Bab 7

3.1K 165 5
                                    

"Assalamualaikum, kelas. Harini kita ada pelajar baru. Melati namanya." Beritahu cikgu Sara.

Kelas menjadi senyap.

Mana tidaknya. Tengok muka Melati yang sentiasa putih melepak dan rambut yang tidak diikat itu cukup menggerunkan pelajar dikelas 4SN1 itu. Rambut Melati dilepaskan dan juntaian rambutnya menutup bahagian matanya.

"Tak pernah jumpa budak macam ni."

"Ha'a.. muka cantik tapi macam hantu je."

"Betul, betul. Entah, entah dia ni bukan manusia."

"Kelas!" Cikgu Sara menjerit sedikit kuat. Mungkin kerana tidak mahu hati Melati tersinggung dengan bicara pelajarnya itu.

Kelas senyap kembali.

"Melati, dibelakang ada tempat kosong. Awak boleh duduk disana." Arah cikgu Sara.

Melati berjalan perlahan menuju kearah yang dimaksudkan cikgu Sara. Dia melalui sebelah meja Arin. Anak matanya sempat menjeling Arin. Arin menelan liur.

'Apa kena dengan budak ni.'getus hatinya.

Selepas itu kelas berjalan seperti biasa tetapi suhu kelas seperti sejuk semacam sahaja.

Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kedatangan cikgu Azam. Cikgu Azam mahu bertemu dengan cikgu Sara.

Satu kelas tersenyum melihat mereka berdua berjalan beriringan keluar kelas.

**********

"Kamu semua tahu tak tentang Mia? " Tanya cikgu Sara.

"Mia? Semalam dia tak masuk kelas sampai waktu balik."

"Ha'a dia tak masuk kelas."

"Semalam dia pergi tandas dengan Arin."

"Arin? Kamu tahu tentang Mia?" Tanya cikgu Sara kepada Arin.

Arin menggeleng.

"Semalam, saya, Arin, Mimi dan Limah ada singgah ke tandas untuk cari Mia. Tapi kitorang tak jumpa. Kitorang fikir, dia ada singgah kemana-mana. Kenapa cikgu?" Kata Amar menjawabkan bagi pihak Arin.

"Cikgu dikhabarkan bahawa Mia telah meninggal dunia kat dalam toilet."

Yang mendengar semuanya terkejut mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulut cikgu Sara kecuali Melati yang tersenyum lebar sambil menunduk.

Arin terkaku. Dia masih teringat ketika dia bersama Mia di tandas kelmarin. Dia sungguh menyesal kerana tinggalkan Mia seorang diri.

"Dalam tahun ini, satu nyawa telah terkorban. Kes Mia masih dalam siasatan. "Terang cikgu Sara.

**********

"Korang tau tak pasal Mia mati kat tandas?" Tanya Limah.

Arin diam.

"Kitorang tau."balas Amar.

Masing-masing memandang Arin.

"Awak, kenapa ni? Jangan risaulah... bukan salah awak, kan?" Amar memujuk.

Arin menggeleng.

"Sebelum tu, Mia ada cerita kat saya yang dia dah alami apa yang saya sedang alami sekarang. Maknanya, lepas dia mati......"

"Jangan cakap bukan-bukan. Ajal dan maut di tangan Tuhan. Saya tak nak dengar awak merepek lagi. Awak alami apa je, cuma mimpi dan hayalan semata-mata je kan?" Amar meletak jari telunjuknya dibibir Arin sambil berbicara lembut mahu menenangkan hati Arin. Dia tidak mahu Arin terlalu memikirkan hal yang sebegitu. Dia tidak mahu kehilangan Arin. Dia terlalu sayangkan Arin.

Teman Sebilik [COMPLETE]Where stories live. Discover now