Bab 2

1.9K 34 0
                                    

KALAU dulu-dulu, bila mahu menggodaku, Hud akan gunakan ayat 'I nak anak'. Tapi, macam dah lama aku tak dengar ayat tersebut keluar dari bibirnya.

Adakah dia sudah pasrah dan hanya menyerah. Belum sampai setahun kut, takkan dah jemu?

Dulu-dulu, kalau nak dikira berapa banyak Hud lafazkan permintaan mahukan anak, 10 jari tangan pun tak cukup. Kena pinjam jari kaki sekali.

"Lama tak dengar awak minta nak anak." Tiba-tiba aku sebut ayat tersebut malam itu. Mungkin juga sebab terkesan dengan kata-kata mummy dan soal perkahwinan Adif dengan Syira.

Dia yang sedang menatap skrip iPhone pantas mengangkat wajah.

"Nak buat anak ke malam ni?" Ayat balasnya buat aku terkedu dan geleng kepala.

Dia ni la, mulut langsung tak ada penapis. Ayat direct to the point.

"Dah turn on button, jangan nak geleng-geleng kepala pulak." Dia sengih nakal dan simpan iPhone dalam poket. Langkah diatur ke arahku.

Terus aku jeling dia. Geram. Orang maksudkan lain, dia melencong ke lain.

Dia capai jemariku tapi aku tarik kembali dan melangkah ke katil. Duduk bersila di situ memandang ke arahnya yang turut melangkah mengekoriku.

"Kalaulah... Saya tak boleh mengandung. Tak boleh bagi awak anak. Macam mana?" Soalanku menggunakan nada yang sangat serius tapi aku lihat dia senyum, berdiri di depanku dengan tangan berpeluk tubuh.

Aku angkat kening.

Tiba-tiba tangannya bergerak dan menggunakan belakang jari telunjuk bergabung dengan jari tengah yang dibengkokkan, dia tarik hidungku.

"Isk! Orang serius ni." Aku tolak tangannya dan pantas menenyeh hidung sendiri.

"Hidung merah gitu makin sweet. Dan..." Dia labuhkan duduk di sebelahku. Kedua tangan melingkar ke pinggangku dari sisi tepi macam selalunya. Dagu disangkut ke bahu.

"Tahu tak, bila you serius, you jadi makin menggoda." Dia berbisik perlahan.

Pulak?

Aku jarakkan badan dan memandang wajahnya.

"Kenapa?" Dia pulak ajukan soalan.

"Soalan saya tadi belum berjawab."

Dia diam sesaat.

"Kita tetap akan hidup. Udara tetap akan ada untuk kita bernafas. Tak perlulah nak susah hati sangat." Nada dia seakan memujuk.

"Kalau sampai bila-bila Tuhan tetap tak bagi kita anak?"

Dia angkat kepala dari bahuku.

"Banyak soalan ni nak minta kena cium kan?"

"Saya serius." Aku tolak wajahnya yang sudah mendekat ke arah wajahku. Dia ni kalau bab nak senyapkan mulutku memang pantas sungguh.

Dia kemudian lepaskan nafas panjang.

"Adakah awak akan pilih untuk tinggalkan saya?" Soalan yang paling aku tak suka akhirnya keluar jua dari bibirku. Dan aku sangat takut untuk mendengar jawapannya.

Ya! Dulu dia pilih aku kerana dia yakin aku mampu berikan semuanya yang dia mahu. Tapi, jika aku tak mampu berikan dia anak, adakah pilihannya akan berubah?

"I choose you without a doubt. And I'll keep choosing you till the end." Dia kembali letakkan dagunya ke atas bahuku.

"Walau saya tak mampu berikan apa yang awak mahu?"

"All I want is you, Airis. Only you." Dia semakin eratkan pelukannya.

"Kalau ayat I nak anak tu buatkan you rasa tertekan, I janji tak akan sebut lagi ayat tu." Tiba-tiba dia angkat semula kepalanya.

"Lepas ni I kena fikir ayat power lain macam mana nak menggoda you."

Spontan aku berpaling ke arahnya.

"Goda apanya? Bukan ayat awak semuanya ayat menggoda ke?" Membulat mataku pandang dia yang berwajah selamba.

"Ayat menggoda I tak cukup power. Sebab tu you selalu mengelak bila I nak bermanja."

Amboi! Statement nak minta kena sepit ketam ni.

"Bila masa saya mengelak? Awak tu yang tak pernah pandai kira waktu asyik nak bermanja jer." Aku tolak tubuhnya dan mahu bangkit berdiri.

Tapi dia lebih pantas menarikku sehingga terbaring melintang ke katil bersamanya.

"Sekarang?" Dia angkat sebelah kening.

"Awal lagilah!"

"I tak pandai kira waktu." Bibirnya sudah melekat di pipiku.

Namun, belum sempat apa-apa, iPhonenya tiba-tiba bernyanyi.

Mulanya dia buat tak dengar tapi bila tanganku cuba masuk ke dalam poket seluarnya untuk mencari telefon tersebut, dia lepaskan pelukannya di tubuhku dan bangkit.

Lama matanya jatuh pada skrin iPhone miliknya sebelum menjawab panggilan.

Tapi, dia tidak duduk di situ sebaliknya melangkah ke balkoni seolah tidak mahu perbualannya ditangkap oleh telingaku.

Entah kenapa, aku rasa dia sedang sembunyikan sesuatu dariku.

Sebabnya, sejak akhir-akhir ini, dia kerap begitu. Bila bercakap di telefon, dia akan pergi jauh dariku. Dan bila aku datang dekat, dia akan cepat saja meminta diri dari si pemanggil untuk memutuskan talian.

Kata orang, curiga akan merosakkan banyak perkara. Tapi, bagaimana untuk aku membuang curiga tersebut kalau perlakuannya makin hari makin pelik.

LELAKI TERAGUNGWhere stories live. Discover now