"Suara cikgu Othman ni dodoikan kita," kata Rohani. Dia pun mengantuk juga. Tak tahu lah buat apa semalam.

     "Twinkle twinkle little star.." nyanyiku dengan suara comelku. Auw,tergoda you. Hak hak hak.

     Waktu perhimpunan pun tamat. Waktu yang jatuh pada ranking ke-2 bagi pelajar dan guru menanti selepas waktu balik.

     Sebelum aku masuk ke kelas,aku jumpa ustazah Ilni dulu. Bagi barang kejap. Halal tau. Tapi haram di sekolah bagi pelajar. Cer teka apa?

     Masa pertama, Bahasa Inggeris dahulu. Selepas 15 minit menanti baru lah Madam masuk. Belajar gitu-gitu je sebab kekurangan masa.

      Tapi sebelum Madam masuk ke kelas,kecoh seketika kes budak Cina perempuan pakai tatu di kaki. Tak pasti lah tatu air atau yang betul.

     Selepas itu, Matematik menyinggah. Oh gembiranya sebab math waktu pagi. Kalau petang ni,mesti dah berdengkur aku ni.

     "Aina,mana laki kau?" Tanya Dayah. Majnum lah tu. Tak habis-habis dengan mamat tu. Apa yang hebat sangat aku pun tak tahu. Yang aku tahu je dia pandai berlakon. Memang aku bagi 10/5 bintang. Terlebih lima bintang tu. Hehehe.

     "Tak sangka aku bermadu dengan Laila," kata ku. Sporting lah sikit. Tak kan hari-hari nak beku. Kaku kan jadinya.

     Hidayah hanya tersengih manja. Dia memang manja. Anak bongsu katakan. *mata juling ke atas*

     Masa yang ku nantikan tiba, masa rehat. Sebelum masuk ke kelas, Farid mengajak aku temankan dia beli buku Biologi di koperasi. Macam lah ada dinosaur dekat koperasi tu. Takut sangat.

     "Aina,air," Farid menunjukkan air botol kepada aku yang berada di dalam peti. Terliur mak. Meleleh habis air liur dalam kerongkong.  Dah lah tengah dahaga,boleh pulak main tunjuk-tunjuk si Farid ni.

     "Kau ni! Terliur aku," geram pula aku dengan minah ni. Nasib baik iman masih kukuh di dada,kalau tak harus hilang air dalam peti sejuk tu.

     Kami berjalan menuju ke blok tingkatan 4 selepas pembelian sudah selesai. Sampai di tingkat 2,Farid menuju ke kelas manakala aku ke tingkat 3 untuk ke kelas Yuhana.

     "Ha,cepat cerita. Cerita apa yang kau nak cerita?" tanya Ieqah. Tak menyempat sungguh budak ni. Harap ni bulan puasa je,kalau tak otak kuning dah aku ni.

     "Macam ni. Hari Khamis tu, jiran aku pergi BJ. Dia ternampak Majnum bawa Laila naik motor sekali," cerita ku sambil duduk di atas lantai depan pintu kelas Yuhana. Port bercerita.

     Ada muka terkejut,ada muka tak percaya dan ada juga muka blur macam aku ni. Macam-macam mimik muka ada.

     "Aku mula-mula pun tak percaya,tapi dua kali Majnum lalu depan dia," sambungku lagi. Memang aku tak percaya beb. Majnum budak baik doh. Dalam kelas diam je,dengan pemakaian macam budak nerd habis. Spek besar, baju teratur dan selalu kena buli. Elok lah tu. Boleh dapat pangkat Raja segala Skema.

     Tak sangka pula jadi ubi berisi. Kalah keledek.

      "Tu lah. Aku pun ada dengar pasal ni. Terkejut juga lah. Tapi aku dengar Majnun pernah jumpa kakak Laila sebab kakak Laila yang panggil. Kiranya dah dapat restu lah ni," kata Ieqah. Kami semua hanya mendengar dan ada juga lah yang menyampuk sikit-sikit.

     Bergosip punya gosip sampai lah masa Biologi bertapa. Aduii, rasa malaslah pula.

     Jalan punya jalan sampailah di makmal Biologi. Hui,sedihnya. Tak tahu lah dekat mana sedihnya.

