BAB 5

1K 39 1
                                    

DATO ISMADI mengatur langkahnya ke arah ruang tamu. Susuk tubuh isterinya yang sedang menonton berita semasa itu didekati sebelum dia duduk disofa tunggal berdekatan dengan sofa yang diduduki oleh isterinya.

"Mana anak bertuah awak tu?" Soal Dato Ismadi tiba-tiba sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya.

"Dah keluar." Selamba Datin Marissa menjawab.

"Tulah awak manjakan sangat budak tu, kan dah pijak kepala kita."

"Alah abang. Biarkanlah dia. Dia tahulah apa yang terbaik untuk dia. Dia tahulah jaga diri dia."

Dato Ismadi diam seketika. "Macam mana dengan hasrat kita nak satukan Izan dengan Ana?" Soal Dato Ismadi lagi.

"Saya tak bagi kata putus lagi pada dorang. Izan minta sedikit masa. So, saya bagi dia sebulan. Kalau dia tak jumpa perempuan yang sesuai untuk jadi isteri dia, saya sendiri akan pinangkan Ana untuk dia." jelas Datin Marrisa panjang lebar.

Dahi Dato Ismadi berkerut. "Apa? Awak bagi dia masa? Awak dah gila ke?" tanya Dato Ismadi sedikit menengking.

Datin Marissa memandang wajah suaminya. "Izan dah besar dah, awak. Umur pun dah 32 tahun. Bulan depan jawatan dia sebagai CEO di Amazed Group akan berkuatkuasa. Tugas kita sebagai ibubapa adalah mendoakan dia."

"Sebab dia dah nak jadi CEOlah saya takut dia pilih isteri main tangkap muat saja. Awak bukan tak tahu Izan tu memang tak suka pada Ana, walaupun mereka rapat."

"Ana tu rakan sepermainan Izan. Sepupu pula tu. Dia dah membantah tapi kita nie sibuk juga nak satukan dorang tu."

"Saya nak Izan kahwin dengan Ana sebab kita dah kenal Ana. Dia budak yang baik, sesuai jadi isteri Izan. Dia layak jadi isteri CEO. Kalau dibuatnya Izan pilihan isteri mata duitan, kaki kikis mahu lingkup Amazed Group dibuatnya."

"Abang, kalau abang dah tak benda nak cakap baik abang diam saja. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibubapa itu adalah doa. Diamlah, bang." pinta Datin Marrisa lemah. Suaminya memang tidak pernah sebulu dengan anaknya. Hubungan mereka sebaik ayah dan anak pun kurang mesra. Mana tidak, satu api, satu petrol. Datin Marissa hanya mampu bersabar dengan perangai dua beranak itu.

***

"LINA," panggil Izan lantang. Tapi Lina tidak mahu menoleh, jauh sekali berhenti.

Izan mempercepatkan sedikit langkahnya sebelum dia menarik tangan Lina dan serta merta langkah gadis itu terhenti. Lina cuba menarik tangannya namun gengaman tangan Izan kali ini sangat erat dan kuat.

"Lepaslah. Awak nak apa?"

"Saya nak kahwin."

"Saya tak nak."

"Lina, saya tahu awak baru kenal saya dan saya baru kenal awak. Tapi percayalah hanya awak saja calon yang saya boleh fikirkan sekarang."

Lina menggeleng. "Jawapan saya tetap 'TIDAK'. Awak faham, kan?" Lemah suara Lina berkata.

Pelahan-lahan Izan melepaskan tangan Lina. Dia putus harapan. Alah, dia tidak mahu berkahwin dengan Anastasia. Dia sudah menganggap Ana sebagai seorang adik dan dia pasti Ana pun menganggapnya tidak lebih dari seorang abang.

"Okay. Saya akan berikan masa untuk awak berfikir. Sekarang beritahu saya awak nak ke mana?" Risau pula dia melihat Lina yang tiada tempat untuk dituju.

Tambah-tambah lagi, Lina baru saja sembuh dari kecederaan. Mana boleh dia biarkan Lina bersendirian sedangkan dia tahu pelaku itu masih bebas. Bagaimana kalau dia menemui Lina semula? Izan pantas menggeleng kepalanya. Mengusir pemikiran jahat itu dari kepalanya.

"Tak tahu."

"Beginilah. Saya nak awak percaya pada saya. Nama saya Faheezan Harriz bin Ismadi, in case kalau saya buat jahat dekat awak, awak boleh beritahu polis nama saya."

Lina hampir saja tergelak. Apa bendalah lelaki ni cakapkan? Tak faham aku.

"Awak nak cakap apa sebenarnya ni?" tanya Lina. Untuk seketika permintaan Izan dilupakannnya.

"Saya nak bawa awak ke Kuala Lumpur."

"Awak orang KL ke? Habis, apa awak buat dekat JB nie?"

"Saya ke sini sebab nak jumpa Helmi tu. Doktor awak tadi tu, dia bestfriend saya. Tak sangka pula saya jumpa awak dijalan tu."

Lina tersenyum kecil. Dia menganguk sekali. Lina sedar akan kecuaiannya itu. Ketika itu, dia buntu. Dia terpaksa membawa diri walaupun sebenarnya dia tidak mahu. Bila dia dihon oleh Izan pada malam tu, dia terkejut. Dan sedar-sedar dia sudah berada di hospital.

"Kalau awak percaya pada saya, saya ingat saya nak bawa awak ke KL. Memandangkan awak pun tak ada tempat nak dituju, kan. Sementara awak belum bersedia nak jadi isteri saya, saya nak awak tinggal dengan kawan saya. Jangan risau, dia perempuan macam awak." Ujar Izan sambil tersenyum.

Lina senyum. Entah mengapa hati kecil dia mengatakan dia mempercayai kata-kata Izan. Lina harus memberi kata putus sekarang. Sudah tiada maknanya dia tinggal disini lagi. Memandangkan dirinya sudah dibuang keluarga, Lina rasa tak salah jika dia merantau ke tempat orang.

"Saya ikut awak."

"Really?" tanya Izan tidak percaya.

Lina mengangguk.

'Lina akan pergi, bu. Lina buat seperti apa yang ibu nak. Lina akan lesap dari pandangan mata ibu,' desis hati Lina sayu.

BEAUTIFUL STRANGER (Slow Update)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt