BAB 1

2.1K 54 3
                                    

LINA menarik nafasnya agak sedikit payah. Dadanya sakit akibat ditendang oleh ayah tirinya, Salleh. Lina dapat rasakan rusuk kirinya sedikit membengkak hingga membuatkan Lina mengalami kesukaran untuk bernafas.

Lina tidak tahu mengapa ayah tirinya begitu berdendam dengannya sedangkan Lina langsung tidak pernah menyusahkan lelaki itu. Sejak Ibunya, Mastura berkahwin, Lina sudah mampu berdiri di kakinya sendiri. Lina tidak pernah minta satu pun dari Mastura apatah lagi Salleh. Lina jadi buntu.

Lina menggigit bibirnya kuat apabila dengan tidak sengaja kakinya terlanggar kerusi meja soleknya. Dalam diam Lina menangis. Meratap nasibnya seorang diri di dalam biliknya yang kecil dan suram. Lina kesal. Ibunya langsung tidak berbuat apa-apa untuk melindunginya dari amarah lelaki durjana itu.

Lina menatap dirinya di dalam cermin. Bibirnya yang pecah, matanya yang lebam ditatapnya satu persatu. Lina sudah tidak tahan hidup dibawah kawalan lelaki itu lagi. Sudah hampir 10 tahun dirinya menjadi mangsa sepak terajang Salleh. Pernah satu ketika, Salleh cuba memperkosanya ketika lelaki jahanam itu dibawah pengaruh minuman keras.

Lina tidak pernah mengadu pada Mastura. Dia tahu ibunya pasti akan menyebelahi suaminya.

Malam ini, Lina nekad untuk melarikan diri dari rumah ini. Dia sayangkan ibunya tapi ibunya tidak pernah menyayangi dia selama ini. Ingatan Lina kembali kepada peristiwa yang berlaku beberapa bulan lepas.

Ketika itu, Mastura tiada di rumah. Dia menghadiri majlis perkahwinan anak rakannya. Pada malam itu, Salleh sekali lagi mencuba untuk mencabulinya tetapi malang. Mastura sudah kembali sebelum Salleh cuba mengapa-apakan dia. Lina mengadu pada Mastura namun sebaliknya dia yang dipersalahkan.

"Lina tak tipu ibu, sumpah Lina tak tipu. Pak Salleh cuba nak rogol Lina," beritahu Lina dengan tangisan. Dia cuba menagih simpati ibunya namun....

Pangggg!!!! Mastura menampar pipinya Lina kuat hingga meninggalkan bekas dipipi Lina. Lina bertahan. Sakit dipipinya tidak sama dengan sakit dihatinya.

"Aku dah bela kau. Kau sekolahkan kau, ini balasan kau pada aku, huh Lina!!!" Jerkah Mastura lantang. Salleh berada disatu sudut tersenyum sinis memandang Lina.

"Ayah tiri kau sendiri kau nak goda, anak jenis apa kau ni!"

Lina menggeleng rakus. "Tak, ibu. Lina tak goda dia. Dia yang cuba nak cabul Lina. Ibu, tolonglah percaya Lina." Ngongoi Lina dengan perasaan yang hiba. Macam mana seorang ibu enggan mempercayai anaknya sendiri. Darah daging dia sendiri.

"Kau jaga sikit mulut kau perempuan jalang. Kenapa pula aku nak rogol kau? Aku hanya sayangkan ibu kau." Ujar Salleh penuh dusta.

"Beginilah Lina..." Mastura menarik nafasnya sebelum meneruskan bicara. "Kau kemas baju kau, keluar dari rumah ni. Aku tak nak tengok muka kau lagi." Ujar Mastura dengan nada yang lemah.

Airmata Lina semakin laju merembes keluar. Dia menggeleng laju. Tangan Mastura diraihnya beberapa kali namun ditepis kasar oleh Mastura.

"Ibu.. Ibu jangan buat Lina macam ni. Ibu tak sayangkan Lina ke?" Soal Lina. Hancur hatinya mendengar setiap bait kata yang diucapkan oleh Mastura.

"Lina berani junjung Quran, bu. Lina tak goda Pak Salleh, tolonglah percaya cakap Lina ni, bu." Rayu Lina. Dia sudah tidak pedulikan Salleh.

Mastura memejam matanya rapat. Siapa kata dia tidak menyayangi Lina? Ibu mana yang sanggup membuang anaknya sendiri? Dia tahu selama ini Lina sengsara hidup bersamanya dan dia mahu Lina mencari kehidupannya sendiri. Tempat Lina bukan di dalam rumah ini lagi.

"Pergi kemas baju kau dan berambus." Ujar Mastura sebelum meninggalkan Lina sendiri meraung di ruang tamu itu.

Lina menyapu sisa airmatanya. 'Lina akan pergi ibu. Lina pergi sebab Lina sayangkan ibu walaupun hakikatnya ibu tak pernah sayangkan Lina.'

Lina menuju ke arah almari tua di dalam biliknya lalu mengeluarkan beg pakaian dan baju-bajunya. Setelah sekian lama dia bertahan, akhirnya dia kalah. Dia terima ibunya lebih sayangkan Salleh berbanding dengan dirinya.

"Lina sayangkan ibu." Ucap Lina buat kalinya terakhir sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kayu itu. Rumah tempatnya membesar kini bukan lagi rumahnya. Dia telah di buang oleh ibunya sendiri. Itu adalah satu-satunya penyesalan Lina.

***
TIDAK semena-mena Izan menekan break emergency apabila kelibat seseorang yang muncul entah daripada mana melintas jalan tanpa melihat kiri kanan.

Tanpa berlama-lama Izan terus keluar dari perut kereta Audi S8nya lalu menerpa ke arah gadis yang masih kaku berdiri dihadapan keretanya. Terkejut barangkali, fikir Izan dalam hati.

"Miss, are you ok..." belum sempat Izan menghabiskan ayatnya, gadis itu sudah pengsan. Mujur sahaja Izan sempat meraih tubuh langsing itu sebelum rebah menyembah bumi.

"Cik... Cik,..." Izan menampar pipi gadis itu lembut namun tiada respon yang positif. Izan mencempung tubuh gadis itu lalu diletakkan di bangku penumpang dalam keretanya. Tanpa berlengah, Izan terus memandu keretanya menuju ke hospital berdekatan.

BEAUTIFUL STRANGER (Slow Update)Where stories live. Discover now