Bab 8

22 4 0
                                    

SHAWN

"Sofia Yumiera Binti Romeo!!"

Panggilan Puan Sherry yang sedang berdiri tercegat di depan pintu perpustakaan tak diendahkan oeh Soyou.

Soyou buat dek aje aku tengok. Dia terus menonong berjalan ke hadapan. Dia tak dengar ke pensyarah yang dicop pelajar kolej OMK sebagai pensyarah paling garang itu sedang memanggilnya.

"Sofia Yumiera!!!" Sekali lagi Puan Sherry memanggil nama Soyou. Namun masih sama, Soyou tetap berjalan sambil dia berpusing-pusing di situ. Comel!

Aku tertawa melihat perlakuannya itu. Aneh! Kelakuan dia hari ini sangat aneh.  Aku terperasankan sesuatu apabila Soyou berpusing menghadap ke arahku.

Senyumannya! Senyumannya tampak menawan! Sangat menawan.

Tanpa sedar aku menarik senyum. Aku tak pernah melihat senyuman Soyou yang ini. Dia tak pernah tersenyum begini. Hati tak usah dikatalah,semakin menggila!

"Sofia Yumieraaaaaa!!!!"

Suara Puan Sherry menarik aku kembali ke dunia nyata. Bergema satu bangunan! Haih! Dah kali ketiga Puan Sherry memanggil Soyou, tapi Soyou masih sibuk berpusing-pusing bagai macam penari balet di di situ.

Bila aku perasan Puan Sherry sudah mengorak langkah ke arah Soyou. Tanpa berlengah aku mendapatkan Soyou sebelum Puan Sherry dulu datang kepadanya. Aku tak mahu Puan Sherry mengapa-apakannya.

Bahu Soyou aku pegang. "Soyou, awak tak dengar Puan Sherry panggil awak ke? Dari tadi dia laung nama awak."

Senyuman Soyou yang manis tadi terus mati. Dia pandang aku lalu mengarahkan jari telunjuknya ke arahnya sendiri. Seolah-olah dia menyoal, 'aku ke?

Aku angguk lalu bagi isyarat kepadanya yang Puan Sheery sedang mengarah ke sini.

"Okay, so? Aku rasa aku tak dengar perempuan gemuk tu panggil aku pun." balasnya sambil memandang Puan Sherry yang macam orang nak melancarkan perang je aku tengok. Dengan rotan dia yang panjang tu lagi.

Aku pandang Soyou. ERK! Dia tak ada rasa gentar langsung. Wajahnya selamba giler! Sekali lagi, dia ni Soyou atau makhluk asing? Hehehehe

Puan Sherry mematikan langkah dihadapan aku dan Soyou.

"Engkau ni memang pekak tapi aku tak tahu, atau kau saja buat-buat tak dengar. Haish!! Pelajar macam engkaulah yang suka buat hati aku meluap-luap sentiasa!" Sebaik saja Puan Shery berada di depan kami berdua, dia terus menghamburkan kemarahan.
Aku hanya mampu menggaru kepala.

Soyou ketawa kecil. Kedengaran sinis di telingaku.

"Heol! Cik ni siapa , tetiba nak meroyan depan orang. Ohh yang berdiri depan pintu library tu tadi ke? Jadi  cik lah yang sibuk panggil saya tadi? Patutlah macam ada dengar gorila mengaum dari jauh tadi. Cik rupanya.."

Nafas Puan Sherry mula turun naik. Berombak rasa dada bila dengar Soyou berkata sinis padanya.

"Soyou, kenapa awak cakap begitu dekat Puan Sherry? Dia kan pensyarah awak," bisikku ke telinga Soyou.Tak pernah-pernah aku dengar Soyou bercakap kasar sebegitu. Sangat pelik dia hari ni.

"Dia ni pensyarah Soyou!?? Soyou tunjuk Puan Sherry tapi mata pandang aku.

Selepas itu, Soyou melepaskan tawa  sambil menepuk-nepuk tangannya.

"Si gemuk ni pensyarah? Kau bergurau ke Shawn? Tak pernah-pernah aku tengok pensyarah bawak rotan. Dia ingat pelajar kolej, budak sekolah rendah ke," sambung Soyou lagi diselangi ketawanya yang pecah berderai itu.

Dann slashhhh!! Rotan hinggap di badan Soyou sehingga menyebabkannya terduduk ke lantai. Kuat!

Aku terkejut kecil dengan bunyi libasan rotan secara tiba-tiba itu. Seraya mendapatkan Soyou. "Awak okey?"

Soyou diam. Tapi aku perasan matanya mula menjeling Puan Sherry dengan tajamnya. Aku tak pernah tengok Soyou berkelakuan macam ni.

"Sofia Yumiera! Mana letaknya hormat awak pada saya? Awak ingat saya ni siapa untuk dimain-mainkan. Saya pensyarah awak jadi awak jangan cuba nak berkurang ajar dengan saya."

"Lagi satu, sejak bila Sofia Yumiera si ratu nerd, berani melawan saya?"

Kata-kata Puan Sherry hanya dibalas dengan jelingan Soyou. Lama! Puan Sherry turut membalas jelingan Soyou. Dah macam sesi menjeling-menjeling ku bertentang, mata depa sama memandang.

Pelajar-pelajar yang ada di ruang ini mula memberi perhatian ke arah kami bertiga

Setelah sejenak masing-masing berdiam diri. Soyoy mula bersuara. "Kau anggap diri kau pensyarah? Aku tak rasa macam tu. Pensyarah mana yang sanggup ber'engkau' dengan pelajarnya. Tadi kau panggil aku pekak! Bagi akulah, kau boleh aje tegur aku dengan baik. Tak payah nak guna perkataan pekak bagai! Dan kau siapa dohh nak label aku ni itu ini. Siapa tak hormat siapa sekarang ni! Kalau seorang pensyarah tu tak hormatkan pelajar dia, jadi tak salah kalau pelajar tak hormatkan pensyarah tu."

Soyou aku pandang. Tak sangka Soyou berani berkata sebegitu. Jauh dari sudut hati aku setuju dengan apa yang Soyou lontarkan.

Soyou ketawa kecil. Sinis. Dia kelihatan mahu angkat dari kedudukannya, seraya aku membantu Soyou.

Soyou cuba mendekatkan dirinya ke arah Puan Sherry. Aku membantunya bila aku nampak dia berjalan berhati-hati sambil memegang belakang badannya. Mungkin disebabkan kesan rotan Puan Sherry tadi.

Muka Soyou betul-betul dekat dengan muka Puan Sherry. Mata saling berbalas pandang.

Dada Puan Sherry berombak menahan baran. Nafas naik turun.. Mungkin  terasa akan kata-kata Soyou barangkali.

Soyou tarik senyum senget. Senyum senget yang sangat sinis!

"Tak betul apa yang cakap?"

Ketawa sinis.

Diam.

Aku hanya mampu memandang. Kurang jelas akan apa yang dibualkan oleh mereka berdua. Cuma ayat terakhir yang aku dengar daripada mulut Puan Sherry yang aku dapat tangkap ialah..

"Kau siapa?"

Dan hati aku pun setuju dengan soalan itu.

Siapa Soyou yang sebenarnya?

Cerita Secoet Syahrul ZaidelWhere stories live. Discover now