My Dear Boss 11

3.2K 102 2
                                    


Chapter 11 : Guilt and Punishment

SCARLET memberhetikan kereta yang dipandunya apabila mereka tiba disebuah perbukitan. Angin dingin terus menyapa pipi Scarlet sebaik saja dia menapak keluar dari perut kereta. Dada Scarlet naik dan tangan didepakan untuk menyambut udara segar yang memeluk tubuhnya.

Sudah hampir 20 tahun dia tidak ke bukit. Itu adalah tempat bermain dia dan Eddie semasa kecil dahulu. Sekarang ia sudah terbiar dengan semak-samun dan lalang yang tumbuh tinggi. Kelihatan sebuah pondok kayu yang kecil dibahagian kirinya.

Tanah dibukit itu adalah tanah milik keluarga Scarlet. Encik Justine tahu itu adalah tempat kegemaran anaknya, jadi dia biarkan temapt itu tidak berpenghuni.

Dia teringat kisah zaman kanak-kanaknya bersama Eddie apabila terpandang pondok tersebut. Dia ingat dia pernah memaksa Encik Justine untuk membina pondok permainan diatas bukit itu, konon mahu dijadikan sebagai secret house untuk dia dan Eddie. Bila Encik Justine menolak permintaannya, Scarlet mogok makan dan tidak ke sekolah. Tidak sampai sehari, Encik Justine mengalah dan menuruti permintaan Scarlet.

Scarlet tersenyum nipis. Betapa indahnya memori mereka dahulu. Dan itu membuatkan hatinya sebak.

Eddie turun dari kereta dan menghampiri Scarlet. Wajah Eddie juga seperti sedang mengingati nostalgia mereka bersama.

"It's been a long time, isn't it?" kata Eddie sambil matanya menikmati pemandangan yang sudah lama tidak menjama matanya.

Scarlet mengangguk. "Tempat ni dah terbiar," jawabnya dengan nada sayu.

"Kenapa kau bawa aku ke sini Kar?" tanya Eddie. Dia mahu bercerita tentang kisah budak-budak mereka tapi hatinya berkata itu bukan masa yang sesuai untuk mengenang kisah lama.

Scarlet berpaling kearah Eddie.

"Kau ingat tak masa umur kita 17 tahun, kali terakhir kita berjumpa disini. Waktu tu, kau diterima masuk untuk latihan polis. Waktu itu juga aku sambung belajar dekat poli. Ingat tak?"

"Mestilah aku ingat," jawab Eddie pendek.

"That time, kita pernah berjanji untuk berkahwin bila kita dah dewasa,"

"Dan kau juga janji yang hanya aku lelaki yang ada dalam hati kau," sambung Eddie. Wajah mulus Scarlet ditatap. Itu adalah janji yang mereka pegang. Sehingga sekarang, tiada perempuan lain selain Scarlet yang ada dalam hatinya. Dia pegang janji mereka seperti nyawa. Dan dia juga berharap Scarlet juga memegang janji mereka.

Scarlet menundukkan wajahnya. Entah kenapa terasa perutnya tiba-tiba menjadi senak. Tangannya menjadi sejuk dan dia dapat rasakan kakinya sudah mula menggeletar.

"A.. I'm sorry..." akhirnya, itu saja ayat yang meluncur dari bibirnya. Kepala masih menatap kedua-dua kakinya.

"Dahi Eddie berkerut. Tubuh ditundukkan sedikit seperti dia tidak dapat menangkap kata-kata Scarlet. Tapi sebenarnya, ayat itu sangat jelas sehingga membuatkan jantung berdebar pantas.

"What?" soalnya. Separuh takut dengan penjelasan Scarlet.

"I'm sorry, Edd. I can't be the one," jawab Scarlet sambil mengangkat wajah dan menatap kedua-dua mata hitam Eddie. Dia gagahkan juga untuk berterus-terang walaupun dia tahu kata-katanya yang sebaris itu mampu meruntuhkan hubungan mereka yang sudah terbina hampir 30 tahun.

My Dear BossWhere stories live. Discover now