Hari Terbuka

176 8 1
                                    

     Kelihatan kawasan sekolah penuh dengan pelajar yang berjumlah 1000 lebih. Pelajar petang (tingkatan 1&2) berada di tapak perhimpunan manakala pelajar pagi (tingkatan 3,4&5).

     Sekolah ku adalah sekolah paling ramai jumlah pelajar dan guru di daerah Mersing. Sebab tulah kami dibahagikan kepada dua sesi.

     Aku masuk ke dalam dewan dan duduk di hadapan,dekat belakang tak ada geng. Ntahlah kena sampuk apa harini tiba-tiba rajin duduk di depan. Oh lupa! Bulan puasa kan.

     "Ieqah,kau follow tak markonah_12 dan yuhana16?" Tanya ku pada Ieqah secara mengejut. Nasib baik tak kena sampuk.

     "Siapa tu?" Tanya Ieqah pelik.

     "Tu Balkis dengan Yu. Diorang baru buat account semalam," kataku bersungguh-sungguh. Ni alang-alang aku promote diorang kejap.

     "Nanti aku follow. Malam ni aku buka wattpad," kata Ieqah. Yey...

     "Aina,aku tak pandai lah guna," adu Yuhana apabila terdengar ku bercerita tentang wattpad. Suara macam orang duduk 1000 batu,memang lah dengar.

     "Nanti aku ajar. Aku pun tak pandai guna juga dulu tapi Pyscho_Unnie yang ajar. Alhamdulillah, sekarang terlebih pandai," kataku. Terima kasih Izzah. Kalau tak ada kau gerenti kematu aku sekarang.

     "Aina,kau dah siap Bio?" Tanya Izwani selepas ku bersembang dengan Yuhana tadi. Tak siap jugak lah ni. Memang daebaklah siapa yang dapat siapkan nota bab 6 Bio. Cikgu pun,bagilah kami hantar lepas raya. Seksa doh nak siapkan.

     "Kau?" Tanyaku tanpa menjawab soalannya.

     "Belum. Tinggal nak tampal dan satu muka surat lagi," kata Izwani. Peh,terbaiklah.

     "Aku belum siap lagi. Aku buat dalam buku lama je. Buku baru cadang nak buat masa cuti ni," kataku tanpa perasaan cuak kerana tidak siapkan kerja. Banyak kerja lah sampai kena pakai dua buku. Bayangkan...

     "Dah tu kau nak hantar macam mana?" Tanya Iz dengan muka terkejut. Terkejut pula aku tengok muka dia yang terkejut tu. Menakutkan.

     "Macam tu lah. Buku lama ni aku hantar dulu,biar ada nama aku. Naik cuti baru hantar yang baru. Cakap je lah dekat cikgu yang aku TERtinggal harini," jawab ku dengan senang hati. Orang lain tengah susah,kau pula happy.

     Masa ni lah aku nak asah bakat aku berlakon. Lagi terror dari Madam dan Majnum. Tengok je...

     "Peh kau! Berani yer," kata Iz sambil memaparkan wajah tidak percayanya. Aku hanya tersenyum.

     Yalah,budak kelas atas buat perangai. Tapi aku kesah apa. Orang pentingkan diri sendiri memang macam ni.

     Namun,orang tak kesah sangat kalau aku buat perangai sebab aku dari kelas bawah yang selalu buat perangai. Bilik kaunseling 3 kali aku dijemput manakala bilik disiplin baru sekali menjengah. Kalau kes tak tepati masa,aku adalah orang ke-3 tertinggi.

     Tahun lepas, setiap kali subjek Bahasa Melayu, aku akan lesap. Tapi tak pernah tertangkap. Kawan-kawan aku yang lain semua kena saman dengan cikgu Amir. Orang otak geliga lain. *hidung yang sememangnya kembang bertambah kembang sampai boleh sumbat spanar*

     Dan tahun lepas juga, muka aku dan Balkis akan muncul macam hantu karipap. Setiap pelosok ada muka kitorang. Setiap hari kami tawaf sekolah sampai boleh hafal waktu belajar kelas lain.

This Nerd Girl Is Naughty Cute (COMPLETED)Where stories live. Discover now