10

2.1K 168 25
                                    

Sorry author unpublish chapter 10 tu..😞
Author rasa macam bosan pulak chapter tu..
Lagipun kesian pulak nk buat Min dgn Tae gaduh..

Takpe..jgn risau😉
Author dh buat yg baru utk readers tercinta💕

So..bacalah dn komen+vote yer..
Komen lah..author mohon sgt🙏
Sekarang..dpersilakan baca

* * * * * * * * * * * * *

Akhirnya tanpa mengalami sebarang kesesakan lalu lintas,pasangan Jeon dan Kim telah selamat tiba di shopping mall tersebut dalam setengah jam sahaja.

Taehyung memakirkan keretanya berdekatan dengan pintu masuk utama.

Katanya,dia tidak mahu Min berjalan banyak takut keletihan melanda isterinya nanti.

Mereka pun keluar dari perut kereta dan masuk ke dalam mall tersebut secara beriringan.

Hanmi mencadangkan supaya mereka memasuki kedai yang bernama "Babyku" dahulu kerana di situ menyediakan pelbagai barangan bayi yang cantik lagikan murah.

Mereka semua bersetuju lalu menerokai kedai tersebut.

"Betul cakap kau Hanmi,cantik-cantik barang dekat sini..murah pula tu", Min berkata setelah rambang matanya melihat barangan di situ dijual dengan harga yang berpatutan.

"Sayang..nak beli yang mana satu ni? Banyak sangat yang cantik..tak tahu nak pilih yang mana..", Tanya Taehyung yang dilanda kebingungan.

"Mana-mana je..tapi ambil yang boleh sama ada baby girl or baby boy pakai...", Jawab Min yang masih membelek-belek baju-baju di situ.

Hanmi terlihat sepasang baju yang cantik lalu diambilnya.

"Min..aku rasa yang ni gegirl or boboy pun boleh pakai..", Hanmi menunjukkan baju yang bewarna biru dengan corak zirafah yang comel.

"Comelnya!!", Jerit Taehyung apabila ternampak baju yang dipegang oleh Hanmi.

"Tapi hyung..aku rasa lebih baik kita pilih warna pink..sebabkan nanti bila dah besar anak hyung tu..dia boleh jadi selembut Jin hyung", Jungkook memberi pendapat sambil tangannya diangkat dan dijatuhkan ala-ala mak nyah.

Lalu kata-katanya tadi disambungkan pula dengan tawanya.

"Apalah kau ni..kalau Ji  hyung tahu kau kutuk dia macam ni...confirm kau kena bebelan mulut tebal dia tu!", Lalu Taehyubg juga ketawa dan sekarang kedua-dua suami itu ketawa.

Mereka kemudiannya,memilih lagi beberapa baju di kedai itu.

Setelah selesai memilih baju,mereka membuat bayaran di kaunter pembayaran.

Lalu mereka pun keluar untuk ke kedai seterusnya.Sedang mereka berjalan,tiba-tiba Min berhenti.

"Waeyo chagi?", Tanya Taehyung kerisauan apabila melihat Min memegang perutnya.

"Aik? Baru 2 bulan tak akan dah nak keluar?", Jungkook menyampuk lalu kepalanya diketuk oleh Hanmi dek kerana soalannya yang bodoh itu.

"Baby...lapar...", Min menunjukkan muka comelnya sambil matanya dikerdipkan.

Taehyung tersenyum melihat karenah isterinya itu.

"Baby lapar ye,sayang? Okay..jom appa belanja makan", Kata Taehyung dengan mukanya didekatkan dengan perut Min.

"Kook kita pergi makan dulu lah..",

"Elok lah sangat tu..kami berdua ni pun dah lapar", Jawab Jungkook lalu mereka pun bergerak ke kedai yang terdapat di dalam mall itu.

[C] Wedding Contract  결혼 계약 Where stories live. Discover now