"Mama, Anis dah balik ni."suara ceria seorang kanak-kanak berusia lima tahun memanggil. Namun, tiada sesiapa yang menjawabnya.Apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah, dia mendapati semua barang-barang serta perabot berselerak. Anis agak pelik kerana dia tahu ibunya seorang yang perfectionist , jadi tak mungkin rumah akan selerak sebegini.
"Mama? Kak Yaya?" panggil Anis lagi. Malangnya, tiada sesiapa yang menjawab. Dia menuju ke dapur kerana kebiasaannya ibunya pasti sedang memasak. Tetapi kosong saja.
"Mana semua orang ni,"fikirnya.
Anis melangkah kaki hendak menuju ke bilik kakaknya. Tiba-tiba dia terdengar satu bisikan memanggil namanya. Dia menoleh.
"Kak Yaya ke tu?"tanya Anis dengan suara yang agak kuat.
Kak Yaya menunjukkan isyarat diam.Dia khuatir perompak yang masuk ke dalam rumahnya terdengar suara Anis. Tapi, dah nama pun kanak-kanak, mereka mana faham bahasa isyarat itu.
"Kak Yaya!"jerit Anis kemudian berlari ke kakaknya.
"Anis!"marah Kak Yaya perlahan.Muka Anis hampir ingin menangis, segera Kak Yaya memujuknya.
"Anis, jom kita keluar dari sini."ajak Kak Yaya kemudian menarik tangan bergerak ke pintu keluar.
"Kenapa kak Yaya? Mama mana, kak Yaya? Apa yang jadi kak Yaya? Kenapa rumah kita selerak ni, kak Yaya?"Berderu soalan yang keluar dari mulut kanak-kanak 5 tahun itu.
Sungguh Yaya buntu mahu menjawab apa pada kanak-kanak yang suci ini. Perlukah dia beritahu yang rumah mereka sedang dirompak dan mama mereka sudah terbunuh di atas dan sekarang ni mereka kena melarikan diri dari perompak yang memburu mereka.Tak mungkin.
Yaya menarik nafas panjang-panjang. "Okay Anis dengar. Sekarang ni kita tengah main game. Game macam abang Anep main tu. Yang lawan-lawan tu? Ingat?"
"Oh yang tembak tembak tu ke?"tanya Anis. Yaya mengangguk.
"Iya yang tembak tembak tu. Yang tu dalam komputer. Sekarang ni kita tengah main dalam kehidupan sebenar. Mama pun join tau. T-tapi, mama dah terkorban,"
Yaya berhenti. Dia terasa sebak terkenangkan ibunya yang ditembak di depan matanya sendiri.Dia juga rasa pengecut kerana tidak dapat berbuat apa-apa ketika itu melainkan bersembunyi di dalam almari.
"Jadi tinggal kita ja sekarang,Anis. Kalau Anis nak menang, kita kena larikan diri dari sini. Anis faham?"tanya Yaya.
Anis mengangguk."Lah, kenapa tak bagitau awal-awal? Mesti seronok game ni."
"Okay jom sayang."kata kak Yaya. Mereka sempat keluar dari rumah itu. Rumah mereka agak besar, jadi mereka terpaksa berjalan jauh hendak ke pagar depan.
"Woi! Mana kau orang nak lari ha!"jerit seorang lelaki dari belakang. Anis menoleh. Ada tiga orang lelaki berbadan sasa memegang parang di tangan sedang mengejar mereka dari belakang.
"Kak Yaya, mereka ke penjahat tu?"tanya Anis.
Yaya mula panik. Dia memegang tangan Anis erat dan mempercepatkan langkah. "Ya Anis, cepat lari."
Perompak-perompak itu terus mengejar mereka berdua. Salah satu lelaki itu mengeluarkan pistol kecil kemudian mengacukan pistol itu ke arah Anis dan kak Yaya.
"Bang bang bang." Bunyi itu kuat menghentam gegendang telinga milik Anis. Sebagai tindakan refleks, dia segera menoleh ke kak Yaya.
"Kak Yaya!"jerit Anis. Kak Yaya berhenti melangkah lalu perlahan-lahan tubuhnya rebah ke tanah. Darah mula mengalir keluar dari tempat terkena peluru.
"Kak Yaya! Bangunlah! Nanti kita kalah dalam game ni!"kata Anis kemudian cuba mengangkat Yaya tetapi tidak termampu.
Yaya sudah tidak termampu untuk bangun. Dia tahu bahawa ajalnya sudah sampai. Perlahan-lahan dia membelai rambut Anis sambil tersenyum lemah. Anis mula hendak menangis kerana darah yang tidak henti-henti mengalir keluar itu.
"Kak Yaya bangunlah."kata Anis.
"Penjahat tu nak dekat dah."sambungnya lagi. Yaya buntu. Dia tidak tahu mahu membuat apa-apa lagi. Dia hanya mahu adik kesayangannya ini selamat.
Dia memandang ke arah sungai. Kemudian, dia terfikir sesuatu yang mungkin dapat menyelamatkan adiknya. Tidak mengapalah jikalau dia ditangkap oleh penjahat itu,asalkan adiknya selamat.
"A-a-anis, m-maaf."kata Yaya perlahan kemudian menolak Anis jatuh ke dalam sungai. Arus sungai yang deras itu membawa Anis pergi dari situ.
"KAK YAYA!!!"jerit Anis. Maka, itulah kali terakhir Anis dan Yaya bertemu.
Perompak-perompak tersebut tiba di situ. Mereka agak tercungap-cungap. "Bos, budak tu nak saya tangkap juga ke?"tanya salah seorang dari perompak itu.
"Ah biarkan.Arus sungai itu deras. Budak tu akan lemas jugak nanti.Now, kau orang uruskan dia ni."arah ketua itu.
"Oh, berani kau melarikan diri ya."kata ketua perompak tersebut.
"Maafkan akak,Anis. Akak terpaksa buat macam tu. Akak dah tak ada cara lain dah. Semoga Allah SWT menghantar orang untuk membantu kau dik. Kasihan kau dik, umur kau baru setahun jagung sudah dapat merasai kehilangan semuanya. Semoga kau terus tabah dalam kehidupan seharian,dik. Akak, mama dan papa sentiasa menyayangimu."kata-kata Yaya yang hanya mampu terucap di dalam hati.
YOU ARE READING
Boneka
Mystery / Thriller"You know, nenek saya cakap kadang-kadang boneka ini hidup. Mereka boleh nampak, dengar, malah bergerak. Mereka pun boleh rasa sama ada tuan mereka tu sayang mereka atau tidak.Dan, mereka sanggup buat apa saja demi tuan mereka termasuk berdendam." ...
