Gosip

82 10 5
                                    

     Baru sahaja aku memijakkan kaki di tanah perkarangan sekolah, terdengar satu suara hon motor. Aku pusing ke belakang dan kelihatan jiranku sedang melambai ke arahku. Aku hanya tersenyum dan tunggu.

     Kami masuk ke pagar sekolah bersama sehingga sampai di dewan, kami berpecah.

     "Assalamualaikum,"salam ku ketika melalui dihadapan Hamiza,Hidayah,Aimi,Ain,Athirah dan Huda Darvina. Mereka membalas. Aku pun pergi ke arah pondok untuk letak beg sekolah ku lalu berpatah balik ke tempat berkumpul Miza tadi.

     "Aina,kau dah siap homework Bio?" Tanya Farid yang baru tiba. Aku hanya tersenyum manakala Farid hanya mencebik. Faham sangat dengan perangai aku.

     "Tak siap lah tu," balas Farid dengan nada meluat.

     "Tak siap pun nanti aku siapkan juga. Pernah aku tak siapkan kerja? Aku siapkan tapi masa je lambat nak hantar," terangku dengan geram. Farid hanya tersengih malu. Malu-malu rimau pulak dia ni.

     "Okey. Jom teman aku letak beg," ajak Farid. Dah kalah lah tu nak debat dengan aku.

      "Amboi,sejak bila pandai letak beg dekat sana?" Perliku. Farid hanya tersenyum. Selalunya dia akan letak beg di tepi dewan tetapi hari ni kena sawan apa ntah,boleh nak letak dekat pondok.

     Sampai di pondok, kelihatan Linda,Anna,Azie dan Nana. Aku pun tegur. Orang peramah memang macam ni.

     "Wei,aku ada hot story ni," kataku dengan riang. Diorang pula teruja nak dengar cerita ku.

     "Apa?" Tanya mereka. Kau kalau gosip laju je.

     "Nantilah. Masa rehat aku naik atas,aku cerita," jawab ku puas. Puas kenakan diorang. Diorang pula dah menunjukkan muka kecewa.

     "Kau ni kan," marah Linda. Comelnya dia dengan pipi tembam tu.

     Aku hanya tersenyum dan masuk ke dalam dewan bersama mereka.

     Masuk je dalam dewan, kami riuh sehinggalah perhimpunan rasmi bermula.

     "Para pelajar dan guru diminta berdiri tegak dan menyanyikan lagu bangsa Johor, Mersing Hebat dan lagu sekolah yang diiringi dengan muzik," kata pengacara majlis iaitu pengawas.

     "Orang pagi-pagi selawat,dia sibuk suruh nyanyi pulak," kataku dengan spontan. Yelah,bulan puasa ni banyakkan selawat menambahkan pahala. Ni tak,sibuk nak melalak pagi-pagi.

     "He eh, ayat dia sentap habis," ujar Ieqah. Geng Viral tergelak kecil manakala aku hanya tersenyum.

     Sedang kami nyanyi, tiba-tiba cikgu panggil pengawas untuk menolong Nabila yang sedang sakit. Nampak macam nak pengsan pun ye juga.

     "Sakit?" Tanya seseorang. Aku pun lupa. Bukan ingat sangat. Biasalah,orang friendly ramai sangat kawan.

     "Haah. Dia selalu sakit. Hari-hari sakit," jawab ku tanpa perasaan. Tiba-tiba dengar orang gelak. Aku pandang diorang.

     "Bengong kau ni," kata Ieqah. Aku tercengang seketika. Aku salah cakap ke? Lama-kelamaan baru ku sedar. Aku hanya tersengih comel.

     Habis je nyanyian dan angkat ikrar,kami dipersilakan duduk. Mendapat je punggung kami di lantai, cikgu Othman dijemput memberi ucapan.

     "Abajds....bskbbhwj.....hvakahskw...." apa yang cikgu Othman bebelkan aku pun tak tahu.

     Selepas itu aku menguap. Ngantuk doh. Semalam tidur lambat. Main mercun. Hak hak hak.

This Nerd Girl Is Naughty Cute (COMPLETED)Where stories live. Discover now