BAB 1

38.1K 979 15
                                        

BILQIS menarik nafas panjang untuk menenangkan diri. Kepalanya sedang memikirkan hal-hal yang positif. Inilah pertama kali dia dijemput untuk menyertai mesyuarat besar sebegini. Mahu tak mahu mesyuarat kali ini harus dia hadiri. Sekali lagi dia memerhatikan penampilannya di cermin dengan teliti untuk memastikan watak Evangeline sempurna seperti biasa. Eyeliner digaris sedikit tebal. Pelbagai warna gelap ditempekkan di kelopak mata untuk menghasilkan smokey eyes. Contact lens bewarna merah terang dia lekapkan ke anak mata. Dah macam mata vampire. Tapi dia tidak peduli, semakin berbeza perwatakannya dari diri yang sebenar semakin bagus. Supaya tiada sesiapa mengenali identitinya. Rambut hitamnya disanggul kemudian dia mengambil wig paras bahu berwarna perang lalu mengenakan rambut palsu itu. Bibir yang tercalit lipstick merah terang sedaya upaya untuk tidak mengukir senyuman. Reaksi mukanya harus berubah garang dan serius. Sejujurnya dia susah beriak serius. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Bilqis menarik nafas lega. Kemudian dia mengapai jaket kulit berwarna merah yang sudah tersedia di birai katil. Laci meja solek juga dia buka. Sepucuk pistol 40 caliber Glock 22 dan dua bilah pisau kecil Bilqis ambil dan selitkan di kaki dan belakang pinggangnya. Tanpa membuang masa gadis itu segera melangkah ke dapur dan mengambil sebiji apple dari peti sejuk. Apple tersebut dia potong kepada empat bahagian. Sambil mengunyah, Bilqis melangkah ke pintu utama. Kasut knees high boot merah paras lutut segera disarung. Smart watch ditangan dia pandang sekilas. Dia menekan pintu lif apartmentnya untuk ke tingkat bawah. Ada setengah jam lagi. Namun bayangan Burn dan Letto tidak juga kelihatan.

"Mampus aku kalau budak-budak ni lewat" Omelnya. Difikiran Bilqis sudah bermain macam-macam hukuman yang bakal dia kenakan jika dua orang kuatnya itu terlewat menjemput. Dia memang tidak suka jika orang bawahannya tidak menetapi masa. Bagi Bilqis, disiplin adalah segalanya. Wajah tegangnya beransur reda sebaik sahaja terlihat sebuah prado berwarna hitam singgah dipangkaran parking.

"Selamat pagi boss" Letto menghampiri Bilqis dan membuka pintu kereta. Gadis itu hanya mengangguk lalu masuk ke dalam perut kereta.

"Morning boss. Cantik sungguh hari ni" Kata Burn yang berperanan sebagai pemandunya setiap hari. Bilqis hanya menggeleng. Inilah sebab kenapa dia sukar melakar riak wajah yang serius.

"Kau tu Burn bila part nak membodek boleh dapat anugerah pembodek pilihan." Kata Bilqis. Letto yang baru masuk ke dalam perut kereta ketawa kecil. Seperti selalu, suasana pagi bermula dengan 'ceria' jadi Bilqis mengambil itu sebagai amalan untuk kekal 'awet muda'.

"Boss ni saya puji pun salah. Saya ikhlas. Boss tak pernah tak cantik. Comel dan sexy sangat macam Kim Hyuna, tak tau macam mana boleh jadi ketua gangster." Sambung Burn sambil matanya focus menerjah jalan raya. Bilqis tidak memberi perhatian kepada orang kanannya itu. Pistolnya diperiksa untuk memastikan peluru sudah terisi. Keadaan memaksanya untuk sentiasa bersedia.

"Kalau aku tendang jangan tanya kenapa." Kata Bilqis geram. Burn ketawa terbahak-bahak seperti langsung tidak makan saman dengan ugutan ketuanya itu. Gelak tawa Burn membuat Bilqis sedar bahawa dirinya tidak menakutkan langsung. Sabarlah hati.

