#10 - Sorry

48.5K 2K 47
                                    

Ting tong! Ting ting! Ting ting ting~

Rose menggeliat kecil sebelum segera bangun untuk duduk. "Ouch, sakitnya!!"

Automatik kedua-dua belah tangannya dibawa menekup kepala. Sakit yang mencucuk-cucuk kepalanya bertambah apabila mendengar bunyi loceng yang tak berapa nak berlagu tu.

"Kejap!"

Segera Rose bangun namun langkahnya terumbang-ambing akibat kepalanya yang sakit. Setelah beberapa kali hampir terjatuh ketika menuju ke pintu, akhirnya tombol pintu itu berjaya dicapai dan terus dibuka.

Pap!

Laju Fahrin menyambut Rose yang hampir rebah. Rambut gadis itu yang terjuntai pada wajahnya diselitkan ke belakang telinga.

"Honey, you okey tak?"

"Pening... bingit... too much light," kepalanya disandarkan pada dada Fahrin. "Kenapa you tekan loceng banyak kali sangat? It hurts my head a lot,"

Spontan Fahrin mencium ubun-ubun Rose. Gadis yang masih memeluknya itu segera dicempung dan dibawa masuk.

"I bawa breakfast dengan hangover remedies. Dah agak dah hangover you teruk pagi ni," ujarnya sebelum meletakkan tubuh langsing itu di atas sofa.

"I tak nak makan. I nak tidur je,"

"Mana boleh macam tu," kepala Rose diusap lembut. "You kena makan sikit, baru boleh telan Advil. Makan sikit okey?"

"Tak nak..."

Fahrin menyembunyikan tawanya melihat gelagat honey-bunny yang dah gaya budak-budak tadika kena paksa makan ubat tu.

Setelah puas memujuk Rose, barulah gadis itu mahu menjamah sarapan yang Fahrin bawakan.

"Why do you care so much about me, Rain? I lempang you, siram, sepak, terajang, maki you, but you still here. I mean..." kata-katanya mati. Tak tahu mahu menyambung apa.

"You mean, I ni macam your guardian angel kan? You pergi mana-mana pun I mesti ada selamatkan you,"

Rose mengecilkan matanya memandang Fahrin. "Perasan!" Dia menjelir pada lelaki itu. Sexy beast next door.

"Honey, you percaya tak love at the first sight?"

Lama gadis cantik itu terdiam memandang anak mata berwarna hitam milik Fahrin. Gelap pekat warna iris itu, persis warna rambutnya.

Anak mata berwarna hitam; kehangatan jiwa yang luar biasa, karakter dan emosi yang kuat, sempurna, misteri dan sensitif.

Itu kalau ikut andaian la tapi... macam betul je kalau tengok dekat Fahrin ni.

"Rain..." Rose Amanda ketawa tak lama kemudian. Tangannya ditekup ke mulut menghalang tawa daripada berdekah. "I don't even believe in love, apa lagi love at the first sight? Seriously, Rain?! You percaya semua tu?"

"Call me hopeless romantic, but I believe in love at the first sight. And honey, I'm in love with you,"

Ketawa Rose mati. Lama dia memandang Fahrin, mencari kejujuran dalam anak mata hitam itu. Jumpa.

Jumpa ke?

"Romeo!!!"

Fahrin ketawa besar sampai tersandar pada sofa. Seronok dapat mengenakan Rose. Haishh, comel betul muka dia yang merah tadi!

"Mana you tahu Romeo tu middle name I?" Soal Fahrin bergurau sambil mengusutkan rambut Rose yang sudah memuncung itu.

"Oh really? I thought MADAFAKA is your middle name,"

Honey ✔Where stories live. Discover now