Bab 6

1.6K 37 0
                                    

NOMBOR yang tidak dikenali tertera di skrin telefon buat aku teragak-agak untuk menjawabnya.

"Airis...." Suara perempuan menyapa sebaik aku menyambungkan talian. Macam pernah dengar suara tersebut tapi aku tak dapat meneka.

"Siapa?" Aku menyoal. Hati tiba-tiba rasa tidak enak.

Kedengaran suara di hujung sana ketawa dan aku sudah dapat meneka siapa orangnya.

"Nak apa telefon I ni?"

"Aku nak Hud." Jawapannya memang tersangatlah kurang ajar. Macam sengaja minta pelempang. Minta laki orang macam minta popcorn dalam panggung wayang.

"Kau kan dah nak kahwin dengan Adif?" soalanku mengundang tawanya lagi.

"Polos sungguh kau, ya?" Dia bersuara di hujung tawanya.

"Yalah! Aku lupa kau memang polos. Sampaikan rasa kasihan dan rasa cinta pun kau boleh tertukar." Dia sambung ketawa.

"Apa maksud kau?" Aku tak dapat fikir apa yang mahu disampaikan olehnya.

"Kau ingat Hud tu memang cintakan kau ke?" Dia soal aku balik. Soalan yang dulunya pernah diperdengarkan ke telingaku oleh Liana dan kini diperdengarkan lagi tetapi oleh orang yang berbeza.

Tidak tahu menjawab soalan tersebut, aku hanya diam.

"Dia cuma kasihankan kau. Lagipun, dia tak sanggup nak kecewakan orang-orang yang dia sayang yang minta dia gantikan tempat Adif." Soalan yang disoal dijawab sendiri dan jawapan itu buat aku berfikir berkali-kali.

Jika dikaji situasi antara kami, jawapan itu mungkin ada kebenarannya. Tapi, jika benar begitu, apa makna lafaz sayang yang keluar dari bibir Hud?

Palsu?

Pura-pura?

"Jadi, you call I ni nak cakap apa sebenarnya?"

"Nak suruh kau cermin diri kau tu, layak ke dengan Hud? Kalau rumah kau tak ada cermin, nanti aku tolong belikan kau cermin."

Sungguh kurang ajar punya jawapan.

"Lagi satu, memang semua orang tahu aku nak kahwin dengan Adif. Tapi kau ingat aku betul-betul nak kat Adif ke?"

"Habis tu?" Soalan polos lagi keluar dari bibir aku.

Memang hatiku ragu-ragu bila Adif beritahu yang dia akan berkahwin dengan Syira. Bukan ragu dengan Adif tetapi ragu dengan perempuan ini. Dan keraguanku seakan sudah terbukti.

"Aku akan rampas keluarga mertua kau dulu dan kemudian suami kau." Kata pengakuan Syira buat darahku berderau dan kepala kembali berdenyut.

"Kau fikir semudah itu ke?" Soalan mencabarku disambut dengan ketawa. Dah rupa macam kena sampuk pontianak pula gayanya. Sikit-sikit ketawa.

"Kalau Hud boleh gantikan Adif untuk kahwin dengan kau, kenapa kau tak fikir yang Hud boleh gantikan Adif sekali lagi untuk kahwin dengan aku?"

Buk!

Jantungku bagai ditumbuk mendengar teori tersebut. Kenapa aku tak terfikir?

"Dan kalau aku dah jadi isteri Hud, jangan harap kau akan dapat peluk dia lagi. Aku akan pastikan dia peluk aku setiap malam."

Rasa seperti tak tertelan liur sendiri. Benar, aku sangat polos. Hidup dan dibesarkan di kampung, dikelilingi orang-orang baik, aku seakan tidak percaya ada manusia seperti Syira. Nampak baik tetapi hatinya busuk.

LELAKI TERAGUNGWhere stories live. Discover now