Bab 4

1.6K 30 1
                                    

BERFIKIR yang baik-baik, bercakap yang baik-baik dan lakukan yang baik-baik, nescaya yang baik-baik juga akan datang dalam hidup.

Tapi, bagaimana untuk berfikir yang baik-baik jika yang disogokkan depan mata adalah yang tidak baik?

Jangan baik sangat Airis. Jangan letakkan seluruh percaya pada suami. Bila kecewa nanti, takut awak tak mampu berdiri.

Pesanan 'tidak baik' yang dikirim Adif tengah hari itu buat aku terngadah. Lantas, bagaimana untuk aku berfikir yang baik-baik?

Belum sempat aku merangka ayat untuk membalasnya, pesanan Adif masuk lagi.

Kalau Hud masih nak kan Syira, suruh dia ambil. Tapi, minta dia lepaskan awak. Biar saya yang jaga awak.

Pesanan yang paling win, yang membuatkan hampir kesemua organ dalamanku bergetar menahan rasa.

Apa maksud Adif sebenarnya? Adakah dia masih tidak mampu menerima sejarah yang terlakar antara kami?

Aku dan dia tidak berjodoh.

Itu takdir yang sudah tertulis.

Aku dan abangnya sudah setahun bergelar suami isteri. Apa lagi yang dia mahu?

Mata aku pejam rapat. Kepala mendongak ke atas. Cuba mencari tenang. Cuba menanam yang baik-baik ke dalam hati walau hakikat sebenarnya, sudah banyak yang tidak baik tersogok di situ.

"Beb!" Satu tepukan singgah di bahuku.

Mataku terus terbuka. Kelihatan Zana berpeluk tubuh di sisi mejaku dengan sisi pinggul bersandar di bucu meja.

Habis saja praktikal di SutraBina ini, Hud 'letak' aku di bahagian Sales dan Marketing untuk belajar lagi dan Zana menjadi rakan sekerja merangkap rakan bergosip.

"Aku nampak scandal laki kau dengan laki kau masuk office."

Terus mataku terbuka besar. Panjang sungguh umurnya. Baru saja aku duk terfikir tentang dia.

"Aku tak tahu kenapa, sejak syarikat ada bekerjasama dengan GMN tu, aku nampak perempuan tu makin menggedik pula. Ke hulu ke hilir dengan laki kau." Penambah perisa yang Zana beri buat dadaku jadi berdebar. Kalau orang luar boleh kata begitu, aku yang isterinya ini apatah lagi.

Tapi, apa dayaku untuk menyekat urusan syarikat. Milik aku hanyalah Hud. Urusan syarikat ini di luar bidang kuasaku.

"Bukan sebab kau kawan aku tapi aku memang tak suka perempuan yang tergedik dengan laki orang. Takkan dia tak tahu yang Encik Aakif a.k.a Hud tu dah kahwin? Semua orang tahu kan?"

Ya! Aku jawab dalam hati.

Semua orang tahu Mohd Aakif Hudzairi tu suami aku. Syira juga tahu. Tapi, yang semua orang tidak tahu, Syira itu bekas kekasih suami aku yang kekal menjadi BFF dia.

"I baik dengan Syira atas urusan business."

"I dah ada you, perempuan lain I dah tak pandang."

Teringat semua kata-kata Hud. Jaminan yang hatinya milik aku. Tapi, bolehkah aku berpegang pada kata-kata itu? Sedangkan perjanjian yang ada hitam putih dan cop sah laku pun orang langgar, inikan pula cuma janji mulut.

"Aku nak ingatkan kau sebagai kawan. Hati-hati dengan musuh dalam selimut. Takut nanti dia ajak laki kau berselimut sama." Zana ketawa perlahan. Gamaknya geli hati dengan istilah sendiri.

Aku diam tak berkutik. Sedut nafas dan hembus perlahan. Cuba mencari rentak hati sendiri. Tadi lagi hati sudah bercelaru. Sekarang ditambah pula dengan perisa versi Zana. Makin kacau bilau.

"Don't take things for granted, Airis. Kelemahan utama kaum lelaki adalah wanita. Jangan nanti sudah terhantuk baru nak terngadah."

Bibir aku ketap perlahan. Memang selama ini aku ambil mudah hal Syira atas alasan aku yakin Hud menyintai aku. Tapi hari ini, setelah disogokkan dengan nasihat Zana dan pesanan dari Adif, aku jadi ragu-ragu.

Beberapa detik Zana sudah kembali ke tempat duduknya, aku bangkit menuju ke pantri. Hati memang niat mahu ke pantri tapi entah bagaimana kaki terus saja ke depan, ke arah bilik Hud.

Namun, langkah kakiku terhenti apabila mata ternampak suami sendiri sedang berjalan beriring dengan perempuan yang Zana sebut tadi.

Ya! Hud sedang melangkah ke arah lobi dan di sebelahnya ialah Syira. Mereka nampak sepadan. Bagai pinang dibelah dua. Bak kata orang tua-tua, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Dan aku, hanya kaku memandang langkah mereka tanpa mampu berbuat apa-apa.

Lama di situ tanpa hala tuju, aku kembali ke pantri. Duduk termenung sambil menghirup Milo. Tiba-tiba terimbas kenangan di hari pertama aku di sini, makan tengah hari sendirian bersama secawan Milo dan biskut kering. Pengalaman paling menyedihkan.

Saat ini, minum petang juga sendirian. Bezanya, sekarang ini perut sedang kenyang. Cuma hati saja yang kurang tenang.

Kembali ke meja, aku belek telefon bimbit. Mana tahu Hud ada mencariku atau meninggalkan pesanan. Tetapi hampa. Usahkan miss call, satu pesanan pun tak ada.

Dan saat ini aku sudah dapat merasakan perubahannya. Kalau dulu boleh saja hantar report ke mana dia nak pergi. Tapi sekarang, susahnya nak tahu lokasi dia di mana.

Gamaknya aku kena beli cip dan lekatkan di badan dia supaya pergerakannya aku boleh kesan melalui GPS.

LELAKI TERAGUNGWhere stories live. Discover now