C2

12.8K 1.6K 267
                                    

Aku mencapai kunci kereta di atas meja. Sekilas aku melihat penampilanku di cermin seraya mengganguk.

Dah ada gaya mak-mak nak pergi ambik anak dari sekolah. Tsk. Tak sabar pula nak ada anak sendiri.

Eh, calon pun tak ada. Mengarut je kau ni Yun.

Daripada melayan otak tak berapa betul ni, baik aku cepat start enjin. Karang kalau lambat ambik dorang nangis pula.

Keretaku- Eh perasannya. Kereta ahjumma aku pandu dengan berhati-hati dan show off sikit. Yelah, baru dapat lesen. Ni first time aku bawa kereta lepas dapat lesen.

Nasib baiklah ada GPS ni. Kalau tak mau setahun aku cari pun tak jumpa tadika dorang ni.

Aku melihat ramai anak-anak yang sedang menunggu parents masing-masing. Aku melangkah keluar daripada kereta dan mencari kelibat Tae, Kookie dan Chim.

Sebabkan aku tak kenal Kookie dengab Chim, aku pun carilah Tae.

3 orang kanak-kanak namja sedang berbual dengan gembiranya sesama mereka. Dari jauh lagi aku dapat nampak wajah Tae yang sungguh cute tu.

"Taehyung!!!"

Aku memanggil namanya seraya mendepakan tangan. Nak drama sikit. Lama Tae pandang aku, sebelum dia tersenyum dan berlari ke dalam dakapan aku.

"Noona!!!"

Aku mendukung Tae dan mencium pipi gebunya.

"Bogoshipo!"

Setelah aku puas memeluknya, aku meletakkan Tae ke bawah. Dua orang lagi budak lelaki yang tadinya melekat dengan Tae memandang aku pelik. Aku syak ni mesti salah sorang Kookie dengan Chim.

"Noona bila balik? Kenapa noona yang ambil kitorang?"

"Eh, omma tak bagitau ke?"

"Kan omma kata omma ada kerja lepas tu ada orang akan jaga kita."

Seorang daripada budak berdua tu menyampuk. Ei, dua ni lagu cute! Aku rasa nak cubit-cubit je. Dengan mata besar dia, pipi chubby. Eh! Yang sorang ni ada gigi rabbit.

Excited pula tengok budak-budak ni.

"Oh yelah. Tae lupa. Yay! Nasib baik noona yang jaga kitorang. Jomlah noona balik. Tae lapar."

"Tapi kejap. Mana satu Kookie dengan Chim?"

Budak yang bergigi rabbit tu tersenyum seraya berkata nama dia Kookie dan yang pipi chubby tu pula katanya Chim. Okay, senang je aku nak kenal dorang ni.

"Kajja! Kita balik."

***

Aku mematikan enjin kereta. Berlari-lari dorang keluar daripada kereta dan tunggu depan pintu besar dengan wajah yang bercahaya.

"Noona! Cepat Kookie tak tahan nak kena pergi toilet."

Kelam-kabut aku cari kunci daripada dalam beg. Ah sudah masa ni lah nak hilang.

"Kejap eh Kookie.. Jap.."

Aku mengorek beg tangan yang mengandungi segala macam khazanah alam. Macam beg doraemon. Bezanya beg aku ni macam tong sampah dah.

Dengan plastik gula, chewing gum. Bedak compact 3 jenis, lipstick, perfume, purse. Ha, nama pun yeoja.

"Sini Tae tolong."

Tae mencapai begku dan meletakkannya di atas lantai. Dia korek punya korek, tak jumpa juga. Muka dia dah merah. Panas sangat agaknya.

"Ah, susahlah camni.."

Tae membuat tindakan drastik dengan menghamburkan segala macam barangan ke atas lantai. Aku ternganga. Segala khazanah aku menjadi habuan mata budak tiga orang ni.

"Ha, kan senang. Terus jumpa."

Tae mencapai kunci pintu dan mula membukanya. Aku masih kaku. Lembik kejap terasa kaki.

Perlahan-lahan aku mengutip satu persatu barang yang bersepah tadi dan masukkannya ke dalam beg.

Budak-budak tu dah masuk tanpa ada rasa belas kasihan pun nak tolong aku. Tsk.

Dalam 5 minit, akhirnya aku berjaya mengutip dan membuang barang-barang yang tak perlu. Aku menghembuskan nafas lega.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah, suatu jeritan nyaring yang datang dari dalam kedengaran.

"Siapa makan biskut kookie?!!!!"

Jungkook memegang balang biskut.. yang aku baru habiskan tadi. Aku hanya kaku sambil memandangnya.

BTS Kids?Where stories live. Discover now