♣14♣

121 18 5
                                    

γου'яз му םεδτιηγ
◆CHAPTER 14◆

"Aku balik dulu, Josh. Dah lewat ni. " ujar Mingyu sambil tangannya sibuk mengemas buku lalu dimasukkan ke dalam beg sandangnya.
"Ya la. Hati-hati tahu." Balas Joshua seraya menepuk bahu lelaki lampai itu kejap.
"Seul, Gyu balik dulu tahu. Jangan nakal kat sini. Nanti, Gyu suruh Josh pulas telinga Seul sampai capang." Omel Mingyu dengan ketawa kecil.
"Aisy~ Nak balik pun, sempat mengomel ya? Tahu la Seul." Balas gadis itu dengan omelan juga. Dia dan Joshua menghantar Mingyu ke muka pintu. Joshua hanya tergelak paksa. Dia masih terbayangkan di mana gadis itu bergurauan mesra bersama lelaki lampai itu di dapur. Sedar la dia kini, hatinya sedang sakit, kecewa dan segalanya berbaur menjadi satu; sama seperti saat dia kehilangan ibunya yang tercinta.
"Bye Josh! Bye sweetheart." Sempat Mingyu mengenyitkan matanya kepada Seul. Joshua segera mengalihkan pandangan ke arah lain. Tidak sanggup melihat adegan romantik itu lagi walaupun ia tidak disengajakan. Selepas Mingyu sudah beredar bersama kereta mewahnya, Joshua segera menarik Seul untuk masuk ke rumah lalu pintu itu di tutup rapat.
"Yaa~ " tegur Seul di saat badannya dihempas agak kuat di muka pintu utama kediaman yang ditutup lelaki itu tadi. Nafasnya mula tidak teratur tatkala melihat wajah Joshua agak tegang waktu itu.
"Kau.. Kau dah kenapa ni?" Soal Seul sedikit gugup dengan keadaan itu.
"Kau ada apa-apa ke dengan Gyu?" Soalan yang tidak diduga itu mengejutkan Seul.
"Tak.. Tak ada apa-apa la. Cuma kawan. Kawan macam kau."
"Kawan? Macam aku huh?" Lelaki itu tergelak kecil lantas menjarakkan kembali kedudukan mereka. Rambutnya diremas kasar. Dia langsung tidak menoleh ke arah gadis di depannya yang masih diam.
"Kau pergi la masuk bilik. Tidur. Esok kita sambung belajar. Aku dah penat." Kata Joshua agak mendatar dan terus melangkah masuk ke biliknya tanpa menunggu kata balas daripada Seul.
"J..Josh~" panggilan itu semakin tenggelam tatkala mendengar pintu bilik dihempas agak kuat lelaki itu.
"Aisy~ Shit! Aku tak dapat kawal perasaan aku yang membuak tadi! Mesti dia dah fikir lain. Shit!" belakang kepalanya dihentuk perlahan pada pintu saat badannya bersandar sama pada objek yang diperbuat daripada kayu itu. Sekali dia menguak rambutnya kasar dengan mata yang terpejam. Joshua menapak ke katil lalu merebahkan dirinya dan cuba untuk melelapkan matanya. Sementara Seul masih berdiri kaku  di situ dan pandangannya tepat ke arah pintu bilik lelaki itu yang sudah tertutup rapat.
"Jisoo~"
.
.

