-28-

22.3K 524 2
                                    

Selesai mandi Nur mencari kelibat suaminya dibilik, tiada. Dia mencapai telefonnya dan menghempas badan dikatil. Telefon nya menerima noti whatsapp dari Syed Naufal.

-Fal keluar kejap.-

"Nak keluar tak tunggu orang. Nak ikut jugak. " rungutnya seorang.

Dia membiarkan mesej tu tidak berbalas.

Sambil menunggu Syed Naufal mendial nombor sepupunya Hadi Irfan. Alang-alang dah bercuti kesini, boleh lah dia keluar lepak-lepak dengan sepupunya tu. Nur ? Tu lagilah pening, asyek merajuk je.

"Hello bro. Kau kat mana ? Aku dah sampai ni. "

"Okay. Aku nak sampai dah ni. " jawab Hadi Irfan di hujung talian.

Beberapa minit kemudian Hadi sampai dan menyapanya.

"Assalamualaikum bro. Rezeki dapat jumpa kat sini kan. " kata Syed Naufal.

"Cop cop. Ni depan mata aku ni Syed Naufal bin Syed Akhbar ke ? " soalnya hairan dengan sepupunya tu. Tubuh Syed Naufal dipusingkan mencari jika ada kecederaan dimana-mana.

"Eh kau ni. Ni aku lah. Kau belek-belek apa ? " soal Syed Naufal.

"Okay okay jom duduk dulu. " kata Hadi.
"Mana Nur ? Tak bawak sekali ? Jalan-jalan kat kota London ni. " sambung Hadi.

"Huh. Ada dekat bilik. Nanti-nanti lah aku bawak dia jalan-jalan. Aku pening doo dengan dia tu. Asyek nak merajuk je. " jawab Syed Naufal.

"Aik, bini sorang tu pun kau pening nak pujuk ? Dulu awek-awek kau tu senang je kau pujuk ek. " jawab Hadi sengaja memerlinya.

"Diorang tu lain. Sentuh sikit je dah cair. Ni lain. " jawabnya.

"Apa yang lainnya ? " soal Hadi.

"Yelah. Susah lah bro. Aku mana pernah sentuh dia. Dekat rumah pun tidur bilik lain-lain tau. " jawab Syed Naufal selamba membocorkan rahsia.

"Serious lah Fal ? Kau tak pernah sentuh dia ? Selama nak dekat 3 bulan korang nikah kau dan Nur tidur bilik lain-lain ? " soal Hadi. Alangkah terkejutnya dia dengan kenyataan Syed Naufal tadi.

"Yelah. Dah itu yang dia nak. Dari awal lagi dia tak kasi aku sentuh dia. Nak buat macam mana ? Aku ni yang seksa kena tahan tau. " jawabnya.

"Rugi lah kau bro. Maknanya kau belum rasa lagi nikmat perkahwinan ni. " jawab Hadi diiringi gelak tawa.

"Hahaha, takpa. Sabar dapat membuahkan hasil yang lumayan. Hahaha mana tahu nanti anak aku lagi ramai dari kau. " jawabnya.

"Wah.. ayat kau sekarang bukan main lagi. " kata Hadi.

"Alhamdulillah. Dia sedikit sebanyak dah ubah aku kearah lebih baik. Aku pun dah mula solat sekarang. Sebab tu aku rasa macam dah betul-betul jatuh cinta dengan dia. " kata-kata Syed Naufal tu sedikit menyenangkan hati Hadi. Yelah, dia pada mulanya risau juga dengan sepupunya tu. Apa lagi bila dia dapat tahu dulu, yang Syed Naufal mengahwini Nur hanya kerana ugutan mama dan papanya.

"Bagus lah kalau macam tu. " jawab Hadi tersenyum.

Cahaya. ✔Where stories live. Discover now