My Dear Boss 1

14.7K 242 5
                                    


HUJAN masih lagi lebat mencurah ke bumi semasa dia tiba ditempat destinasinya iaitu rumah majikannya, Raiza. Scarlet memandang keatas langit yang sudah hitam yang begitu amat menakutkan baginya. Dia meang tidak suka hujan waktu malam apatah lagi diikuti dengan angin kencang.

Tubuhnya sudahlah basah kuyup dek menahan teksi-teksi yang tidak mahu berhenti dibawah hujan lebat untuk menghantar file penting yang majikannya terlupa dalam pejabat tadi. Pada ketika teksi sampai, dia sudah pun basah kuyup. Majikannya pulang awal atas urusan penting, dan pada masa yang sama dia masih lagi berada dalam pejabat walaupun sudah lebih masa bekerja, terpaksa juga dia menurut perintah.

Scarlet membayar sewa teksi dan menyuruh pemandu itu untuk menunggunya. Dia pun keluar dan berlari sambil memeluk begnya dengan erat daripada dimasuki air hujan. Kalau tidak file itu akan musnah.

"Cik Scarlet?" panggil pak cik Herman dengan nada terperanjat dan lantas membuka pagar. Pak cik Herman sudah mengenali Scarlet, malah semua pekerja dirumah Raiza itu sudah pun mengenalinya. Raiza sering kali memberinya tugas luaran sebagai perancang majlis dirumah itu atau apa-apa saja event. Boleh dikatakan dia bukan saja mempunyai satu pekerjaan tapi dua pekerjaan tetap. Satu sebagai PA Raiza dan satu lagi Perancang majlis peribadi untuk Raiza.

"Pak cik Herman," balas Sarlet sambil berteduh dibawah pondok pengawal itu.

"Kamu dah basah kuyup ni. Kamu buat apa datang malam-malam pada waktu hujan pula ni? Ini mesti kerja Encik Raiza kan?" teka Pak cik Herman dan tekaannya memang tepat.

"Ya, ada dokumen penting yang Boss mesti tandantangan hari ini juga. Dia lupa bawa jadi saya hantarlah lagipun saya masih dalam bangunan waktu tu," terang Scarlet sambil tersenyum nipis.

"Huh? dah dekat jam 8 pun kamu masih dalam bangunan? His... boss kita ni pernah juga bagi kamu bonus setiap bulan?" ujar Pak cik Herman dalam nada skarstik.

Scarlet hanya tersenyum mendengar rungutan Pak cik Herman. Raiza, majikan mereka bukanlah orang yang tidak punya hari perut tapi dia layan semua pekerjanya sama rata. Tiada yang lebih tiada yang kurang. Lagipun kalau bukan sebab Raiza, dia masih lagi penganggur sampai sekarang.

"Pak cik Herman ada payung tak?" tanya Scarlet. Dia tidak mahu melengah-lengah lagi.

"Ah, ada. Ni. Tapi kan lebih baik kamu tinggalkan saja file tu pada saya, nanti saya bagi pada dia," cadang Pak cik Herman sambil memberikan payung berwarna kuning pada Scarlet.

"Terima kasihlah pak cik tapi, lebih baik kalau saya saja yang hantar pada dia. Tak sopan pula kalau saya suruh pakcik yang buat kerja saya, lagipun saya ada benca nak cakap dengan boss," tolak Scarlet sopan.

"Em, yalah. Hati-hati, jalan tu licin," pesan Pak cik Herman.
Scarlet hanya mengangguk. Dia pun membuka payung dan berjalan menuju ke pintu rumah agam milik Raiza. Buat masa sekarang rumah besar ini hanya didiami majikannya sebab semua keluarga Raiza sedang bercuti. Tapi pelik dia tidak pernah melihat bossnya bercuti sejak dia mula bekerja dan dia bercakap pasal ni sejak 3 tahun lalu. Boss aku ni robotkah manusia?
Scarlet menutup payung lalu menekan lonceng pintu. Beberapa saat kemudian pintu pun terbuka. Terpacul wajah mak cik Eda dihadapannya.

"Scarlet? Mak cik tak tahu pula kamu datang? Ni kenapa ni basah kuyup?" tanya Mak cik Eda dengan wajah terkejut.

Scarlet hanya tersenyum nipis. "Panjang ceritanya, mak cik. Boss ada?" tanya Scarlet.

"Ada, ada. Masuklah dulu, mak cik panggilkan," pelawa Mak cik Eda pula. Mak cik Eda adalah pengasuh Raiza sejak kecil. Kemana saja Raiza pergi, dia ada. Boleh dikatakan Mak cik Eda ni dah macam ibu kedua pada Raiza.

My Dear BossWhere stories live. Discover now