     Disini tiada yang menarik untuk diceritakan. Biasa-biasa je.
     Dan masa akhir adalah Sivik dan Fizik. Dua-dua subjek ni cikgu tak masuk dalam kelas. Suka? Gila kau tak suka! Budak lelaki sibuk dengan monopoli, yang lain buat kerja sekolah. Budak baik katakan. Lain pula dengan aku,tak habis dengan gosip.

     "Gila kau! Aku tak percayalah, " kata Miza dengan reaksi tekejut selepas ku ceritakan tentang Majnun. Aku pun tak percaya. Kalau yang perempuan tu tak kisah sangat sebab kakak dia 'lokla' sikit. Masalah dekat sini adalah Majnum. Budak baik tu.

     "Kau ingat aku pun percaya juga ke?" Marah ku pada Miza. Nak tuduh aku reka cerita lah tu. Aku lempang kang,tak pepasal jadi gasing.

     Kami bergosip dan Madam pun masuk. Dia ganti cikgu Yus tapi dia tak mengajar kitorang. Dia sibuk ajar Hidayah tentang pertandingan public speaking. Dah Madam tak ajar,aku apa lagi. Gosip!!! Hak hak hak.

     "Tengok Farid tu. Baik je dengan Siti. Kalau aku dah tak tahan dengan perangai dia," kata Miza sambil mata terarah kepada Farid dan Siti. Mereka sedang bergelak ketawa. Cemburu? Aku bukan lesbian.

     "Dia kan baru masuk,nak tahu  macam mana. Kena tunggu 6 bulan ke 1 tahun ke,baru dia tahu," jelasku sambil memandang ke arah mereka. Siapa tahan dengan perangai si Siti ni,yang 'bajet' lebih.

     "Kalau aku tak sampai sehari dah tak tahan dengan perangai dia," balas Miza semula. Tak habis lagi topik ni? Dah,kita tukar ke topik lain. Bercerita lah aku sampailah satu masa Izzah dengki dengan aku.

     "Aina,kau makan bontot ayam,eh?" Tanya Izzah. Apa pula tiba-tiba tanya soalan macam tu.

      "Kenapa?" Tanya ku semula. Pelik lah kan. Elok-elok bercerita tiba-tiba terselit persoalan bontot ayam.

     "Tak lah. Kau cakap laju sangat," balas Izzah. Aku tergelak kecik. Lah,tu je persoalan kau. Ingatkan suspen sangat lah tadi. Terkejut mak.

     "Dah tu aku cakap kau faham?" Tanya ku. Aku kan cakap laju,takut dia tak faham atau tertinggal.

     "Faham. Tapi mulut kau tu lah. Laju nak mampos," balas Izzah selamba. Mulut aku lambat lagi nak mati. Sabar Izzah.

     "Okey, you guys can go now," kata Madam. Aku tengok jam. Dah nak balik.

     "Balik?" Tanya Miza dengan terkejut. Kau harini dah berapa hari terkejut. Nasib baik tak ada penyakit jantung. Kalau tak, dah terkeluar dari badan tu.

     "Yelah. Madam lepas awal 3 minit. Dah rezeki,nak buat macam mana," kataku. Memang tinggal lagi 3 minit,tapi tak pe lah. Nak sampai pagar dah 10 minit. Okey lah tu.

     "Kenapa tercegat lagi? Baliklah!" Kata Madam dengan suara mengadanya. Selepas bersalam dengannya, aku keluar dan mengikut gayanya tadi.

     "Kenapa tercegat lagi? Baliklah!" Dengan mimik muka dan tangan,serupa seperti Si Drama Queen tu. Farid tergelak.

     "Kau ni. Dia dengarlah," kata Farid. Takut sangat dengan cikgu tu.

     "Alaa,takpe lah. Aku kutuk depan,bukan belakang. Kurang lah dosa tu," balasku tanpa perasaan. Tak nak lah jadi baik sangat dan terlalu jahat. Yang sedang-sedang saja.

      Aku berjalan bersama Hamiza dan Farid ke pintu pagar untuk pulang ke rumah masing-masing.

                                      Ahad
                                -26 Jun 2016-

Nota kaki:
Assalamualaikum..
Sorry kalau banyak typo dan terlalu rushing. Terima kasih kerana sudi membaca. Vote tau.

This Nerd Girl Is Naughty Cute (COMPLETED)Where stories live. Discover now