-23-

22.6K 468 5
                                    

Syed Naufal mundar-mandir dalam bilik. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

Macam mana ni. Papa suruh ikut pergi masjid, aku ni mana lah reti nak solat. Habis tu apa aku nak buat sekarang ni.

Nur keluar dari bilik air dan melihat suaminya tu macam kera kena belacan.

"Kenapa ni Fal ? Tak bersiap lagi ? Kejap lagi dah nak gerak pergi masjid kan. " soal Nur.

Dia memandang Nur dengan wajah kesian. Berharap yang isterinya tu faham tentang apa yang berlegar dikepalanya.

"Ohh, Fal tak reti ae ? " soal Nur seakan faham tentang keadaan suaminya tu.

"Haa lah. Fal tak tahu nak buat apa ni. " jawabnya.

"Takpa.. Fal ikut je kami pergi masjid. Fal solat sebelah papa. Fal ikut je pergerakan orang kiri kanan Fal. Nanti kita balik dari masjid, Nur ajar Fal panduan solat. " terang Nur.

Syed Naufal merasa lega sedikit dengan cadangan isteri dia tadi. Dia mencapai kain pelekat yang disediakan oleh mamanya tadi dan disarungkan.

Selepas bersiap Syed Naufal keluar dan diikuti oleh Nur. Langkah Nur terhenti apabila mendengar bunyi telefonnya menandakan mesej masuk.
Dia mencapai telefonnya dan nama Khair Idham terpapar diskrin.

-Nur, Am memang tak boleh terima semua ni. Sampai hati Nur kahwin dengan orang lain dan begitu senangnya Nur lupakan Am. Am takkan lepaskan Nur pada sesiapa. Kalau Am tak dapat Nur, maknanya orang lain pun takkan boleh dapatkan Nur.-

Berkerut dahinya membaca mesej dari Khair Idham tu. Tak sangka lelaki yang dah lama dikenalinya tu, bersikap kebudakan macam tu. Malas nak melayan, Nur hanya biarkan mesej tu tanpa membalasnya.

"Mama rasa macam mimpi pulak bila tengok Fal macam ni. Akhirnya apa yang mama dan papa harapkan dan doakan dah pun termakbul. " kata Puan Sri Siti Haliza.

"Em, papa yang suruh. Fal ikut jelah. " jawabnya.

"Jangan lah cakap macam tu. Fal kena cuba untuk berubah tau. Mula-mula memang kamu rasa macam terpaksa, nanti makin lama kamu akan terbiasa." nasihat mamanya itu dilekatkan dikepalanya.

Nur sedari tadi hanya berdiam saja. Fikirannya kusut memikirkan tentang mesej yang dihantar Khair Idham tadi.

Melihat suaminya membelokkan kenderaan ke arah lain, Puan Sri Siti Haliza kehairanan.

"Abang nak pergi mana ni ? " soalnya.

"Abang nak singgah ke kedai buku sekejap. " jawabnya.

"Nur nak ikut papa ye. " Nur yang diam dari tadi bersuara.



Cahaya. ✔Where stories live. Discover now