"Chill la boss. Kami nak hilangkan nervous boss je. Kami tau boss tengah nervous sekarang.." Letto pula menyampuk. Kali ini Bilqis mencebik. Ya, memang dia nervous tahap gaban saat ini. Destinasi yang dituju semakin hampir membuatkan Bilqis tidak senang duduk.

"Boss, buat macam biasa kita hadiri meeting kecil-kecil sebelum ni. Kan boss nampak ganas dan condifent selalu." Kata Burn seolah menyuntik semangat dalam diri gadis itu.

"Condifent apa? Confident lah bongok" Kata Letto. Burn ketawa.

"Aku mana ada sekolah. Main bantai je lah" Selamba Burn membalas. Bilqis mengangguk setuju. Sampai sahaja disebuah Villa mewah, dua orang pengawal berbadan tegap menyambut kehadiran mereka. Pagar Villa dibuka luas. Burn segera memberhentikan Prado hitam itu ditempat yang disediakan. Letto keluar dan membuka pintu kereta untuk Bilqis. Mereka bertiga berjalan seiringan. Sampai sahaja di pintu utama Villa mereka disambut oleh salah seorang dari pembantu Villa tersebut dan dibawa menuju sebuah bilik rahsia. Bilqis melangkah masuk ke dalam dewan yang sudah separuh terisi. Sebaik sahaja dia menuju ke meja barisan hadapan yang memang dikhaskan untuknya, dia dapat merasakan semua mata memandang setiap pergerakkannya. Tanpa mempedulikan semua itu Bilqis duduk dengan wajah yang serius. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu gemuruh yang dia hadapi. Sekumpulan rama-rama seperti sedang menari-nari didalam perutnya. Burn dan Letto pula setia berdiri dibelakang ketua mereka.

"So the rumors are true. You are Angie, the red lady?" Seorang lelaki berkumis nipis dan berkulit sawo matang menghampiri Bilqis dengan lenggok bersahaja kemudian melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengannya. Sejujurnya wajah itu belum pernah Bilqis lihat di mana-mana mesyuarat sebelum ini. Atau dia memang terlampau malas untuk mengamati wajah ketua-ketua lain selain dari wajahnya sendiri? Mungkin.

"Look like i caught a spotlight. Yes, that me. " Balas Bilqis dengan senyuman yang dibuat-buat. Tidak berminat untuk terus berbual.

"It's pleasures to meet you in person. You look adorable." Lelaki itu masih cuba memancing.

"Why? Did you expect someone with scars all over the face as a red lady?" Balas Bilqis dengan sinis. Lelaki itu ketawa kecil. Dia tidak tahu adakah soalannya itu terlalu kelakar sehingga lelaki berjaket coklat itu tidak berhenti ketawa?

"Yeah, someone like that. Because the red lady i meet now nampak lagi sesuai ikut pertandingan ratu cantik." Lelaki berkumis nipis itu mengenyitkan sebelah matanya ke arah Bilqis sambil tersenyum manis.

"Yeah right" Bilqis malas berbahas.

"By the way sweetheart, i'm Nathaniel. You can call me Nathan if you want.." Tangan lelaki itu dihulur. Bilqis menyambut huluran itu perlahan.

"Evangeline. Call me Angie" Katanya. Nathan senyum sinis. Gadis itu hanya mencebik. Buaya tembaga itu seperti memandang rendah keupayaannya. Tidak dinafikan hanya dia seorang sahaja perempuan yang mampu menempa nama di dunia yang penuh kegelapan ini. Tapi itu tidak bermaksud dia tidak mampu bersaing dengan ketua-ketua lainnya. Dia sangat terlatih sejak dari kecil. Seni mempertahankan dirinya juga sangat baik. Belum termasuk seni-seni lainnya. Seni memasak sahaja dia gagal. Yang itu sebaiknya jangan dicerita.

ISTERIKU GANGLEADERWhere stories live. Discover now