Bab 2

57 4 0
                                    

SOYOU

Hai, aku Soyou. Pelik kan nama aku? Nama sebenar aku Sofia Yumiera. Kenapa boleh jadi Soyou? Hurmm dulu zaman sekolah menengah dalam kelas aku ada dua orang nama yang sama. SOFIA YUMIERA. Aku dan seorang lagi gadis yang cantikkkkk sangat. Semua lelaki tergila-gilakan dia, cikgu, pengawal keselamatan, urmm gadis lesbian, pengetua, semuanya sukakan dia. Iyalah, dia bijak, ketua pengawas, cantik pulak tu. Disebabkan semua itulah orang lain pandang jelek dekat aku. Hanya sebab nama aku sama dengan nama dia. Aku sedar aku tak cantik, tak pandai berhias, bodoh pulak tu. Aku dalam kelas bila peperiksaan selalu dapat tempat kedua yang terakhir.Budak yang dapat last tu pandai sebenarnya tapi dia selalu tak datang ke sekolah tak kira masa sama ada waktu peperiksaan atau tidak.

Aku sering dicaci, ditindas, dibuli, dan paling teruk parents aku pernah dikeji hanya sebab mereka dipersalahkan kerana meletakkan  nama aku sebagai Sofia Yumiera. Dah kenapa pulak masyarakat jenis begini?

Oh ya lupa pulak! Kenapa boleh jadi Soyou?Juga turut berlaku pada masa aku di zaman sekolah. Jom kita flashback...

Tengah flashback~~
“Oh no! Tengok apa yang dah kau buat dekat skirt aku. Basah dengan air sirap murah kau tu tahu tak!!"

Aku hanya tunduk tanpa memandang gadis yang meninggikan suara  kepadaku. Bukan salah aku, dia yang terhegeh-hegeh ketawa sampai tak sedar aku berdiri di sebelahnya. Waktu tu aku baru nak minum dah tertumpah dek  gadis itu  tergedik-gedik ketawa sambil tangan diawangkan ke udara. Nak ketawa,ketawalah! Tangan tu tak payahlah nak main peranan! HEHE aku hanya mampu mengerutu dalam hati.

"Saya minta maaf"

Itu saja yang mampu aku ucapkan sekali lagi. Mungkin salah aku jugak buat air tu tertumpah terus terkena bajunya. Lantai jadi tatapan kegemaranku sekarang ni.

"Heol! Maaf? Kau ingat aku senang je nak maafkan kau? Kau kenal aku kan? Tipulah kalau kau tak kenal. Aku paling popular di sekolah ni. Hei gadis kolot, kau dengar sini. Baju kurung putih aku ni aku beli dari Italy. I.T.A.L.Y bukan main payah lagi aku nak cari baju yang sepasang dengan baju sekolah dekat situ. Kau ingat senang ke kesan tumpah air sirap kau nak hilang?"

"Saya minta maaf" aku tunduk. Tak tau nak balas apa. Karang kalau aku murah hati nak tolong cucikan baju dia tu, takut dia makin meracau. Ngeri!

Aku kenal dia tapi aku tak tahu nama. Gadis gedik ni popular dekat sekolah aku. Dia selalu kena rotan depan khalayak ramai pada waktu perhimpunan. Selalu buat kes la katakan. Kalau popular sebab benda tak elok, macam tak guna je. Aku mengeluh perlahan. Tak sangka akhirnya aku masuk dalam sangkar dia sekarang ni.

"Minta maaf? Sekali lagi? Orang macam kau ni memang tak patut ada dekat sini. Dahlah tak terurus pemakaian dia, buruk pulak tu! Kau ni memang tak membantu orang langsung! Kalau orang macam kau tolong orang aku rasa makin besarlah masalah orang tu" Dia ketawa. Kawan-kawan dia pun turut join sama ketawa. Tadi mereka ketawa telinga aku okey aje, tapi sekarang ni telinga aku sakit!

Tanpa sedar air mata bertubir di mataku. Aku tunduk. Malu. Aku sedar semua orang yang berada dekat kantin mula memberi perhatian ke arah aku.

”Beb, bukan dia ke copycat Sofia Yumiera? Aku rasa memang dialah." soal kawan kepada gadis popular di sebelahnya. Gadis popular tadi senyum sinis lalu memandangku.

"So kau orangnya. Aku dah kata orang macam kau ni memang tak layak ada dekat sini. Peniru! Troublemaker! Menyusahkan orang! Kesian Sofia Yumiera bila si peniru tu muka lebih buruk dari yang disangka"

Tiba-tiba "ahhhhhhh apa ni!" suara gadis yang menghina aku tadi bergema dengan kuat. Apakah? Aku angkat kepala. Tanpa sedar aku ketawa kecil.

Semangkuk mi kolok selamat berada di atas kepala gadis itu. Lelaki yang berada di belakang gadis itu mula menerpa ke arahku. B

Tangan aku dirangkul erat. Aku pandang dia. Ehh lelaki ni siapa? Tak kenal pun. Suka-suki nak pegang tangan anak dara orang. Akulah anak dara tu hehehe.
Aku cuba melepaskan rangkulan dari tangan lelaki yang tak dikenali ni, tapi gagal. Dia pegang tangan aku kuat.

"Dia memang Sofia Yumiera. Kau sentuh dia sekali lagi kau tak akan senang dekat sekolah ni." kata lelaki itu sambil matanya tajam menikam ke arah gadis popular tadi.

Aku tak cerna sangat apa yang lelaki ni meroyankan sebab aku lagi fokus nak lepaskan tangan aku dari rangkulan dia.

Cuma

selepas lelaki itu beredar, dari hujung sana suara dia bergema. Nak tau apa dia cakap? JENG JENG JENG

Cerita Secoet Syahrul ZaidelWhere stories live. Discover now