01

6.9K 368 53
                                    

Pada malam yang indah ditemani dengan bulan dan bintang yang menyinari seluruh alam,Hanmi termenung keluar tingkap biliknya.

Ketika itu,Jungkook sedang khusyuk mandi di dalam bilik air kamar mereka.

Setelah selesai mandi,Jungkook terlihat isterinya termenung jauh di tingkap,membuatkan dirinya bertanya kepada Hanmi.

"Awak...termenung apa tu?", Soal Jungkook sambil mengelap rambutnya menggunakan tuala.

"Ha? Erm..tak ada apa-apa lah", Jawab Hanmi yang baru tersedar daripada lamunannya.

"Tak payah tipu saya lah,awak fikir apa sebenarnya? tell me now", Jungkook berkata tegas lalu mengambil tempat di sebelah Hanmi.

Hanmi secara tiba-tiba mengeluh dengan wajah yang muram.Jungkook yang melihatnya berasa hairan.

"Saya..saya fikir..bila kita nak dapat baby?", Hanmi menoleh ke arah Jungkook.

"Dah banyak kali kita cuba,tapi..", Hanmi mula berasa sebak.

Secara tidak langsung,air matanya mula menitis.Jungkook yang melihat isterinya menangis mula rasa sedih juga.

"Sabrlah chagi..mungkin kita belum ada rezeki..tuhan tu maha adil..suatu hari mesti kita ada baby juga", Jungkook memujuk sambil mengesat air mata isterinya.

"Kalau sampai bila-bila pun kita tak ada baby..macam mana?", Air muka Jungkook terus berubah tatkala Hanmi berkata sedemikian.

"Dah..jangan cakap macam tu,tak elok", Kata Jungkook lembut sambil mengusap perlahan belakang Hanmi.

"Jom tidur,esok saya kerja", Ajak Jungkook sambil menepuk-nepuk bantalnya.

Hanmi akur,lalu dia pun membaringkan tubuhnya di sebelah Jungkook.

Keesokan harinya,Jungkook yang sedang bersiap-siap melipat lengan baju kemeja merahnya dihampiri oleh Hanmi.

"Handsomenya..awak harini", Puji Hanmi sambil tangannya membetulkan tali leher suaminya agar lebih kemas.

"Hahaha..hari-hari saya handsome lah!", Hanmi pantas menaikkan tangannya dan mencubit manja lengan Jungkook yang ketawa terbahak-bahak itu.

"Dah,jom breakfast..nanty lambat pulak awak pergi kerja", Hanmj berlalu pergi.

Belum sempat Hanmi memulas tombol pintu bilik mereka,Jungkook pantas menarik tangan Hanmi.

CHUPP~

Hanmi yang terkejut dengan situasi itu,hanya membiarkan sahaja perkara itu berlaku.

"Saya sayang awak,sampai bila-bila..ingat tau", Kata Jungkook saat melepaskan ciuman indahnya kepada Hanmi.

Hanmi berasa sangat tersentuh dengan ayat yang dikeluarkan dari bibir Jungkook itu.Hampir saja dia menangis tapi dia menahan.

"Okay..jom breakfast", Jungkook terus memimpin Hanmi ke bawah.

Jungkook terus menarik kerusi buat Hanmi apabila mereka di ruang makan.Hanmi yang dari tadi terdiam kini masih begitu kerana rasa terkejut.

Jungkook yang berada di hadapan Hanmi tersenyum melihat Hanmi masih senyap.

"Awak terkejut eh?sebab saya tiba-tiba kiss awak?", Tanya Jungkook sambil tangan kanannya menyuap masuk sekeping roti.

Hanmi yang sedang menghirup coffee terus tersedak.

"Uhuk uhuk uhuk!", Terbatuk Hanmi dibuatnya.

"Mana ada lah!",

"Eleh,malu lah tu", Balas Jungkook dan terus menyambung makan rotinya tadi.

