Bab 5

1.6K 33 0
                                    

KATA orang, cintai seseorang itu kerana kekurangannya supaya suatu hari nanti kita akan bahagia dengan kelebihannya.

Masalahnya, tiada yang kurang pun pada Hud untuk aku cintai dia dari sudut kekurangan itu. Yang aku nampak pada dia semuanya sempurna. Tak ada cacat cela.

"Kenapa pandang I macam tu?" Teguran itu buat aku terkelip-kelip memandangnya.

Yang sebenarnya, tadi tu aku bukan pandang dia. Mataku memang terarah padanya tetapi apa yang aku pandang adalah masa hadapan yang nampak makin suram.

"Pakai baju melayu ni, nak ke mana?" Spontan aku menyoal.

Dia nampak sangat-sangat segak dengan baju melayu siap dengan songkok sekali. Dan segaknya itu membenih curiga di hatiku.

Bukan dia tak pernah berbaju melayu untuk berjemaah di masjid waktu maghrib begini tapi, selalu dipadankan dengan kain pelekat sahaja. Tak pernah lagi sepasang begini kecuali di hari raya.

"Masjid." Dia menjawab sambil angkat kening. Agaknya pelik dengan nada soalanku.

"I balik lambat. Jangan tunggu..."

"Wirid panjang ke?" Aku pintas bicaranya dengan nada berseloroh. Walhal hati yang di dalam bagai sudah dibaling ke laut dalam yang berombak musim tengkujuh.

Dia senyum dan datang mendekatiku.

"Lepas isyak I nak ke rumah mummy. Takut sangkut lama."

Ke rumah keluarganya tanpa aku? Ada rahsia yang aku tak boleh tahu ke?

Tergerak hari untuk bertanya tetapi jam di dinding sudah menunjukkan yang maghrib hampir tiba. Dan waktu-waktu begini orang kata banyak syaitan berkeliaran bertujuan melekakan anak adam.

Jadi, aku simpan soalan tersebut dan angguk perlahan.

Dia tergesa-gesa pergi dan aku yang tinggal sendirian terus melangkah ke bilik air untuk berwuduk. Bimbang jika berterusan melayan rasa hati, lupa pula tanggungjawab pada Ilahi. Maghrib bukan panjang mana pun.

Tungguhlah dia balik. Waktu mahu tidur nantilah baru bincang hati ke hati sebab ada banyak benda yang aku nak penjelasan darinya.

Rasanya sudah agak lama kami tidak berbuat demikian. Setelah Hud sibuk dengan projek terbaharu kerjasama dengan syarikat milik keluarga Syira.

Balik rumah pun seringkali lambat. Makan malam pun aku kena pandai-pandai sendiri. Balik lambat satu hal, bawa balik kerja ke rumah pula hal lain. Sering kalinya aku tertidur sambil menunggunya.

Lepas solat maghrib dan isyak, aku terus panjat katil. Niat di hati nak tunggu sang suami sambil-sambil belek FB di telefon. Entah boleh bertahan atau tidak.

Baru saja sentuh skrin telefon, panggilan dari Adif masuk. Terkejut, hampir-hampir saja telefon yang terpegang jatuh ke muka.

"Airis, Hud mana?" Suara berupa soalan dari Adif terus menerjah telingaku sebaik panggilannya aku sambut.

"Masjid. Kenapa?" Aku jadi curiga dengan nadanya yang begitu. Seperti mahu tergesa-gesa.

"Saya call dia tak dapat."

"Ada apa-apa yang tak kena ke?" Aku menyoal. Rasa curiga makin berganda singgah di hatiku. Dari berbaring, aku sudah bangkit bersandar di kepala katil.

Adif lepaskan keluhan. Kemudian dia diam.

"Adif?" Kurang sabar, aku seru namanya.

LELAKI TERAGUNGWhere stories live. Discover now