RM7

722 32 2
                                    

Mereka tiba di gudang itu ..Mereka keluar dan membawa peralatan mereka..Suk jin sengaja parking van mereka jauh sedikit dari gudang supaya tidak diperasan oleh pembunuh..Mereka berjalan ke arah gudang itu..Pintu gudang itu terbuka luas dan kelihatan dari jauh hye kyo didudukkan di dalam gudang bertentangan pintu..Muka hye kyo lemah dan pucat..

Mereka segera berlari ke arah gudang dan masuk ke dalam apabila ternampak hye kyo..Apabila mereka masuk,hye kyo menggeleng geleng ke arah mereka.Mereka agak pelik tapi tidak dihiraukan...Semua dah masuk ke dalam gudang..

Bang!!

Mereka terkejut..Rupanya pintu telah ditutup oleh lizzy.Pintu itu juga telah disendal menggunakan beberapa batang kayu keras dari luar..Mereka cuba membukanya tetapi tak berhasil.Lizzy berjalan pergi apabila dia telah berjaya memerangkap semua ke dalam gudang itu..

Lizzy:Good Bye Everyone!! Lepas ni matilah sekumpulan penyiasat yang terhandal di korea!! Hahahaha!!*berkata dalam hati*

Lizzy menaiki keretanya dan memerhati dari jarak jauh..

Lizzy:Kau takkan terlepas!!

Gary:Hyung macam mana ni??Kita nak buat apa??*menolak nolak pintu itu tetapi tak berjaya.*

Suk jin:Tak pe..Asalkan kita dah dapat hye kyo..Kita akan fikir cara lain nak lepas dari sini..

Gudang ini tidak mempunyai sebarang tingkap..Ia cuma ada sebuah pintu sahaja .Dan pintu itu sudah disendal dan dikunci.

Kwang soo terus ke arah hye kyo untuk membuka ikatannya..Tapi hye kyo menggeleng geleng dan menangis..Kwang soo membuka seletip yang tertampal pada mulut hye kyo..

Hye kyo:Jangan buka!! Jangan!!

Kwang soo:Kenapa?? *Menyambung membuka ikatan tali di tangan kanan hye kyo di kerusi..

Gary:Kwang soo..yah!! *menolak kwang soo sampai jatuh*

Kwang soo:Waeyo?!Kenapa hyung tolak saya?!
*terkejut*

Gary:Lain kali hati hati sikit!!Tak nampak tu dia pasang bom!!*terkejut bila kwang soo marah dia..*

Semua terkejut sangat lalu memandang ke arah hye kyo..Mereka mencari di mana bom itu diletakkan.

Hye kyo:Bom tu tertampal dekat belakang kerusi saya...

Semua pergi ke belakang kerusi hye kyo dengan berhati hati..Mereka terkejut kerana tali yang mengikat tangan kanan hye kyo merupakan sambungan ke wayar merah..wayar itu hampir terputus apabila menyentuh pisau kecil yang diletakkan di wayar merah itu.Masa yang tinggal adalah 4 minit sahaja..

Joong ki:Nasib baik gary perasan!!Kamu memang sangat handal..

Gary:*senyum*

Joong kook:Macam mana nak lepas dari sini??*dah terduduk*

Gary:Tak pe..Saya pandai nak nyahaktifkan bom..Saya ada belajar cara cara dia..*terus mengeluarkan gunting dan memotong wayar mengikut susunan*

Selepas habis memotong wayar,bom itu terpadam..Mereka sangat lega dan gembira.Gary terus memotong ikatan yang mengikat hye kyo..Hye kyo
terus memeluk kwang soo.Dia berasa lega kerana nyawa dia tidak melayang..Dia mengucapkan terima kasih kepada semua orang kerana selamatkannya.

Tet tet tet tet tet....

Bunyi itu semakin laju..Mereka memandang ke arah bom itu..Bom itu menyala semula dan masanya tiba tiba bergerak lebih pantas dari tadi..Mereka sangat terkejut..Nafas mereka seakan terhenti.

Haha:Hyung!!Kenapa dia aktif balik??Hyung salah potong ke?*jerit*

Gary:Tak,hyung potong ikut susunan..(otak gary mula berfikir sesuatu)Oh my God!!Bom ni tak boleh dinyah aktifkan apabila dipasang!!

Ahli lain:Mwo?!!!

Ji hyo:Macam mana ni saya takut..Kita akan mati!!*Dah menangis*

Bom yang berbaki 3 minit kini hanya tinggal 1 minit 30 saat sahaja..Otak jae suk bergeliga..

Jae suk:Ada satu cara sahaja nak lepas dari sini!!Semua ahli lelaki kita sama sama rempuh pintu ni!!Kita kena robohkannya sekarang!!*Mula beri arahan*

Semua ahli lelaki ambil barang dan bergerak ke pintu dan merempuh rempuh pintu itu sama sama..Ji hyo memegang hye kyo yang lemah.Mereka berdoa agar pintu itu boleh dibuka.Mereka merempuh pintu itu banyak kali sekuat hati..Pintu itu bergegar dari luar..

Lizzy:Baru perasan ke ada bom?!Bodoh!!

Bom masih tinggal 20 saat sahaja.Lelaki lelaki tidak berputus asa..Mereka merempuh lagi pintu itu.Mereka tetap berusaha dan akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila kayu yang disendal di pintu patah dan ada yang terjatuh..Mereka terjatuh ke luar..Ji hyo dan hye kyo berlari ke luar dengan segera..Ahli lelaki bingkas bangun apabila ji hyo dan hye kyo tiba di luar..

Suk jin:Lari!!!

3,2,1 Bom itu meletup.Ahli penyiasat terpelanting sedikit akibat terkena kesan letupan itu..Mereka terbaring di atas rumput di hadapan gudang..Gudang itu hancur dan terbakar..Mereka bersyukur sangat sebab nyawa mereka tak melayang!!

Lizzy:S*all!!!Apasal susah sangat nak mati!!*jerit sambil memukul mukul stereng kereta..*Rancangannya kali ni tak berjaya!

Jae suk:Kwang soo!Gary!Barang kamu okey ke??Tak ada bocor atau apa apa?!*tanya lepas semua dah duduk..Maklumlah barang diorang paling sensetive..*

Kwang soo dan gary bingkas membuka beg diorang untuk memeriksa keselamatan barang mereka.Barang mereka masih baik dan tidak apa apa..

Gary & kwang soo:Okey..*tunjuk good dekat semua orang.*

Semua memandang antara satu sama lain..Mereka tergelak sesama sendiri..Tak tahu gembira,bangga,syukur,tak percaya atau gila!!Semuanya bercampur.Mereka berdiri dan memeluk antara satu sama lain..Bersyukur masih hidup!!

Suk jin:Semua selamat?!

Ahli lain:Nae!!

Haha:Saya sayang kalian semua!!*nangis*

Ahli lain:*ketawa dan nangis sama*Kita pun sayang kamu!!

Mereka sangat terharu dan sukar untuk percaya!!

Bersambung..
Haha..sorry kalau part ni nampak gebang atau tipu sangat..

Running Man Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang