-35-

21.6K 514 6
                                    

Sudah sebulan Syed Naufal bekerja di syarikat papanya. Alhamdulillah, syarikat itu bertambah pulih daripada kerugian yang mereka alami sebelum ni. Sejak dia bekerja disitu, Nasha Kirana sering datang ke pejabat dan menggaggunya. Maklumlah, lebih-lebih lagi sekarang ni Syed Naufal tu sudah bergelar CEO.

Syed Naufal mengerling jam yang terlekat dinding. Pukul 1:00 tengahari.

Ring ring ~~

Dia segera mencapai telefonnya. Nama yang terpancar diskrin telefonnya membuatkan dia tersenyum bahagia.

"Hello, Assalamualaikum sayang.. "

"Walaikumsalam. Fal, balik lunch tak ? Nur dah siap masak ni. " soal Nur dihujung talian.

"Balik. Tunggu sekejap ya. "

"Okay. " jawab Nur dan mematikan taliannya.

Tibanya Syed Naufal dirumah, matanya terpaku pada jambangan bunga di hadapan pintu rumahnya. Dia mengambil sekeping kad yang terselit di sebalik kuntum-kuntum bunga itu dan dibaca.
"Love you forever" "Khair Idham."

Apa masalah dia ni ? Tak reti nak terima hakikat ke yang Nur tu dah kahwin dan tengah bahagia ? Gila betul. Getus Syed Naufal dan segera membuang bunga dan kad itu kedalam tong sampah.

"Assalamualaikum. " ucap Syed Naufal dan menapak masuk ke dalam rumah.

"Haa, dah balik. Eh kenapa muka masam je ni ? Banyak kerja dekat pejabat ? " soal Nur. Hairan melihat muka suaminya tu yang masam mencuka.

"Haah. Lagi geram bila balik rumah tengok ada bunga dari lelaki tak guna tu depan pintu. " jawabnya dingin.

"Bunga ? Lagi ? "

"Em, tadi ada orang tekan loceng pintu tapi Nur tak buka. Takut juga, sebab Nur kan tinggal sorang je kat rumah ni. Tak tahu pulak tu dia. " sambung Nur lagi.

"Eh, apa yang dia tu nak lagi ha. Sebok nak ganggu life orang lain. Nur ada bagitahu dia ke yang kita duduk sini ? " bentak Syed Naufal.

"Tak Nur tak bagitahu dia pun. Nur pun tak tahu macam mana dia boleh tahu yang kita duduk dekat sini. "

"Sudah lah Fal. Buat apa kita nak cakap pasal dia lagi. Sekarang time Fal rehat dan masa Fal dengan Nur. Jangan disebabkan orang lain Fal nak marah-marah macam ni. " sambung Nur lagi. Tangannya melingkar memeluk suaminya. Takut betul kalau amarah suaminya tu berlarutan.

Syed Naufal tersenyum. Serta merta rasa marah dan penat kerjanya hilang bila dipeluk isterinya.

"Nur jangan macam ni, nanti Fal tak jadi nak pergi kerja balik nanti. " katanya sambil membelai lembut pipi isterinya.


Cahaya. ✔Where stories live. Discover now