Untuk ke surau pula, aku kena daki (tak adalah daki sangat, tapi jalan ke surau itu agak berbukit juga) bukit. Makin lencunlah satu badan aku. Langkahku dipercepatkan. Perasaan ingin duduk di bawah pusingan kipas yang laju semakin membuak-buak. Aduh, kenapalah surau aku tak ada pendingin hawa? Satu-satunya tempat yang punya pendingin hawa hanyalah di bilik pengetua dan bilik guru. Berat sebelah betul. Patutlah cikgu-cikgu makin lambat masuk ke kelas. Mereka tahu bilik guru itu lebih selesa daripada kelas yang kadang-kadang kipasnya selalu rosak.

Sampainya aku di sana, cepat-cepat aku tanggalkan kasut dan terus meluru masuk ke dalam surau. Saf-saf di bahagian hadapan sudah penuh dengan jemaah pelajar. Mereka baru saja selesai rakaat kedua.

Aku memerhatikan bahagian belakang surau, mencari-cari muka yang aku kenal, namun hampa. Cuma ada sekelompok pelajar tingkatan lima dan beberapa orang pelajar tingkatan empat yang sedang tidur terbongkang. Kadang-kadang kedengaran dengkur mereka meningkah-ningkah takbir imam. Surau sekolah aku ini dua tingkat. Di bawah pelajar lelaki dan di atas tempat pelajar perempuan sembahyang. Jadi budak-budak lelaki ini memang takkan rasa segan dan silulah untuk tidur ke, bergusti ke, buka baju ke, sebab memang lelaki saja di bawah ini. Aku cukup yakin kalau lelaki dan perempuan sembahyang di satu aras yang sama, mereka takkan buat perangai macam ini.

Tanpa membuang masa, aku terus pecat tali leher dan songkok dari tuduhku dan terus ambil tempat biasaku di belakang surau, dekat dengan almari yang tersusun alquran-alquran yang tersusun elok, mengumpul habuk. Aku pasti, almari ini akan kurang berhabuk apabila musim peperiksaan semakin dekat. Pasti banyak alquran yang diambil daripada almari usang ini.

Aku sandar dan tempatku betul-betul berada di bawah kipas. Sesekali terasa angin kipas menampar manja pipiku. Bermain-main dengan rambutku. Nyaman.

Pandanganku dilontarkan di bahagian hadapan surau. Tekun saja mereka sedang sembahyang. Ada yang mata terpejam. Ada yang mata lihat di tempat mereka sujud. Ada yang matanya meliar ke kiri dan kanan melihat orang lain. Aku senyum sinis.

Badan memanglah teratur, mengikut tertib dan mengikut rukun, yang mulanya daripada takbiratul ihram dan berakhir dengan salam. Secara fizikalnya, memang nampak begitu. Tapi secara rohaninya, betulkah mereka sedang menghadap Tuhan? Betulkah akal dan hati mereka sentiasa bersama Tuhan? Atau sedang teringat akan betapa pedasnya secuit sambal belacan menu tengah hari tadi? Atau sedang teringat akan kerja sekolah berlambak yang perlu disiapkan? Atau saja sedang teringat akan awek cun yang bakal diusya semasa prep nanti? Jika waktu sembahyang pun hati tidak bersama Tuhan, bila lagi?

Lagu Visions nyanyian Abnormality mengejutkanku daripada lamunan. Lagu metal ini mempunyai permulaan yang terus dengan orang menyanyi (menjerit?) dan lirik yang aku tak faham satu apa pun. Dan tiba-tiba aku terus mendapat satu idea yang bernas!

