BAB 2

19.4K 722 7
                                    

SEORANG lelaki separuh abad melangkah masuk ke dalam dewan. Bilqis menghela nafasnya. Wajah itu sudah lama tidak ditatap atas sebab-sebab tertentu. Dibelakang lelaki itu pula ada empat orang pengawal berbaju hitam dan berbadan tegap.

"Salam sejahtera ayahanda" Hampir serentak penghuni dewan memberi salam. Ayahanda Ricco mengambil tempat duduknya.

"Ayahanda percaya kamu semua tahu apa tujuan kamu dipanggil. Ayahanda dapat tahu kumpulan Gagak Emas sudah mula berani menceroboh kawasan kita. Dari satu kes ke satu kes sampai ke pengetahuan ayahanda. Ketua-ketua puak, kamu semua tidur ke?" Suara Ayahanda Ricco mula meninggi. Penghuni dewan tidak berani bersuara.

"Dari negeri ke negeri, gangguan kumpulan tersebut semakin berleluasa. Ayahanda mahu semua ketua puak tangani masalah ini secepat mungkin. Lepas ini jika ayahanda mendengar apa-apa aduan lagi tentang perkara ni, awas kamu semua" Bentaknya. Bilqis cuba mengingati nama kumpulan tersebut. Seperti pernah dia dengar sebelumnya. Tapi dia kurang pasti.

"Satu perkara lagi, ayahanda dapat tahu banyak tempat-tempat kita mendapat serbuan dari pihak polis. Ayahanda mahu semua ketua puak berhati-hati dalam setiap aktiviti. "

"Baik ayahanda!"

"Semua boleh bersurai." Arahnya sambil bangkit dan keluar menuju sebuah lagi pintu. Setelah Ayahanda Ricco menghilang, dewan itu beransur sepi kerana semua ahli kumpulan lain turut meninggalkan tempat duduk masing-masing. Bilqis juga bangkit dari tempat duduknya setelah dewan hampir kosong kerana dia malas bersesak-sesak. Tanpa berlengah dia melangkah ke pintu utama diikuti oleh Burn dan Letto. Lega apabila mesyuarat itu lebih cepat berakhir dari yang dijangka. Dari satu sudut dia melihat lelaki bernama Nathaniel melambai ke arahnya.

"Gagak kuning ni siapa?" Tanyanya dalam perjalanan balik.

"Gagak Emas la boss" Hampir meletus ketawa Burn menjawab pertanyaan Bilqis. Burn membelok kereta ke arah jalan besar di hadapannya dan meneruskan pemanduan. Tadi seperti bersungguh-sungguh bossnya mendengar ucapan dari Ayahanda Ricco tetapi nama kumpulan Gagak Emas pun boleh lupa.

"Emas kan kuning. Samalah tu." Kata Bilqis selamba mempertahankan diri. Cover malu. Mana ada gagak warna emas. Masalahnya helang ada ke warna merah? Tapi sekurang-kurangnya simbol helang selalu warna merah kan? Gagak? Mestilah hitam. Kenapa tak buat gagak hitam je?

"Laa.. Boss tak tau lagi ke? Biar betul." Soal Letto melopong manakala gadis itu pula menjuihkan mulut. Ya, sepatutnya sebagai ketua Bilqis tentu sudah menghafal nama-nama seterunya dalam dunia gelap ini.

"Hebat sangat ke sampai kena melopong macam tu?" Soal Bilqis. Badannya disandar. Perut pula berbunyi lapar.

"Boss, sejak Helang Merah ditubuhkan sebelum ni Gagak Emas adalah musuh ketat kumpulan kita. Tapi setelah ayahanda Gagak Emas, Zuma terkena serangan strok seluruh badan beberapa tahun yang lalu kumpulan tu dah tak aktif dah. Tapi sejak kebelakangan ni kumpulan tu tiba-tiba muncul semula dan giat menganggu aktiviti kumpulan Helang Merah, boss. Ayahanda Ricco percaya kumpulan Gagak Emas kini diambil alih oleh anak sulung Zuma iaitu Jackie." Terang Burn.

"Ohh.." Bilqis mengangguk faham. Patutlah dia tidak tahu. Lagipun dia dan anak-anak buahnya memang tidak menjalankan aktiviti-aktiviti haram. Bilqis sangat melarang penglibatan orang bawahannya ke kancah yang tidak sihat. Tak gangster langsung kan? Tapi itulah kenyataannya. Dia tidak mahu anak bangsanya sendiri rosak dek kerakusan manusia yang tamak haloba mahukan kehidupan senang dengan merosakkan hidup orang lain. Puaknya juga mempunyai prestasi yang sangat corot disenarai ayahanda. Yang membuat nama puaknya naik adalah dia dan jantinanya. Bilqis dilabel sebagai Red lady kerana dia adalah satu-satunya gangster wanita di Helang Merah.

Setakat ini tiada bantahan dari orang-orang bawahannya tentang larangannya terhadap penjualan dadah dan senjata api atau mungkin mereka tidak berani membantah? Bilqis sudah memberi amaran kepada lima puluh orang bawahannya jika dia dapat tahu mereka melakukan aktiviti haram dibelakangnya, dia tidak teragak-agak untuk menembak mereka atau menghapuskan terus kewujudan mereka dari muka bumi. Bilqis mahu kawasan jagaannya sentiasa bersih dan selamat. Dan ugutannya berjaya.

"Boss kena ambik tahu, bahaya boss. Ayahanda Ricco kan dah pesan, kenali musuh supaya musuh tidak mudah jatuhkan kita" Sampuk Letto.

"Ya aku tau" Balas Bilqis sambil tersengih kecil. Dia memang bukan jenis yang mengambil tahu tentang semua perkara. Selalunya Burn dan Letto yang mengingatkannya perihal semua benda. Mereka seperti setiausaha Bilqis bezanya kedua mereka tidak bertauliah dan tidak sekolah. Kedua lelaki ini sudah menjadi pengikut setianya sejak empat tahun yang lalu. Pendek kata sejak pertama kali dia melangkah ke 'fasa gelap' dalam hidupnya.

Bilqis masih ingat lagi pada dua tahun terakhir Bilqis di Eropah mereka ditugaskan oleh Ayahanda Ricco memantau setiap aktiviti gadis itu. Selepas Bilqis balik dari Eropah, Ayahanda Ricco memperkenalkan Burn dan Letto sebagai orang kanan sekaligus pengawalnya. Bilqis begitu gembira kerana itu bermaksud dia sudah diterima sepenuhnya sebagai ahli kumpulan Helang Merah. Ayahanda Ricco pula adalah bapa saudaranya namun sudah seperti ayahnya sendiri memandangkan kedua orang tua kandung Bilqis sudah meninggal sejak dari dia berumur lapan tahun dan tragedi berdarah itu masih kekal diingatannya sehingga kini.
Satu-satunya sebab dan punca kenapa dia memilih jalan hidup seperti ini. Untuk membawa pembunuh tersebut ke muka pengadilan atau jika keadaan memaksa dia akan menamatkan sahaja riwayat pembunuh itu. Bilqis sudah lama bersedia akan segala hal. Dari kecil Ayahanda Ricco menghantarnya belajar dan menimba pengalaman di Eropah dibawah jagaan adik bongsu ayahnya dan Ayahanda Ricco iaitu uncle Razzor. Beliau juga merupakan seorang mafia besar di Eropah. Bilqis dilatih untuk bersedia dari segi mental dan fizikal. Kesempatan itu tidak akan Bilqis sia-siakan.

ISTERIKU GANGLEADERWhere stories live. Discover now