Sempat Hanmi menjeling suaminya yang sedang meroyan pada pagi yang indah lagikan murni ini.

OFFICE

"Kring~kring~kring~", Handphone milik Jungkook berbunyi menandakan ada panggilan.

"Yeoboseyo?", Kata Jungkook.

"Ya! Jeon Jungkook! I've got a good news to tell you", Jerit lelaki di dalam panggilan itu.

Jungkook yang sudah lama mengenali pemilik suara itu terus mengeluh.

"Adub..hyung nak apa? Aku busy ni,cakap dalam phone jelah..", Jawab Jungkook dengan malas sekali kepada Taehyung.

"Benda ni tak boleh bagitahu dalam phone lah biskut!", Tengking Taehyung yang lebih kepada perli.

"Hmm...yelah-yelah,nak jumpa dekat mana?",

"Tempat biasa",

"Okay..bye", Jungkoon terua mematikan panggilan itu lalu mula mengemas kertas-kertas kerjanya di atas meja.

"Tok!tok!tok!", Ketukan berbunyi dari pintu bilik Jungkook.

Belum sempat Jungkook berkata apa-apa,orang yang mengetuk itu terlebih dahulu memulas tombol pintu tersebut.

"Omma..?", Jungkook berasa terkejut dengan kehadiran ibunya yang jarang selali menjejakkan kaki di pejabatnya itu.

"Kenapa datang tak bagitahu Kookie dulu?", Pengemasan kertas-kertas kerjanya terus diberhentikan apabila ommanya terus duduk di kerusi di hadapannya.Ini menandakan ada sesuatu yang ibunya inginkan.

"Nak datang office anak sendiri pun kena bagitahu ke?Ni omma nak tanya satu benda...", Dingin sahaja ommanya berkata.

"Apa dia omma?", Tanya Jungkook dalam ketakutan.

"Bila isteri Kookie tu nak pregnant?", Jungkook mengeluh mendengar soalan itu.Riak wajahnya terus berubah suram.

"Nak tunggu omma mati dulu ke baru nak pregnant?", Jungkook terus memandang ommanya.

"Kalau susah sangat..Kookie kahwin jelah dengan perempuan lain.Ramai lagi perempuan kat luar sana yang boleh bagi Kookie anak.Entah-entah isteri Kookie tu mandul tak?pasal tu tak pregnant lagi sampai sekarang", Lancang sungguh mulut omma Jungkook bersuara.

Jungkook yang bengang dengan kata-kata ommanya terus berdiri.Yelah siapa tak sakit hati kalau cakap macam tu sebab ianya satu doa.

"Omma,sudah-sudah lah tu..Kookie tak suka lah nak dengar semua benda ni!Kookie tak akan kahwin dengan siapa-siapa pun sebab Kookie cintakan Hanmi seorang!", Terang Jungkook.

"Habis tu..Kookie tak nak anak ke? tak nak jadi appa ke?", Saja omma Jungkook ni nak mengapikan dia.

"Dah lah omma..Kookie malas nak cakap pasal ni..Kookie pergi dulu,ada hal", Tanpa membuang masa mendengar kata-kata api dari ommanya,dia terus keluar dari officenya.

"Tunggulah kookie..omma akan pastikan kamu kahwin dengan perempuan lain dan ceraikan isteri kamu tu..sebab isteri kookie tu dah tak ada gunanya disimpan sebab dia mandul!buat berhabuk je rumah kalau simpan dia!", Ommanya bermonolog dan tersenyum sinis.

Akhirnya,Mi buat jugak fanfic ni..letih woo~😭fikir nk buat ff ap lps Mi deleted ff Pity Love tu...
Harap² ff ini berkekalan hingga ke penghujungnya..
Amin~
Kalau ad typo tu abaikan lah..

Btw,jahat tak omma si Biskut tu😶?
Jgn lupa vomment yer..
Annyeong

[C] Wedding Contract  결혼 계약 Where stories live. Discover now