10; Himuro Mansion.

1.3K 117 5
                                    

Rumah Himuro merupakan salah satu rumah yang paling dihantui di Jepun. Keluarga Himuro mempunyai adat yang pelik.

Untuk melindungi keluarga dan rumah dari anasir jahat, mereka mengadakan ritual pengorbanan melalui "ritual cekik". Ritual ini harus dijalankan selang 50 tahun untuk mengelakkan karma buruk dari memusnahkan keluarga itu.

Mereka akan memilih seorang bayi perempuan dari kalangan keluarga itu dan membesarkannya dalam rahsia. Apabila tiba masa untuk menjalankan ritual itu, mereka akan mengikat tali di leher, kedua belah tangan dan kaki perempuan itu. Kemudian, sekumpulan kerbau akan menarik tali itu dari arah yang berlainan, hingga bahagian badan yang diikat di badan gadis tadi terpisah dari badan gadis itu. Tali yang berlumuran dengan darah gadis itu kemudiannya di gantung di dalam rumah itu.

Tetapi pada sesuatu masa, ketika gadis yang sepatutnya dikorban jatuh hati terhadap seorang lelaki. Kerana gadis itu tidak lagi suci, ritual mengorbankannya menjadi gagal dan ketua keluarga itu menjadi gila hingga membunuh semua ahli keluarganya yang lain dan akhirnya membunuh dirinya selepas itu. Ramai orang yang mati secara misteri selepas memasuki rumah itu dengan kesan tali pada leher, kedua tangan dan kaki mereka.

Creepypasta //HIATUS//Where stories live. Discover now