"Omma. Mana Seul? Dari semalam saya tak nampak dia." Soal anak lelaki tunggal keluarga Park itu.
"Dia tidur kar rumah Joshua dari kelmarin. Nak ulangkaji katanya. Peperiksaan akhir dah dekat. Lagipun cuma hari minggu Joshua tu ada masa. Hari lain dia kerja. Mingyu pun ada sekali, tapi tak tidur kat situ." Balas Puan Park dengan tangannya sibuk menyapu jam pada permukaan roti keping itu sebagai sarapan. Chanyeol hanya mengangguk faham lalu berlabuh di meja makan yang agak luas itu. Susu kotak yang sedia ada di atas meja itu dituangkan ke dalam gelas lalu diteguk perlahan. Dia hanya berpakaian tshirt yang santai pada hari minggu begini tapi tetap kelihatan kacak. Dia bercadang untuk rehat di rumah sahaja. Dia bukannya lelaki yang suka berfoya.
"Nah. Makan, Yeol." Roti yang sudah siap disapu jam dihidang untuk anak lelakinya itu. Perlahan, Chanyeol mengigit lalu mengunyahnya kejap. Puan Park juga berlabuh di hadapan lelaki lampai itu lalu menyuakan roti kosong ke mulutnya.
"Aik. Tak sapu jam ke omma?" Soal Chanyeol hairan. Melihat ibunya hanya menjungkitkan bahunya sebagai jawapan, dia tersenyum ejek.
"Omma diet ea?? Nak pikat appa balik ke?" Usiknya sambil menaikkan keningnya berkali-kali. Tidak lupa juga sengihan nakalnya.
"Aish, kamu ni! Kesitu pulak. Tak ada makna nak pikat appa kamu balik. Jam tu manis. Omma ni dah tua. Omma taknak kena penyakit diebetis pula nanti. Sebab tu omma kurangkan manis. Lagipun, omma dah cukup ramping kan." Bebel Puan Park perlahan. Chanyeol hanya tersenyum mendengar bebelan ibu kesayangannya itu. Memang dia akui yang ibunya memang pandai menjaga badan walaupun seusia begitu. Tidak hairan lah ayahnya tidak memandang perempuan lain. Sekeping roti, sekejap sahaja dia habiskan. Cukup sekadar sarapan. Sisa susu dalam gelasnya diteguk sehingga habis .
"Cakap pasal appa, mana dia omma? "
"Appa kamu tu? Mana lagi kalau tak ke kelab golf dia tu. Tak habis-habis dengan batang besi tu." Omel Puan Park kepada suaminya pula yang kenyataannya tiada disitu.
"Kuat membebel rupanya omma ni. Baru la saya tahu." Kata Chanyeol sambil mengawal ledakan ketawa yang sudah mahu tercetus.
"Tahu apa?"
"Yang Seul kuat mengomel, ikut perangai omma rupanya. Jadi, betul la cakap appa." Akhirnya gelakan yang kuat terhambur juga.
"Aigoo! Yaa~ Park Chanyeol! Kamu dengan appa kamu kutuk omma ya? Sini kamu." Puan Park sudah sedia dengan tangannya ingin memulas telinga anak lelakinya itu tapi kepantasan Chanyeol membuatkan dia hanya mampu bercekak pinggang.
"Maaf omma. Saya naik dulu." Terus sahaja Chanyeol naik ke biliknya bersama tawanya yang masih belum reda. Seronok rasanya mengusik ibunya begitu.
"Nakal betul!" Gumam Puan Park geram.
.
.

