Bab 15 : Penemuan

Start from the beginning
                                    

  Raja tersentak. Semua tersentak. Masing-masing mengharap Raja untuk menjawab.

  "Dia baik, setakat ini."

  "Kau tak menipu lagi, bukan?" sinis Aqilah bertanya. Raja merenung hidangan mi sup di hadapannya yang masih panas.

  "Aku tak tipu. Hafiz okey, setakat inilah. Aku tak tahu apa yang dia akan hadapi selepas ni."

  Keluhan dilepas semua. Izzah sedih, namun dia sudah penat menangis. Izzah tahan sahaja letusan tangisannya di hati, berpura tenang menghirup mi.

  "Jadi... kau nak beritahu apa, Raja?" soal Azim perlahan, sambil tangannya mengacau mi supnya. Raja mengeluh lagi.

  "Sebelum aku beritahu, aku nak minta maaf. Maaf sebab merahsiakan banyak perkara daripada kamu semua."

  Tiada yang membalas. Semua sibuk makan, namun telinga masih mendengar setia. Jiwa berdebar menanti. Cuma tiada respons diberi.

  "Aku, Kak Natasha dan Abang Andrew, dapat tahu semalam yang kita tak dapat berpatah balik ke Bumi."

  "Wha- w-what do you mean???"

  "Abang rasa, Adventure telah diprogramkan untuk tidak menerima arahan untuk berpatah balik ke Bumi. Tapi selepas kita sampai ke Pluto, kita pasti akan dapat kembali ke Bumi." Andrew segera membalas soalan Hani.

  "Seriuslah! Mengarut gila!"

  "Ini bukan mengarut! Ini bodoh namanya!! Siapa yang bodoh sangat nak programkan Adventure macam tu??"

  Teriak Aqilah menyakitkan telinga Ansar di sebelah. Tetapi, kata-kata Aqilah itu menyedarkannya terhadap sesuatu. Mungkinkah...

  "Betul juga. Siapa yang memprogramkan Adventure?" Azim membangkitkan soalan itu lagi. Jauh di sudut hatinya, dia berasakan ada kerja orang dalam. Namun apabila difikir balik, takkanlah rakan-rakannya sendiri yang melakukannya? Kak Natasha dan Abang Andrew pula sangat berdedikasi dan baik, tak mungkin mereka berdua.

  Jadi siapa?

  "Apa-apa pun, kamu semua jangan risau. Kakak dah langkau dua destinasi kita yang sepatutnya kita pergi, iaitu bulan-bulan Uranus dan Neptun. Kita akan terus ke Pluto, balik ke Bumi dan selamatkan Hafiz."

  "Masalahnya Kak Natasha..., sempatkah?"

  Natasha terkedu dengan bait kata Aqilah. Sinis dan tajam, malah benar juga.

  Sebab utama mereka hendak kembali ke Bumi dan batalkan misi, ialah Hafiz. Hafiz perlu diselamatkan sesegera mungkin. Mereka tidak tahu keadaan Hafiz secara keseluruhan, jadi tiada siapa tahu sehingga bila Hafiz mampu bertahan.

  Namun sekarang, mereka tetap perlu selesaikan misi sebelum kembali ke Bumi. Hati mengharap Hafiz mampu bertahan lebih lama.

  Raja keluh perlahan. "Okey, satu perkara sudah selesai. Rahsia seterusnya, Kakak dan Abang beritahu sendiri."

  Kali ini, Natasha dan Andrew menjadi tumpuan semua. Rahsia apa? Penting sangatkah? Berbagai soalan berlegar di minda, tetapi hati masih sabar menunggu.

  "Kakak dan Abang Andrew, sebenarnya adik-beradik."

  "THE FUK??"

  "M-M-Mustahil!!"

  Melopong. Ya, semua terlopong. Hampir sahaja mangkuk-mangkuk mi sup terbalik akibat hentakan lutut pada bawah meja. Punyalah terkejut.

  "Bukan tu saja, En. Khairul Bakri, pengasas QASA, bapa kami~"

PlutoWhere stories live. Discover now