Tom berjalan perlahan di terowong itu. Entah mengapa dia di situ pun dia tak tahu. Mungkin mahu mencari ketenangan dengan lepak sebentar bersama penagih dadah di terowong itu. Dia berharap dengan dadah boleh buat dia lupa sebentar tentang dunia. Mahu juga dia terus lupa tentang dunia selama-lamanya. Cuma masih belum berani lagi buat dirinya untuk terjun dari bangunan, mengelar tangannya ataupun menelan pil tidur dengan banyak.
Fikirannya kusut. Apa yang patut dia beritahu pada orang rumahnya nanti?
"Hai sayang. Abang baru sahaja dibuang kerja ni!"
Baru bulan lepas perniagaannya mengalami kerugian yang besar. Sehingga dia berhutang sebanyak RM50,000. Kini, dia dibuang kerja pula. Bagaimana dia mahu mencari duit? Anak dan isteri di rumah kelaparan dan dia langsung tiada wang simpanan. Yang dia ada hanyalah RM200 sahaja di dalam dompetnya.
Sudah pasti isterinya akan pergi meninggalkan dirinya. Nak buat macam mana lagi? Berapa lama je RM200 boleh menyara mereka tiga beranak. Mungkin mati lebih baik baginya.
Sedang sibuk Tom mengalamun, ada sepasang tangan menarik kolar bajunya dan menghentak badan Tom ke dinding. Tom jatuh mengerang kesakitan. Ada sepucuk pistol diacukan di pipinya.
"Kalau kau nak hidup, baik kau keluarkan semua barang berharga kau!" Kata perompak tersebut.
"Tak ada apa yang berharga kat diri aku ini." Kata Tom sambil menggelengkan kepalanya. Baginya, hidupnya lebih baik jika ditembak sahaja oleh perompak itu. Daripada dia terpaksa menghadapi apa yang akan jadi selepas ini.
"Kau jangan nak tipulah!"
Perompak itu menyeluk tangannya ke dalam poket seluar Tom dengan kasar. Pistolnya masih digenggam kemas dan diacukan ke pipi Tom.
Dompet Tom dikeluarkan.
"Haa. Ni ada duit ni. Lagi mahu menipu."
Perompak itu menghentak kepala Tom dengan pistolnya. Disaat itu, yang difikirkan Tom hanyalah anaknya di rumah. Apa akan jadi jika dia mati di sini? Siapa yang akan menjaga anaknya? Takkan dia mahu anaknya membesar tanpa kasih sayang seorang bapa?
Tom tekad, dia harus hidup. Pasti ada jalan untuk dia teruskan hidup dan mencari wang semula.
Tom terus memegang erat kaki perompak itu. Kepalanya berdarah akibat hentakan tadi. Perompak itu menarik kakinya namun Tom tetap tidak melepaskannya.
"Woi. Lepaskan akulah!"
"To..long. Itu sahaja..yang..aku ada. Aku...ada anak di...rumah."
Tom cuba bercakap walaupun kepalanya masih pening. perompak itu berhenti. Dia menenung mata Tom.
"Aku baru..dibuang kerja. Bisnes...aku rugi. Duit tu sahaja...yang aku ada. Tolong...pulangkan balik...duit itu."
Perompak itu mengangkat Tom dan mendirikan dia. Dia meletakkan dompet tersebut di telapak tangan Tom dan memegang bahu Tom.
"Aku nak kau pergi balik dan pergi belikan makan untuk anak kau dan aku nak kau pergi cari kerja esok juga."
Tom tergamam.
"Kau faham tak? Hidup kau belum berakhir lagi!"
Tom mengangguk. Matanya bersinar semula. Seakan ada harapan dan azam baru untuk dia teruskan hidup. Tom menyalam tangan perompak itu tanda terima kasih dan terus beredar dari situ.
BANG!
Satu tembakan dilepaskan dan tubuh Tom rebah. Tembakan itu tepat mengena kepala Tom. Tubuh Tom kaku. Matanya terbeliak.
Perompak itu menghampiri mayat Tom dan mengambil semula dompetnya.
"Maaf. Aku juga memerlukan duit ini untuk merawat anak aku yang sakit. Biarkan kau mati dengan harapan dan tanpa kesedihan adalah benda paling baik yang boleh aku lakukan."
***
ESTÁS LEYENDO
Hidup Kau Masih Belum Berakhir
Historia CortaCerita Pendek yang rasanya sangat menarik.
