pukul 10 sat lagi. Akak?"

"Akak pun sama. Pukul 10 jugak" balas Azila lalu menyuap nasi goreng yang ada di dalam pinggannya. Ariana sekadar mengangguk perlahan.

--------------

Ariana melangkah masuk kelas 6 Ixora. Kelas yang sedia bising itu diendahkan. Beg tangan dan buku yang dibawa diletakkan diatas meja.

"Morning miss!"sapa beberapa orang pelajar yang sedang membuat bising dibelakang kelas.

"Morning"Ariana menjawab perlahan. Matanya tersorot pada sekujur tubuh yang sedang duduk diatas meja sambil memetik gitar memainkan lagu yang ntah apa apa.

Ariana menelan liur. Dia yakin lelaki itu lelaki yang sama di kedai Typo Store itu. Pantas lelaki itu mengangkat kepala apabila kawannya sekelasnya mengucapkan selamat pagi.

Wajah Ariana dipandang. Membulat matanya. Tangan yang tadi memetik gitar, terhenti. Berkerut dahinya. Macam pernah nampak. getus hatinya.

Senyuman senget menghiasi bibir Ariana. Ternyata dia tidak silap apabila melihat wajah berkerut pelajar lelaki itu. Jelas riak terkejut dimukanya. Oh yeah. There you are! Senyum Ariana semakin lebar. Keningnya diangkat memandang muka berkerut lelaki itu.

Pantas lelaki itu menundukkan wajah. Jarinya kembali memetik gitar. Cuba mengendahkan kehadiran gadis yang sedang berdiri dihadapan kelasnya. Dia ingat. Ya dia masih ingat. Kejadian beberapa hari yang lepas di kedai buku tempatnya bekerja. Gadis yang jatuh kerana tersadung kakinya yang terjulur ketika dia tidur di celahan rak rak buku. Hatinya berdetak. Tidak senang.

"Okay class. Sila duduk ditempat masing-masing. And you there! Tolong berhenti main gitar. Tolong duduk ditempat masing masing"ulang Ariana. Ingin memulakan kelas.

Namun arahannya langsung tak diendahkan. Perlahan keluh berat dilepas kan. Dasar tak makan saman budak budak ni!

"Okay..." Kata Ariana perlahan. Ditujukan kepada 6 orang pelajar yang focus kepadanya.

"Saya minta maaf. Saya tak boleh nak ulang balik semua dari Matematik I. Saya nak korang buat ulangkaji sendiri ya? Kalau ada apa yang tak paham boleh cari saya ya?"kata Ariana.

Enam orang pelajar; Khairani, Naim, Sabrina, Nabilah, Atiqah dan Mimi sekadar mengangguk perlahan. Mereka terus membuka buku. Ariana memandang wajah mereka satu persatu dan sekadar melepaskan senyum kelat. Rasa bersalah.

"Harini kita start over dari Topic 1 ya?"kata Ariana sambil tersenyum. Mereka sekadar mengangguk sambil tersenyum senang dan terus menukar muka surat; buka muka surat 3 - topic 1.

---------------

Ariana melepaskan keluhan berat. Laptop yang terpasang dihadapannya dipandang lalu. Matanya dipejam. Cermin matanya ditanggalkan. Huhhh~

"Penat ke?"sapa Linda.

Pantas Ariana membuka mata. Sengihan menghiasi wajahnya. "Takda lah penat mana. Mental koyak kod" balasnya selamba.

Linda melepas tawa kecil. "By the way, 6 Ixora okay?"

Ariana melepas keluh. "Yang tu satu hal lah Lin. Tak tau lah nak cakap macam mana. Kita mengajar didepan tapi dorang seronok bermain dibelakang. Sakit hati pun ada jugak"jawab Ariana perlahan . Jujur.

Linda mengangguk. Faham. "Hmmm sabar ya Ana? Lin pun tak tau nak cakap macam mana. Lin tak pernah masuk mengajar kelas tu. Tapi just dengar dengar lah pasal kelas tu dari cikgu cikgu yang lain"

"Dengar pasal apa?"

"Kenal Adam?"

"Adam?"

"Adam Qaid? Kenal?"

"Tak" Ariana menggeleng.

Dahi Linda berkerut. Namun tawanya terlepas melihat muka bingung Ariana. "Adam tu kelas tu jugak lah. Hmm macam mana nak cakap eh?  Dari apa yang Lin dengar, Adam tu yang paling tak makan saman antara dorang dorang tu."

Ariana diam. Menunggu Linda menghabiskan ceritanya.

"Adam tu jugak kepala dalam kelas tu. Budak budak dalam kelas tu semua takutkan Adam. Tak tau lah takut atau hormat. Tapi mmg tak makan saman lah budak tu! cikgu cikgu pun tak boleh nak buat apa. Sebab bapak si Adam tu penyumbang dana terbesar kat sekolah ni!"

Ariana terkesima.

"Walaupun bapak si Adam tu bukan ahli PIBG pun. Tapi kewangan sekolah ni banyak datang dari bapak Adam ni. Dan disebabkan itu lah cikgu cikgu kat sini tak berani nak 'sentuh' Adam tu. Bapak Adam tu pun ada pengaruh besar kat Elk Valley ni. Siapa je yang tak kenal Dato' Hashim Ahmad?"Linda menyambung cerita.

"Dato' Hashim Ahmad?"soal Ariana. Dia kenal nama yang satu itu.

"Adam. Anak Dato' Hashim?"

Linda mengangguk.

Dahi Ariana berkerut. Tapi...siapa Adam?








<<< author's >>>
Heyya there. Sorry bab ni pendek sangat. Sebabnya idea tak ada. Haha. And please do comment. Just comment anything. Bagi idea maybe? At least tak ada lah rasa syok sendiri menulis cerita kan? 🙈 and do vote too yaa 💋

Xoxo,
hsyx_

(pp. 803)

Ariana  [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now