Bab 4

37 4 0
                                    

SOYOU

Setelah bas berhenti di perhentian bas yang disediakan kolej OMK, aku terus masuk ke dalam kolej. Jam di tangan aku kerling. Baru 7.30 pagi. Hari ni kelas Puan Sherry, pensyarah yang anti sangat dekat aku. Setiap kali dia mengajukan soalan, aku jawab dengan jawapan yang betul, dia marahkan aku. Kononnya ada info yang aku bagi tak betul. Kalau pelajar lain boleh pulak dia puji, tak marah bila salah bagi jawapan.

Kenapa dan mengapa Puan Sherry layan aku begitu. Bila mata kami bertembung, dia jeling aku. Bila aku berselisih dengan dia, dia jeling aku. Hurmm nak kata mata dia ada masalah, tak kut. Kalau ada student lelaki yang kacak lalu elok aje mata dia. Hampeh!

Keluhan berat aku lepaskan. Boringnyaa ada kelas Puan Sherry! Sementara menunggu jam lapan , aku duduk di salah satu bangku di situ. Nak ulangkaji la katakan, exam nak dekat woi!
Sedang aku rajin menelaah, lelaki yang aku sering cuba elakkan dia dekati aku, menonong berlajan melimpasi aku. Dia tak perasan ke aku duduk dekat sini? Aku angkat bahu. Baguslah dari dia asyik menempel sebelah aku.

Aku tak fahamlah dengan lelaki bernama Shawn ni! Sejak sekolah lagi dia suka sangat bergaul dengan aku. Yelah, aku ni pemalu orangnya. Dia tu dahlah kacak, kaya pulak tu. Macam tak sesuai bila aku berkawan dengan dia. Aku sedar diri. Pipit mestilah terbang bersama pipit, enggang bersama enggang. Tapi aku ni mungkin kategori gagak terbang bersama gagak.

Tiba-tiba aku teringat akan kejadian lima tahun lalu masa aku di sekolah menengah. Soyou? Nama aku Sofia Yumiera.

"Soyou! Panggil dia Soyou kalau korang tak puas hati bila nama dia sama dengan Sofia Yumiera yang korang agung-agungkan tu. Dan dia...awek aku!"

Aku menggeleng-gelengkan kepala bila teringatkan kata-kata Shawn selepas dia melindungi aku bila diserang gadis popular pada waktu itu. Maluuuu sangat! Awek dia? semenjak itulah dia mula menempel dekat aku, dan aku cuba menjauhi diri aku daripada dia. Dia dekat, aku lari. Aku lari, dia dekat.

Bila dapat tahu dia turut belajar di kolej ini, aku hanya mampu berpasrah. Tarik nafas hembus. Cuba kawal diri. Aku malas nak perasan yang dia belajar sini sebab aku. Aku ingat dia tak ingat dan tak layan aku lagi, tapi aku silap. Sekali lagi dia suka nak dekat-dekat dengan aku. Pasti gadis lain akan bahagia bila ada jejaka kacak yang sentiasa nak dekat dengan kita. Tapi tidak tidak bagi aku! Chulltae!

Apa yang istimewa sangat dekat aku yang berkaca mata besar ni? Aku tak cantik macam Sofia Yumiera!

"Soyou! Kau termenungkan apa tu? Jom breakfast kat kafe!" suara Salmah mematikan lamunanku. Aku angguk lalu terus mengemas barang-barangku.

Sewaktu aku dan Salmah berjalan beriringan menuju ke kafe, aku terlihat Shawn seperti tercari-cari seseorang di hadapan kafe. Takkanlah cari aku kut? Sebagai langkah berjaga-jaga agar aku tak terserempak dengan Shawn,

"Sal, library setiap hari Isnin bukak pukul 7.10 kan? Aku pergi library, kau gerak dulu dekat kafe okey! Udada bye"

Langkah aku percepatkan menuju ke perpustakaan di sebelah kanan. Tolonglah hari ni jangan kacau aku! Cari perempuan lain. Ya Allah aku berdoa agar hari ini aku tak nampak dia. Amin. Doaku dalam hati.

Aku cuba pandang kiri ke arah kafe. Alamak! Shawn mula berjalan ke arahku. Kaki ku pasang gear lima sebolehnya, okey itu over! Tolonglah...tolonglah...biar hari ni aku free tanpa dia dekat dengan aku...

Bila masuk ke dalam perpustakaan, aku ternampak Puan Sherry duduk menghadap laptop di meja yang disediakan. Satu lagi bala menimpa! Aku pura-pura berjalan sambil memandang lantai biar Puan Sherry tak perasankan aku. Puan Shery, Shawn. Dua S itu aku harap hari ini saja aku tak tengok wajah mereka berdua.

Tiba-tiba kepalaku terasa berat, mataku layu. Dan gelap!

Cerita Secoet Syahrul ZaidelWhere stories live. Discover now