Bab 7

30 3 0
                                    

LUNA

Malunya...malunyaaaaa.

Kuku aku gigit. Oh ya itu memang tabiat aku bila aku malu, gelabah, takut dan bosan.

Selepas aku ditangkap oleh seorang jejaka yang super kacak di tandas lelaki tadi ,aku terus berlalu pergi ke luar perpustakaan.

"Macam manalah boleh tak sedar yang aku boleh termasuk dalam tandas lelaki. Heol! Nasib baik takdak orang lain masuk waktu tu. Ish malunya bila tertangkap oleh mamat hensem tadi." Aku merengus kecil.

"Tapi okeylah sikit sebab dia tengok aku bukan dengan muka aku. Tapi muka si old school ni haa. Selamat sikit maruah wajah iolls yang gojes ni hahahahahha huhuhuwaaaaa malunyaaaaa."

Student yang lalu-lalang di hadapan perpustakaan ini semuanya pandang pelik bila tengok aku bercakap seorang diri. Aku jeling pada yang pandang aku dengan riak wajah mereka yang susah aku tafsirkan. Mereka yang berbisik-bisik sesama geng sambil pandang aku, pun aku jeling. Bila kena jelingan maut aku semua terus jalan ke depan. Ada yang terus tayang muka selamba bila aku jeling. Cehhhhh bibir aku herotkan.  Ada iolls kesah!

"Sekarang apa aku nak buat dengan badan budak ni?"

"Soyou!"

"Ayahhhh"

Tiba-tiba seseorang menyergahku dari belakang membuatkan aku terkejut kecil. Cehh kecil lah sangat. Aku rasa satu bangunan bergema dengan jeritan aku tadi. Buktinya masyarakat yang suka pot pet pot pet kan orang di situ sekali lagi pandang aku.

Aku pusing badan ke belakang.Empunya suara yang menyergah aku tadi aku acukan jari telunjuk ke arahnya.

"Hoi kau tak boleh  tegur orang dari depan ke hah! Kurang asam betul! Kalau aku ada sakit jantung mati tadi, aku nak jadi hantu kacau kau seumur hidup! Blah la wei!" Aku terus tinggalkan lelaki yang sedang terpinga-pinga itu. Ingat aku tak nampak biji mata dia terbeliak besar bila kena sound oleh aku. Bangga ciked!

Tiba-tiba

Tangan aku dirangkul dari belakang membuatkan aku terpusing ke belakang.

Mata gerangan yang senang lenang pegang tangan aku fokus menikam pandangan ke arahku. Aku balas pandangan mata dia tapi..kenapa matanya tampak bersinar. Oohh hatiku mulai bemain rentak. Kenapakah? Cantiknya mata dia... Ini mata kucing ke mata lelaki yang turut memandang aku sekarang.

"Soyou, awak tak sihat ke? Kenapa lain macam aje cara awak bercakap tadi."

Aku tersedar apabila lelaki itu bersuara. Sesi pandang memandang pun tamat.
Haih tak silap aku dia ni Shawn yang tegur aku dalam library tadi.

Singa aku datang balik. "Kau ni tak habis-habis klinik, klinik, klinik! Aku okeylah , sihat wat. Cuba kau tengok badan aku yg mantap ni! Sihat kan?"

Dan......O M G !

Ini badan Soyou. Kenapalah aku sering terlupa yang aku sekarang berada di dalam badan gadis ni!

Patutlah Shawn asyik tanya sihat ke tak sihat. Adoi!

"Saya rasa awak tak sihat hari ni. Tengoklah gaya awak bercakap sekarang. Ada apa-apa masalah ke yang berlaku dekat awak? Cuba cakap mana tau saya boleh tolong."

Aku menggigit bibir. Kuku aku gigit kejap. Alamak macam mana ni. Sekarang aku berada dalam badan Soyou. Jadi...aku harus kena pamerkan personaliti empunya badan ini. Tapi aku tak kenal Soyou kut...

Shawn masih menunggu balasan aku. Sekejap aku terfikir, sebelum aku masuk dalam badan gadis old school, aku ada mengkritik gaya dia dan cara dia berjalan. OH YESH!

Pandangan aku segera tundukkan. Lantai jadi tatapanku. "Saya okey je,Shawn. Awak tak perlu risaukan apa-apa." Perlahan aku bersuara macam bercakap dengan semut. Alaaa aku kan sekarang berpura-pura jadi diri Soyou, tuan punya badan yang aku duduk sekarang.

"Apa dia, Soyou? Saya tak dengarlah."

Aku merengus perlahan. "Saya sihat. Awak tak perlu nak risaukan saya." Kali ni aku bercakap macam berada di dalam perpustakaan.

"Errr awak sakit tekak ke? Saya masih tak dengarlah apa yang awak cakap."

Heol!

"Kau ni pekak ke apa hah? Dah dua kali aku ulang kut takkan nak aku ulang banyak kali. Kau tak payah nak sibukkan diri dengan aku. Biarkan aku sorang lepas ni. Jangan ganggu aku. Ciao!"

Nada aku naik beroktaf-oktafnya. Tak perasan yang aku dan dia sekarang bercakap di hadapan perpustakaan. Sakit pulak hati kita ni, nak ulang-ulang bagai apa yang dicakap. Ingat aku astro? Dahlah susah cakap perlahan-lahan sambil pandang lantai. Memang macam ni ke personaliti Soyou? Entahlah..aku main hentam aje.

Perempuan gemuk yang bediri di depan pintu perpustakaan mencuri perhatianku. Dia.Sedang.Jeling.Aku. Aku pun apa lagi, teruslah balas jelingan dia.

Shawn di depan aku pandang kejap dan pipi dia aku cubit perlahan. Comel jugak mamat ni tapi sayang buatkan hati aku sakit di pagi buta, di hari aku penuh dengan masalah.

"Ingat tau..jangan ganggu aku lagi. Ciao!"

Aku terus berlalu pergi dari situ.

TAPI

"Sofia Yumiera binti Romeo!!!!"

Cerita Secoet Syahrul ZaidelWhere stories live. Discover now