BIJ

382 4 5
                                        

Sekitar jam satu pagi tadi, penduduk di sekitar Desa Kiara dikejutkan dengan insiden kebakaran yang melibatkan sebuah rumah kosong di..."

Datuk Rahman segera mematikan siaran TV, beliau lebih berminat dengan perihal anak tunggalnya.

"Eh, mana Ryan? I masih tak puas hati dia pergi macam tu je"

"Alah, you ni. Biarlah, Ryan kan masih muda. Memang macam tu perangainya"

"Biar, biar. Tengoklah apa yang dah jadi dengan anak kesayangan you tu"

"Alah, anak you jugak"

Lelaki separuh abad itu hanya mampu menggelengkan kepala dengan reaksi isteri yang diterimanya.

*****

Kelmarin

"My bij! Where you at? I need you now in bed"

"Amboi, Ryan. Nak buat apa kat atas katil tu?"

"Eh, ma! Sorry salah send, bye"

"Malam ni jangan lupa. Kita ada dinner dengan family Datuk Kamal"

Datin Zaleha tersenyum sendiri. Anak tunggalnya sudah offline. Wanita itu malas nak ambil pusing dengan aktiviti teruna tersayang. Baginya, itu revolusi sikap anak muda zaman sekarang. Biarlah puteranya melayari zaman yang cuma sementara, pandai-pandailah sedar diri bila sudah tua.

Ryan menyalin teks pertama yang dihantar kepada ibunya tadi. Penerima bertukar nama, Sara. Kemudian melempar iphone 6s yang baru dibeli semalam. Semua gara-gara kecuaian dia sendiri. Letak benda merata, akhirnya hilang terlupa.

Beep. Permukaan skrin menyala, mesej baru diterima.

"Come and get me, bastard!"

Belia 26 tahun itu tersengih sendiri.

*****

Gadis itu mengusap kesakitan yang menjerut jasad, tangannya tak bertukar tempat. Menunggu kehadiran si bastard, mahu menumpah lara melarat.

Setengah jam sebelumnya dia menghabiskan masa bersuci. Sambil akal kalut menyusun strategi. Sebelum terlentang membiar masa beranjak pergi. Sesuatu sedang menyerabut otak dan hati.

Ding dong, loceng rumah berbunyi. Gadis itu segera bangun dari lentang di lantai, lantas mencapai helaian merah membalut tubuh dan bergerak menuju pintu.

Si bastard kesayangan sedang tercegat bersama reaksi muka tak sabar. Mahu sahaja dia tampar.

"Baby!"

"Herm, masuklah cepat"

Butang besi pada tombol pintu ditekan, tubuh solid didakap Ryan.

"Sorry, I tak sihat hari ni"

"Apa jadi kat you? Cuba bagitau I"

"Tak ada apa la, I cuma period je ni"

"Eh, dua minggu lepas bukan dah.."

"You ni tak faham bahasa ke?"

"Oh, okay... sorry sayang"

Ryan diam membisu. Dia sudah masak dengan sikap kekasih atau tempat melempiaskan nafsunya itu. Waktu datang bulan, gadis itu bukan permainan. Kedua-duanya menghenyak tubuh pada sofa rona putih.

"So, you nak I temankan you je la sampai I mereput?"

"Silakan mereput"

Tangan kiri Ryan dibelit ketengkuknya. Kepala yang berat disandarkan pada dada. Namun hampa, nyaman yang diharap gagal dirasa. Dalam minda bersarang pelbagai perkara.

BIJWhere stories live. Discover now