001 | Jodoh ·˚ ༘

34.1K 1.2K 64
                                    

Syafa POV

Seperti biasa , aku melangkah masuk ke dalam kelasku .

Disebabkan hari ni hujan , jadi perhimpunan terpaksa dibatalkan . Haa , bagus lah tu . Aku memang benci perhimpunan hari Isnin . Dah lah kena dengar pengetua membebel dekat depan . Kalau dikira - kira , nak dekat satu jam dia membebel .

Mata aku bersinar - sinar lepas nampak jodoh aku .

Wah ! Jodoh ada depan mata lah !

" Hai...Adam . " aku menegurnya . Hopefully dia akan jawab sapaan daripada aku .

Dia hanya menjeling aku lalu dia pergi ke locker nya yang terletak di belakang kelas .

Wait , dia jeling dekat aku ?! Fuh , sabar Syaf . Nasib baik jodoh . Kalau tak , dah lama aku maki hamun dia .

" Mmm , awak... " aku cuba memanggilnya lagi .

" Nak apa ? " Uish , dinginnya suara . But at the same time , suara dia...menggugat iman aku .

" Saya...nak minta tolong boleh tak ? " Hehehe , aku harap dia akan masuk dalam umpan aku .

" Apa dia ? " Wah , dia nak tolong aku ke ni ?

" Tolong jangan curi hati saya . " Ayat pickupline ni aku belajar daripada Sarah . Sarah ni classmate aku merangkap penolong ketua kelas .

Chia...chia...chia tak ?

" Apa benda yang kau merepek ni , budak ? " Dia ni blur ke apa ? Aku tengah buat pickupline ni , bagi lah respon sikit . Ish !

" Mmm , lupakan je lah awak . " Aduh , malunya .

Aku pun terus duduk di tempat ku .

Tak pe lah , at least aku dah ada moment dengan dia . Korang ada ?

Beberapa minit kemudian , rakan - rakan sekelasku yang lain pun mula memenuhi tempat kosong yang ada sebentar tadi .

*****

Adam POV

Aku pandang budak perempuan yang katanya nak minta tolong dengan aku tadi .

Huh , tolong jangan curi hati dia ?

Siapa lah yang nak curi hati dia ?

Dah lah perangai macam budak - budak . Umur dah 17 tahun , tapi serupa 7 tahun je aku tengok . Lepas tu siap buat pickupline dekat aku pula tadi .

Sorry to say , aku memang tak layan mana - mana pickupline yang orang cuba buat dekat aku . Asal nak jiwang sangat ? Kan lebih elok kalau jadi cool je .

Macam - macam perangai aku jumpa dalam kelas ni . Haih , aku rindu France . Walaupun diaorang semua agama lain - lain , tapi aku selesa kawan dengan diaorang . Dekat sana , cuma ada 2 orang je yang sama agama dengan aku .

Okay lah tu , tak ada lah aku rasa awkward sangat dengan kawan - kawan aku yang lain .

Aku terdengar ketua kelas iaitu Zareef menyuruh semua orang turun ke makmal fizik .

Hmm , subjek fizik antara subjek yang aku tak minat . Bukan apa , cikgu yang ajar tu tersangat lah boring . Lepas tu , asyik nak marah - marah je . Kedut muka tu nanti , aku tak tahu .

Kemudian , aku pun turun ke makmal fizik seperti yang disuruh sebentar tadi .

*****

𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘Where stories live. Discover now