Bab 6

28 2 0
                                    

ROBBIE KIM

"I hate you, kita putus!" Zara. Putus.

"Tak sangka selama ni you tipu I. You cakap yang I sorang je dalam hati you! Tapi you main kayu tiga belakang I! I hate you!" Keisha. Putus.

"Patutlah I ajak you kahwin,you asyik tukar topik. You curang belakang I. Let's break up!" Patricia. Putus.

Dan ramai lagi wanita-wanita mahu memutuskan hubungan dengan aku. Haha..aku tak kesah semua tu sebab aku yang tak serius dalam setiap hubungan. Setia is not my style!

Oh ya, aku Robbie Kim. Aku boleh dikatakan lelaki paling kacak, paling hot, paling sado di Kolej OMK. Sebab tu ramai gadis dekat kolej ni tergedik-gedik nakkan aku. Oh lupa, aku anak kepada pemilik kolej ni. Daddy aku melabur dengan kadar pelaburan yang paling tinggi nilainya. Mungkin atas sebab itu jugak yang buat ramai gadis tergila-gilakan aku. Itu bukan auta, tapi fakta!

Aku tahu gadis yang cuba dekati aku kebanyakannya nakkan duit aku selain rupa paras aku. Aku ni jenis yang tak menolak. Kalau gadis datang dekat nak tackle aku, aku terima dia tanpa berfikir panjang. Aku rasa sebelum gadis-gadis tackle aku, aku dulu yang tackle mereka secara tak langsung dengan rupa paras aku ini.

Peringatan! Gadis-gadis yang layak jadi awek aku mestilah cantik, sexy, menawan dan mata duitan. Aku suka je membazirkan duit buat gadis yang suka merengek nakkan itu, nakkan ini. Bagi aku duit tak bagi apa-apa makna sekarang ini. Mungkin aku sudah muak dengan duit yang beratus-ratus, beribu-ribu ringgit berkepuk dalam dompet sejak aku kecil lagi. Aku terlalu kenyang dengan kemewahan. Tapi aku rasa ada sesuatu yang kosong pelu aku isikan. Apakah itu, aku tak tahu.

Selepas mummy dan daddy bercerai waktu umur aku 10 tahun, aku duduk dengan daddy. Dan juga keluarga isteri baru daddy. Duduk serumah. Mummy? Mummy aku seorang saintis. Selepas bercerai dia terus buat keputusan menetap di luar negara bersama kawan-kawan saintis dia yang lain. Sekarang aku dah lost contact dengan mummy. Entah ke manalah dia sekarangn.

Aku tersedar dari lamunan bila Jemah, awek aku yang ke seratus err tak ingat mengetuk meja tempat aku duduk sekarang. Dia duduk tanpa dipersilakan.

"Termenung jauh nampak. Dah sampai planet mana tu sayang? Taulah sekarang dekat library, makin jauhlaj planet you sampai kan." Jemah cuba berseloroh.

Aku tayang muka 'ohhh okayy'?

"I nak putus." tanpa berlengah aku memuntahkan ayat itu. Jemah tampak terkejut dengan permintaan aku yang mengejut. Senyuman sinis aku sembunyikan.

"Tapi kenapa, sayang? I ni tak cukup sempurna ke untuk you? Atau you malu sebab nama I Jemah? Kalau sebab tu, I sanggup pergi tukar nama I sekarang dekat JPN "

ERK!

Senyum sinis. "Tak payah. I nampak you keluar berpegangan tangan dengan Raymond semalam. I tak suka bercinta dengan orang yang tak setia."

Cehh! Cakap tak serupa bikinlah kau, Robbie! Haha aku sengaja je menggunakan alasan itu supaya aku senang putuskan hubungan dengan Jemah. Kes Jemah dengan Raymond berpegangan tangan tu bukan aku yang nampak, tapi kawan baik aku, N yang bagitahu.

Jemah kelihatan gelisah. Mungkin resah bila hubungan sulit dia antara Raymond kantoi di tangan aku.

"Im sorry. I janji I tak akan buat benda tu lagi. I janji I akan setia dengan you. Please give me a chance, sayang."

"Dahlah Jemah. Sekarang kita berdua dah tak ada apa-apa lagi. You dengan life you, I dengan life I. Okaylah, i neeed to go. Bye, ex."

"Oh ya, jangan kacau I lagi. Dan bagitau semua kawan bimbo you tolong jangan ganggu I lagi." sambungku lagi.

Usai aku berkata begitu, aku terus beredar berjalan menuju ke tandas.

Kenapa aku berkata sebegitu tadi? Sebab aku dah bosan dengan wanita. Semuanya saa nakkan kemewahan dengan cara mudah. Aku nak cari wanita yang benar-benar buatkan perasaan aku mulai mainkan peranan. Hurmm susah aku nak jelaskan. Just wait and see laa. Aku berserah pada takdir. Tapi buat masa ini biarlah aku cuti tanpa awek..Kalau ada awek datang menempekkan diri dekat aku nanti, aku akan berusaha cuba jauhkan diri. No women, no cry hahaha... Plus aku nak fokus pada pelajaran aku di kolej ini. Dah dua tahun pointer aku menurun. Dapat tempat terakhir pulak tu.

Tanpa sedar aku akhirnya berada di depan pintu tandas utama. Pintu tersebut kelihatannya tertutup. Aku buka tetapi berkunci. Ada orang ke dalam ni? Pintu aku cuba ketukkan.

Tiada balasan.

Sekali lagi aku ketuk. Masih pintu tak dibuka. Aku sekali lagi ketuk berkali-kali dan akhirnya pintu tandas dibuka dari dalam.

Aku kaget. Perempuan? Aku pamer senyum sinis kepada perempuan itu. Apa dia buat dalam tandas lelaki.

Gadis itu keluar dari tandas selepas dia melemparkan jelingan paling tajam pernah aku lihat setakat ini. Selalunya wanita-wanita hadiahkan senyuman semanis almond London buatku tapi dia....walawei garangnya mata dia.

Cerita Secoet Syahrul ZaidelWhere stories live. Discover now