#18 - Hubby

19.8K 1K 40
                                    

Pintu kayu itu terbuka menampakkan Hani di muka pintu.

"Boss, it's time."

"Time... what?"

Hani bercekak pinggang memandang bosnya. You're damn lucky to have me as your secretary.

"Meeting dengan JK Corp. Diorang dah tunggu dekat meeting room dah, bos."

"Ya Allah!" Emilin tepuk dahi. "Macam mana I boleh lupa? Okey, okey, give me a sec,"

Segera dia mencapai fail berkenaan projek Bosque City, projek usahasama dua syarikat mega ini.

Pintu kaca bilik mesyuarat itu ditolak. "I'm sorry for the late. Shall we start our discussion?"

Mesyuarat itu berlangsung dengan jayanya. Sedar tak sedar sudah sebulan berlalu sejak akad dilafazkan Nazreen. Sudah sebulan Emilin bermadu.

Hidupnya... okey je la setakat ni. Sakitnya datang dan pergi. Hubungannya dengan Nazreen baik sahaja. Dengan Azra pun okey la.

Cuma, yeah, masa Nazreen bukan lagi untuk dia seorang. Tidurnya tidak lagi ditemani lelaki itu setiap hari. Tapi mujurlah mereka tak sebumbung.

Dia bukan malaikat, tidak ada rasa cemburu.

"So, miss, would you like to join us for lunch?" Syed Shukri menegur gadis yang sedang sibuk mengemas kertas-kertas yang berteraburan di atas meja.

"Actually, I'm a puan," Emilin menghulurkan senyum pada Syed Shukri, individu yang dia akan banyak berurusan menenai projek ini.

Senyumnya turut dihadiahkan buat Dato' Zakir dan beberapa orang lagi wakil dari JK Corp yang sudah mahu menapak keluar dari ruangan itu.

"Oh really? But you look so young. And I must add, beautiful,"

Emilin tergelak mendengar kata-kata Syed Shukri. "Such a sweet talker," failnya dicapai sebelum melangkah keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

Lelaki itu turut membukakan pintu untuk Emilin.

"And I must add, such a gentleman."

"Well, thanks for the compliments. Tapi you tak jawab soalan I lagi. Will you?"

Jam tangannya dipandang sekilas. "I guess, okey kut. Let me get my things first,"

"Great! We'll wait for you downstairs,"

Emilin masuk ke pejabatnya dan mencapai tas tangan. Telefon bimbit dikeluarkan.

Segera nombor Nazreen dicari.

"Assalamualaikum, biy,"

"Waalaikumussalam. Ya sayang manja I, nak ajak I lunch ke?"

Emilin menggigit bibir. "Alaa... too bad baby. I already have a lunch date,"

"Lunch date?" Terangkat kening Nazreen. Bae dia ni memang tahu nak buat dia cemburu.

Tawa kecil di hujung talian membuatkannya mengecilkan mata. Si nakal ini...

"Dengan siapa?"

"Dengan mamat hensem. Dah la kacak, hottie, gentle gila pula tu. You know, aura bad boy dia kuat kut radiated. Roarr!!"

"Bae..."

Emilin sedaya upaya cuba menahan ketawa. Suara Nazreen yang sudah bernada amaran itu tak menakutkan langsung.

Kelakar ada la.

"Apa?" Suara innocent. Fake.

"Nakal kan? Nakal. Takpe, malam ni malam kita kan? I'll see you at home, baby."

Satu Mimpi ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt