𝗣𝗥𝗢𝗟𝗢𝗚 ·˚ ༘༉‧₊˚.

68K 1.5K 78
                                    

[Syafa]

Sedang aku seronok bermain-main di dalam mimpi, tiba-tiba aku terasa berat di wajahku, seolah-olah ada sesuatu yang sedang menghempap aku ketika ini. Bila aku buka je mata, rupanya ada satu bantal yang betul-betul tengah landing atas muka aku.

Siapalah yang pedajal aku pagi-pagi ni?

Ini tak lain tak bukan, mesti kerja abang aku.

Aku segera mengalihkan bantal tersebut. Selesai sahaja berbuat demikian, terus terpampang wajah abang aku yang sedang bercekak pinggang sambil memandang tepat ke arah mataku.

"Abang, apa ni?" rungutku sambil memeluk bantal panjang yang berada di sampingku.

"Mama yang suruh abang kejutkan Syaf. Kalau tak, jangan haraplah abang nak kejutkan Syaf yang liat bangun ni." Aku hanya memekakkan telinga. Kacau mood orang betul pagi-pagi ni.

"Ni ada apa masuk bilik Syaf ni? Kacau je orang nak tidur." Selamba aku menyoal abangku. Yelah, tiba-tiba masuk bilik orang lepas tu baling bantal. Kan dah mengganggu waktu tidur aku.

"Wahai adikku yang tak berapa nak cantik, lupa ke hari ni hari apa? Tak nak pergi sekolah ke?"

"Sekarang pukul berapa?" Dengan malas aku menyoal. Mata aku masih lagi mengantuk sebenarnya. Harap-haraplah masih awal. Boleh aku sambung tidur sekejap.

"6.50 pagi."

Umpama terkena renjatan elektrik, mataku terus celik apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh abangku. Tanpa membuang masa, aku terus mencampakkan segala bantal yang menghalangku untuk bangun. Selimutku turut dialihkan ke tepi.

"Ha? Abang! Kenapa tak kejut Syaf!" marahku seraya bangkit dari katil.

"Jangan nak salahkan abang eh. Syaf yang tidur mati. Itu pun nasib baik abang tolong kejutkan, kalau tak Syaf tak pergi sekolah dah hari ni." 

"Ish, dahlah! Pergilah keluar."

Aku terus menghalau abangku yang masih lagi tercegat di sisi katil. Orang dah lambat, dia sibuk lagi tercegat tepi katil.

Sebelum dia keluar, aku sempat memandang wajahnya yang sedang mencemik kepadaku. Ah, peduli apa aku? Sekarang ni, aku dah lambat. Lebih baik aku jangan buang masa.

Eh, kejap. Sebelum aku mandi, yang kejut aku tadi tu abang sulung aku.

Ceh, tak payah nak abang sulung sangatlah Syaf, memang kau ada sorang je pun abang.

Nama dia Muhammad Fayyad Nazim. Umur 25 tahun. Dia lah satu-satunya abang yang aku ada. Dialah tempat aku maki, curhat, nangis, luahkan perasaan. Kalau tak ada dia dekat rumah, sunyi hidup aku. Yelah, aku mana ada adik-beradik lain. Walaupun dia kadang-kadang annoying, i mean selalu... tapi aku tak kisah. Aku tetap sayang dia.

Eh, sempat lagi aku ajak borak. Aku ni dah lambat!

⋆⋅☆⋅⋆

Hasil daripada larian pecutan aku sebentar tadi, aku sempat sampai ke sekolah pukul 7.28 pagi. Fuh, nasib baik sempat sampai sebelum 7.30. Kalau tak, habislah aku kena bebel dengan cikgu disiplin sebab datang lambat.

Aku tak nak cemarkan rekod kehadiran aku. Lagipun aku bukannya muka-muka budak yang selalu datang lambat. Rosaklah reputasi aku kalau pengawas ambil nama aku.

Sambil berjalan, aku membetulkan sedikit kain baju kurungku yang sudah terangkat-angkat ketika aku berlari sebentar tadi. Nak cepat punya pasal, mana aku fikir dah pasal kain aku.

𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘Where stories live. Discover now