Pantas saja aku bangkit dan menuju ke arah orang yang sedang solat di saf yang paling belakang. Aku tak hiraukan mata-mata yang memandang aku. Kalau mereka berani nak masuk campur, aku tak ada hal. Men use fists to interact.
Aku menjenguk-jenguk mereka yang sedang solat. Ke hulu ke hilir, cuba untuk mencari budak yang sesuai. Tak, terlalu gemuk. Ni terlalu kurus. Ni form 3. Ha, jumpa! Akhirnya aku memilih seorang budak form 2 yang kecil saja saiz badannya. Lagu Visions masih berkumandang, dan mereka masih sembahyang. Sudah rakaat ketiga. Atau keempat? Entahlah. Aku pun tak pasti. Tapi apa yang aku pasti ialah aku nak buat sesuatu yang gempak.

Aku cabut earphone aku, dan aku terus naikkan volumenya hingga maksimum. Walaupun earphone itu masih di tanganku, aku masih dapat dengar nyanyian (jeritan?) nyaring vokalis kumpulan metal Abnormality itu.

Dengan senyuman yang paling jahat, aku terus sumbat kedua earphone aku pada budak form two yang sedang sembahyang di hadapan aku ini. Bahunya terjungkit sedikit apabila segala jeritan nyaring, petikan gitar, hentakan dram menghentam gegendang telinganya. Dia masih meneruskan rutin sembahyangnya. Sesekali matanya terkelip-kelip, cuba untuk khusyuk mungkin. Mulutnya terkumat-kamit. Mungkin terpaksa mengulang bacaan surah alfatihah beberapa kali. Lagu Visions masih memekak di telinganya dan dia masih khusyuk sembahyang sambil membuat muka yang pelik dan kelakar!

Tak dapat nak tahan bila melihat mukanya yang sememeh sebegitu, aku terus tergelak dengan kuatnya. Surau itu bergema dengan ketawaku yang kuat itu. Tak cukup dengan itu, sempat juga aku berguling sekali-dua sebelum keluar daripada surau itu dan terus pergi ke kelas untuk sesi prep petang. Dan aku masih ketawa ketika dalam perjalanan ke sekolah apabila teringat muka budak itu lagi.

***

Benda yang paling aku benci sekali dalam dunia ini, selain orang yang makan dengan mulutnya yang terbuka dan aku boleh nampak makanan yang dikunyahnya hancur secebis demi secebis sambil mulutnya mengeluarkan bunyi capcapcap yang menjengkelkan, ialah prep petang. Like seriously, apa gunanya kelas prep ni? Bukannya ada orang buat kerja sekolah pun waktu ni. Ugh!
Aku pandang sekeliling kelas. Masing-masing senyap dan tunduk menghadap buku di atas meja masing-masing. Masing-masing tekun menyiapkan kerja sekolah masing-masing. Okay, mungkin aku seorang saja yang tak buat kerja sekolah waktu ni, but still, aku benci kelas prep!

Aku memandang buku yang terbuka di hadapan aku, yang masih kosong tanpa jawapan. Cuma ada sebaris soalan di bahagian atas kertas. Itupun aku sengaja tulis untuk nampak at least aku ada tulis sesuatu atas kertas ini. Aku mengeluh. Kalaulah diberi pilihan untuk mempunyai superpower dalam dunia ini, aku taknak banyak. Aku takkan pilih boleh kawal cuaca, aku takkan pilih untuk jadi halimunan, aku takkan pilih untuk terbang, hanya satu saja yang aku nak, iaitu untuk mempunyai kuasa yang boleh menyiapkan kerja sekolah aku dalam sekelip mata.

Bosan. Itulah aku kalau bosan, memang minda aku akan menerawang entah ke mana-mana. Aku bangun daripada tempat dudukku, meregang-regangkan ototku yang terasa tegang dan berjalan keluar dari kelas. Begitulah aku, kalau aku dah bosan masa prep, aku akan lepak bersidai di koridor depan kelas.

Koridor di arasku kosong. Masing-masing sibuk siapkan kerja sekolah lah tu. Rajin sangat mereka ni. Tak faham aku. Tiba-tiba aku terlihat seorang budak lower form baru keluar dari tandas blok hadapan blok kelas aku.

"Hoi!"

HIJRAH (HIJRAH, #1)Where stories live. Discover now