"Kau masak apa tu?" Soal Joshua seraya berdiri di tepi gadis itu yang sedang memotong sayur untuk dijadikan bahan masakkan.
"Sup sayur, kimchi pedas dan daging." Jawab Seul bersahaja. Bau syampu yang sama seperti tempoh hari menusuk ke hidungnya kembali. Lelaki itu baru usai mandi lagaknya. Dia senang dengan personaliti Joshua yang sangat menjaga penampilan diri dan terurus. Tidak hairan la, ramai perempuan yang akan terpikat dengannya.
"Pasal semalam... Aku minta maaf. " ucap Joshua agak perlahan namun dapat ditangkap gadis itu.
"Maaf? Untuk apa?"
"Sebab... Ya la. Aku tak patut tanya privacy kau." Jawab lelaki itu sambil mengosok belakang lehernya
"Tak apa. Aku tak ambil hati pun. Nanti lepas makan, kita sambung ulangkaji balik." Kata Seul sambil menoleh ke sisi dengan senyuman manisnya; dimana membuatkan hati Joshua berdebar.
"Auch!" Seul menjerit perlahan apabila merasakan jari telunjuknya dihiris. Dia melihat jarinya sudah dipenuhi cecair pekat berwarna merah.
"Yaa~ ." Terus sahaja tangan kecil Seul itu diraihnya lalu jari yang berdarah itu dimasukkan ke dalam mulutnya. Dia terus menghisap jari itu lalu diludahkan kembali ke dalam sink.
"Yaa~ Jangan la. Kotor ni. " tegur gadis itu apabila melihat Joshua sanggup berbuat sedemikian .
"Nanti masuk kuman. Kalau buat macam ni, kurang sikit. Lepas ni aku letak ubat." kerjanya diteruskan sehingga darah itu berkurangan.
"Kejap. Aku ambil kotak ubat." Segera lelaki itu ruang tamu dan sekejap sahaja dia kembali ke dapur semula bersama kotak ubat di tangannya.
"Dah. Duduk situ dulu." Dapur gas dimatinya dahulu lantas dia duduk di sebelah gadis itu. Sekali lagi jari yang luka itu diraihnya dan perlahan dia merawat dengan lembut.
"Lain kali, kau kena hati-hati." Pesan Joshua sambil tangannya sibuk menyapu ubat pada luka itu.
"Eoh? Sikit je ni. Tak perlu la sampai macam ni."
"Sikit? Sikit pun sakit tahu. Tak kira la luka tu kecil atau besar, tetap sakit.!" Omelnya seperti meluahkan sesuatu yang terpendam. Ya! Dia seperti melampiaskan rasa sakit hatinya apabila melihat kejadian semalam. Dan dia selalu berharap yang gadis itu menyatakan hubungannya dengan Mingyu itu hanya bersahabat, benar.
"Kau.. Kau okay? Dari semalam~ "
"Dah siap. Lepas ni, aku nak kau hati-hati." Peralatan itu disimpan semula ke dalam kotak ubat itu lalu dia ke ruang tamu semula untuk menyimpan. Sengaja dia mengelak daripada soalan gadis itu yang sudah dapat diagaknya. Dia kembali ke dapur untuk menyambung kerja yang tergendala tadi.
"Kau reneh la sup tu. Biar aku potong sayur. Aku tak nak kau terluka lagi. Pisau ni kejam. " sekali lagi tutur lelaki itu tidak difahami Seul. Dia merasakan lelaki itu sedang menyembunyikan perasaannya. Tapi dia bingung. Apakah perasaan itu?
"Josh~" kerja memotong sayur dihentikan Joshua tatkala merasakan pautan di pinggangnya kian kejap. Hatinya kian berdebar. Gadis itu yang telah membuatkannya sukar untuk terlelap kini. Dia tidak dapat membohongi dirinya lagi bahawa dia sudah sangat mencintai gadis itu.
"Seul . Kau ja~" percakapannya dipotong apabila merasakan pautan gadis itu makin kemas.
"Kau marahkan aku?" Soalan yang sudah mahu ditanyanya sejak semalam akhirnya terluah.
"Seul.. Aku... Tolong jangan buat aku macam ni." Pinta Joshua dan suaranya sedikit bergetar.
"Buat apa?" Seul melepaskan pautannya dari pinggang lelaki. Joshua terus berpaling ke belakang lalu menoleh tepat ke arah anak mata gadis itu.
"Tolong jangan buat aku kecewa." Pinta lelaki itu membuatkan Seul makin kebingungan.
"Apa maksud kau, Josh?" Soal Seul untuk sekelian kalinya.
"Kau... Sayangkan aku atau Mingyu?"

★TO BE CONTINUED★

◆SORRY SEBAB LAMA TAK UPDATE. SEBAB LINE KAT SINI BUAT HAL SEBAB RIBUT DUA-TIGA HARI NI. SORRY DORRY CAPATI SEBAB KORANG SELALU PENING FIKIRKAN SIAPA HERO SEBENARNYA ANN? ANN?. TAPI KORANG AKAN TAHU JUGAL NANTI. SAJA BUAT KORANG CURIOUS.👏👏👏😂😂😂😋😳😝. TAK SEMESTINYA HERO JE KENA MENONJOL KANA? ANN? ANN?. HAHA.. OKAY DAAA. ~~~💞💞💞😳

You're My Destiny [ 김민 규 / 홍조슈아 ]Where stories live. Discover now