"Shit!!" Jerit Emilin kuat. Seluruh isi kelas yang buat hal masing-masing sebab cikgu tak ada itu terdiam 2 saat sebelum kembali bising.

"Aku tahu aku tak patut join korang main benda ni!"

"The damage has been done. Kitorang nak dengar jawapan je sekarang ni," Elman menyambung.

Dah lama dah, perhati je cinta tiga segi tak berdrama dalam kelas ni.

"Tak, masalahnya perlu ke korang tanya pasal ni? I mean, korang lelaki kut. Kalau perempuan, aku faham la busybody,"

"Alaaa... kamon la Em! Kau sejak bila tak sporting ni? Acah sial nak malu-malu," Azhar dah hempuk meja.

Being a busybody is not default, kayy?

Emilin pandang mereka bertiga. "Cakap dekat sini, habis kat sini je eh? No mocking, no gossips, no nothing. Janji?"

"Untuk Em, semua boleh!"

Tiga-tiga tu dah angkat tangan buat gaya baca ikrar. Ya Allah, penyibuknya jantan-jantan ni!

Gadis itu menarik nafas panjang. "Nazreen,"

"Woahhhh!!!"

Serentak itu mereka bertiga bersorak. Dah agak dah! Kesian Am kena friendzoned.

"Okey, dah eh? Aku pulak spin pensel,"

"Wait,"

Tangan Emilin yang baru memegang batang pensel Stabilo 2B itu terlepas. "Apa lagi?!"

"Saja nak nasihat kalau betul kau kahwin dengan Nazreen nanti. Hati-hati. Orang yang alim ni selalunya malam pertama dia ganas sebab dah lama dia sabar dengan kau. Roarrr!!"

Tiga ekor beruk Borneo berbontot merah tu dah berdekah-dekah ketawa meninggalkan Emilin yang masih ternganga.

What. The. Fu-  fotosintesis.

"Euww!! Apa ni Elman? Geli tahu tak?!!"

"Wooo... tengok muka dia dah merah. Tengah terbayang la tu!" Ujar Farish mengusik.

"Bapak merah sial muka kau!" Sambung Azhar menyokong.

Setannnnn!!! "Boleh tak sekali-sekala borak dengan aku macam korang borak dengan perempuan lain??!! Bastard!"

Mereka semakin seronok mentertawakan Emilin.

Em open minded. Dia tak kesah kalau ada member lelaki nak ajak sembang pasal hal lelaki. Tak, bukan wet dream eh.

Contohnya macam jenis kereta, brand rokok, isu vape kena banned dekat Johor pun dia rela layan. Dirty jokes pun dia selalunya relaks je.

Tapi bila babitkan namanya... woaahh!! This is not good, madafaka.

"Woi, sembang apa sial?" Tegur Izham sebaik sahaja dia dan Nazreen menapak masuk ke kelas.

Sebaik sahaja pandangan Nazreen dan Emilin berlaga, gadis itu dapat rasakan pipinya semakin berbahang.

"Em, kenapa muka merah sangat ni? Demam ke?"

Farish, Azhar dan Elman tergelak mendengar soalan suci tak berdosa Nazreen.

Gadis itu ketawa kecil. Dia dapat rasa pipinya panas.

"Korang memang gonjeng," gumamnya rendah. 

Sehelai negligee berwarna beige dicapai dan disarungkan ke tubuhnya. Setelah itu dia memandang cermin panjang di dalam closet itu.

Erghh! Emilin menggeleng. Ya, dia perlu pakai baju tidur biasanya je.

Satu Mimpi ✔Where stories live. Discover now