Bab 19

5.7K 262 22
                                    

ADAM melangkah turun menuruni tangga sambil bersiul perlahan. Kunci motor ditangan berpusing dijari telunjuknya.

"Weh Adam! Lepak Corner dulu jom?"

Adam berpaling. Wajah sahabatnya, Nafiz dipandang. Keningnya terangkat sebelah.

"Jom lah! Awal lagi ni"giat Ashriq kemudinnya. Lengan Adam disiku perlahan.

"Hmm boleh lah. Jom lah. Tapi aku tak boleh lama tau."ujar Adam memberi kata putus.

Jam ditangan sudah menunjukkan jam 8.56 malam. Nafiz dan Ashriq saling memandang dan tersengih sesama mereka. Langkah Adam yang telah jauh didepan dikejar.

Sebaik mematikan enjin motor, mereka terus mengambil tempat disudut Corner Cafe. Mata mereka meliar memandang kesekeliling cafe yang baru sahaja dibuka pada Julai lalu. Cafe yang bertemakan ala ala bengkel motosikal klasik itu dikunjungi ramai pelanggan kerana tarikan cafe itu sendiri. Malah ini sudah kali keempat mereka mengunjungi Corner Cafe.

"One Americano, one mochapuccino, and one chocolate hazelnut"ujar pelayan cafe itu sambil meletakkan air minuman yang dipesan mereka sebentar tadi.

"Thank you my lady"ucap Nafiz sambil mengenyitkan matanya pada gadis bertubuh genit itu.

"Enjoy your drink sir!"balas gadis itu sebelum beredar dari meja mereka. Senyuman terukir dibibirnya.

Adam mengambil minuman mochapuccino yang dipesannya. Air gabungan mocha dan cappuccino itu adalah antara minuman kegemarannya. Minuman berais itu disisip perlahan.

"Aidil ajak jamming esok. So amacam? On?"ujar Ashriq. Gelas ditangan diletak atas meja.

"Esok? Mana?"

"A'ah esok. Dekat mana tu aku tak tahu. Nanti aku tanya dia balik. So on lah ni?"balas Ashriq menjawab soalan Adam.

"Hmm aku okay je"jawab Adam perlahan seraya mengangguk kecil.

"Aku pun okay je. Kau?"

"Dah korang okay. Aku on jugak lah!"ujar Nafiz kemudiannya sambil tersenyum senget.

"Haaa kira okay lah ni kan? Okay. Nanti papehal aku roger"

Nafiz dan Adam hanya mengangguk perlahan. Bukan pertama kali mereka berjamming bersama geng Aidil yang juga merupakan dua sepupu kepada Ashriq. Sudah banyak kali!

Bunyi telefon berbunyi menandakan mesej masuk menarik perhatian Adam untuk membacanya. Telefon diatas meja dicapai. Mesej dibuka. Aimi.

Aimi
Wassup bro?

"Weyh, tu bukan .... bukan miss Ana ke?"

Adam yang sedang ralit memandang skrin telefonnya terus mengangkat muka. Memandang wajah Nafiz yang duduk bertentangan dengannya.

"Mana?"perlahan terpacul soalan dari bibirnya

"Tu .. pukul lima kau"jawab Nafiz

Adam berpusing memandang kearah yang dinyatakan sahabatnya. Dua susuk tubuh yang baru melangkah masuk kedalam cafe itu menjadi sasaran matanya.

Hampir terbeliak mata Adam melihat gadis yang sedang gembira ketawa bersama jejaka disebelahnya. Dia kenal gadis berkaca mata itu. Gadis yang membuatkan dirinya tidak keruan kebelakangan ini. Ariana. What are you doing here Ariana?; soal hati Adam.

Mencerlung mata Adam memandang lelaki yang berjalan beriringan dengan Ariana. And who the fuck is this guy?. Walaupun gelagat dua insan itu tidak menunjukkan kemesraan yang melampau. Dan tiada sentuhan pun diantara mereka. Namun melihat kegembiraan diwajah Ariana cukup menyesak kepala dan dadanya.

Ariana  [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now