33; Pizza

935 79 6
                                    

Jimin mengalami kemalangan kereta. Kakinya patah dan dia harus berehat beberapa hari di dalam rumah hingga keadaannya pulih. Jimin itu tinggal di apartmen bersama isterinya. Sayangnya isterinya harus bekerja sehingga tak dapat menemani suaminya itu. Hari pertama, Jimin merasa gembira kerana dapat tinggal di rumah seharian. Namun lama-kelamaan, dia berasa bosan.

Suatu hari waktu membuka televisyen, dia terdengar bunyi aneh, sebab jam sebegini seharusnya budak-budam belum balik dari sekolah. Esoknya, dia masih mendengar suara budak bermain dari lantai atas.

Jimin merasa lapar dan memesan dua kotak pizza secara delivery. Dia sudah kenyang setelah memakan sekotak pizza dan tak dapat menghabiskan satu kotak pizza lagi. Jika dia menunggu isterinya pulang, mungkin pizza itu sudah tak sedap.

Akhirnya dia memutuskan untuk memberikan pizza itu pada keluarga yang tinggal di atasnya. Bukankah ada budak-budak tinggal di sana? Mereka pasti gembira mendapat pizza percuma.

Dengan bersusah payah, dia pun keluar dari apartmen dan naik dengan lift.

Sesekali Jimin mengerang kerana kakinya belum sembuh sepenuhnya ketika berjalan menuju ke apartmen di lantai atasnya itu.

Jimin menekan bel, namun tidak terdengar jawapan. Dia kembali menekan bel dan terdengar suara dari dalam pintu.

"Siapa?" terdengar suara wanita di sebalik pintu.

"Saya jiran yang tinggal di tingkat bawah."

Pintu dibuka, namun hanya sedikit. Dari sela pintu, terlihat wajah seorang wanita separuh baya. Namun ruang apartment itu sangat gelap sehingga yang dapat dilihat hanyalah kepala wanita itu.

"Ada apa?" Soal wanita separuh baya itu.

"Makcik nak pizza tak? Saya tadi pesan 2 kotak tapi tak habis. Mungkin makcik nak?"

"Tak apa, terima kasih." Jawab wanita itu tanpa ekspresi.

"Erm, mungkin anak-anak makcik nak?"

Tiba-tiba terlihat kepala seorang budak lelaki dan budak perempuan di bawahnya. Mereka pasti itu budak-budak yang kerap dia dengar suaranya saat bermain. Ketiga wajah itu menatapnya, berbaris membentuk satu lajur dari atas ke bawah.

"Ok, kami nak."

Wanita itu menerima pizza itu dan pintu itu pun ditutup. Jimin memusing badannya, namun entah kenapa dia merasa ada yang aneh. Bulu romanya terasa menegak. Wajah ketiga orang itu terlayar dalam ingatannya. Dia mengambil langkah cepat, tanpa mempedulikan rasa sakit di kakinya, untuk segera menuju lift.

Ketiga wajah mereka membentuk garis, fikirnya. Membentuk garis vertikal, dari atas ke bawah. Satu wajah di atas wajah yang lain. Dia menekan tombol lift dan menunggunya datang. Dia menekan tombol lift kembali, namun lift itu tak juga samlai.

Ada yang aneh dengan wajah mereka. Wajah tampak berbaris, satu di atas yang lain... itu mustahil! Jimin mulai menyedari apa yang salah dengan keluarga itu.

Rupanya mereka cuma ada kepala, tanpa badan....

Lift itu terlalu lama. Jimin memutuskan menggunakan tangga. Dia melupakan rasa sakit di kakinya ketika ia menapak tangga dengan langkah panik. Sesampainya di apartmennya, dia terus menghubungi polis.

Polis datang beberapa minit kemudian, walaupun laporan Jimin kedengaran gila. Mereka memeriksa apartment di atas apartment Jimin dan menemukan sesuatu yang mengerikan. Tubuh wanita dan kedua anaknya itu ditemukan di tab bilik mandi. Kepala mereka terpenggal.

Mereka juga terjumpa suami kepada wanita itu bersembunyi di dalam almari pakaian. Dia mengatakan bahawa dia sudah memenggal kepala isteri dan anak-anaknya dengan gergaji. Namun dia bersumpah bahawa isteri dan kedua anak-anaknya masih hidup.

Polis berkesimpulan suami kepada wanita tadi menjadi gila dan membunuh keluarganya. Namun polis terjumpa sesuatu yang aneh di bilik itu. Di meja dapur terletak sebuah kotak pizza. Ketika dibuka, ada bekas gigitan-gigitan kecil di pizza itu, seolah-olah ada budak kecil yang memakannya.

Sorry keling :'( Stress sebab adik sibuk dengar lagu didi and friends. And liya rasa dh gila sebab ada terikut nyanyi sekali XD

Creepypasta //HIATUS//Where stories live. Discover now