23; My Husband Mr Stalker

1K 98 5
                                    

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Ramai ahli keluarga dan rakan-rakanku terkejut bila aku menerima lamaran Hanbin kerana dia bukan sesiapa berbanding bekas boyfriendku yang lain.

***

Majlis perkahwinan kami dilakukan seringkas mungkin atas permintaan eomma dan appa. Hanbin bukanlah menantu pilihan mereka. Bergambar pun eomma tak nak.

"This is not something that I want to remember, Hara" kata Eomma.

Usai pernikahan, aku meninggalkan Seoul dan mengikut Hanbin bertugas di Busan. Daripada seorang managing director di syarikat appa, aku cuba menyesuaikan diri menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.

***

Tahun pertama hidup bersama. Kami sangat bahagia walaupun hidup serba sederhana dan bekum dikurniakan cahaya mata. Segala kesusahan hidup hilang bila aku melihat wajah Hanbin pulang dari kerja.

Konflik rumahtangga mula terasa di tahun ketiga kami bersama. Dalam diam, ibu mertuaku semakin kurang senang dengan diriku dan memaksa Hanbin berkahwin dengan anak jirannya yang lebih rapat. Aku juga dituduh mandul.

Hanbin mula berubah. Tutur katanya tidak selembut dulu. Dia juga sudah jarang pulang ke rumah kerana isteri barunya sedang hamil.

Kesabaranku ada hadnya. Kamu bergaduh besar satu malam. Aku hilang pertimbangan. Apa gunanya hidup kalau berendam air mata?

***

Enam bulan berlalu, aku kembali ke pangkuan eomma dan appa. Hanbin kini menjadi titik hitam dalam hidupku. Aku mengajak eomma dan appa pindah ke rumah lain.

I just wanna move on with my live. And I was doing fine.

Sehinggalah Hanbin dapat mengetahui tempat tinggal baruku di Seoul. Aku ingat lagi ketika mengunci pagar rumah dua minggu lepas selepas makan malam. Aku terpandang kelibat Hanbin di sebalik pokok berhampiran rumahku.

Mimpi ngeriku tidak berakhir di situ. Aku pernah ternampaksamar-samar kelibat seseorang mundar-mandir di luar tingkap bilikku pada jam 3 pagi minggu lepas.

***

Dua hari lepas, aku ternampak lampu ruang tamu dinyalakan. Ketakutanku berasas kerana malam tadi, Hanbin berjaya masuk ke dalam bilik tidurku walapun berkunci. Dia berdir di hujung katilku, memerhatikan aku menggigil ketakutan.

Bukannya aku tak mahu buat laporan polis dan beritahu eomma dan appa, tapi takkan aku nak mengaku yang aku bunuh Hanbin?

Huwaaa!!! Mianhae sebab lama tak update. Aku lama tak update cause busy... Huhuhu today I'll try to make double update. Or triple? Huhu Jeongmal mianhae. Sorry tak creepy lol

Creepypasta //HIATUS//Where stories live. Discover now