PREVIEW BAB 2

1.1K 21 5
                                    

Allahuakbar allahuakbar!

Nyaring suara azan memecah langit cerah siang itu. Sesekali kedengaran suaranya pecah sedikit. Budak form 1 yang baru baligh mungkin yang sedang azan. Suasana di aspura (asrama putera) sunyi-sepi. Mungkin masih ramai lagi yang sedang makan. Lauk kurma ayam dan sayur bayam menjadi menu hari ini. Oh, tak dilupakan juga, seciut sambal belacan di hujung pinggan. Waktu persekolahan dah habis dalam pukul satu tadi. Biasanya, semua pelajar akan terus turun ke dema (dewan makan) untuk makan tengah hari sebelum pergi ke surau. Tapi, untuk budak-budak upper form macam aku ini, boleh saja bermalasan di dorm sekejap. Ambil angin kata orang.

Aku mengendap-ngendap di tingkap. Tingkap bilik aku betul-betul menghadap dewan makan. Jadi aku boleh nampak dengan jelas orang yang keluar-masuk di dewan makan.

"Weh budak. Weh!" budak bermuka jambu, yang tingginya aku tak rasa mencecah bahu aku itu tertoleh-toleh. Mencari siapa yang panggil dia.

"Ni, dekat atas ni. Weh, budak. Pandang ataslah oih!" akhirnya budak itu mendongak dan dia nampak aku yang sedang melambai-lambai macam orang gila.

"Meh sini. Datang dorm aku kejap," aku nampak dah muka dia berubah cuak. Biasalah, bila dipanggil senior kenalah buat muka cuak. Takkanlah nak tunjuk muka berani pulak kan? Mahu kena belasah berjemaah.

Agak untung juga aku masuk ke asrama ini semasa tingkatan empat. Pertama, aku tak perlu merasa disuruh buat benda yang bukan-bukan oleh senior. Keduanya, aku sebagai pelajar tingkatan empat, secara automatiknya sudah ada 'lesen' untuk menyuruh junior buat benda yang pelik-pelik. Nak tahu apa benda pelik yang selalu senior suruh?

"Ya bang?" satu suara halus menayapaku dari pintu.

"Haaa bagus, bagus. Kau tolong bukak suis kipas dekat sana tu. Aku malas betullah nak bergerak. Panas betul harini," aku membebel sambil membetulkan letak kepalaku di atas bantal.

Suis dipetik dan serta-merta bilikku penuh dengan angin yang damai lagi menyejukkan. Aku nampak budak itu terus keluar daripada bilikku.

"Ehhh budak! Kau nak pergi mana tu? Aku belum habis lagi ni. Kau sabar jap. Meh meh masuk balik dalam. Takkanlah kau ingat aku panggil kau penat-penat naik atas ni untuk bukak suis kipas je kan?" budak itu sudah menggentel-gentel benang yang terkeluar dari poket seluarnya.

"Ada apa lagi bang?"

"Kau pergi dekat loker aku yang hujung sana dekat tingkap tu, lepastu kau ambik seluar dengan baju sekolah aku, kau pergi gosok sekarang," kataku sambil mulut menjuih ke arah satu-satunya loker yang terbuka pintunya. Budak itu masih berdiri tegak di muka pintu. Aku dah angkat kening padanya.

"Ada masalah ke?"

"Tapi bang, dah azan dah ni. Saya nak pi solat pah tu satgi ada prep pulak bang," kecil saja suaranya.

"So? Itu masalah kau dan bukannya masalah aku. Dah kau pergi ambik baju dengan seluar aku sana, kau gosok sampai tajam. Kalau tak tajam siap kau," kataku sambil bangkit dari katil yang aku baring tadi. Sudah semestinya bukan katil aku. Takkanlah aku nak baring dekat katil aku pulak kan? Habislah komot cadar aku. Aku capai songkok hitam (yang sedikit berdebu) di atas katil aku dan aku pakai. Sempat aku capai pemain mp3 yang terletak di sebelah songkok. Earfonnya aku pakai dan lagu Unholly Confession nyanyian Avenged Sevenfold memecah gegendang telinga.

"Jangan lupa apa yang aku suruh tadi. Aku nak pi solat. Orang alim biasa solat awal waktu kau tahu tak?" bilangku sambil meninggalkan budak form 1 tadi yang masih berdiri tegak di pintu.

"Jangan lupa tutup suis kipas sekali."

***

Kedudukan antara aspura dan surau taklah jauh mana. Tapi bila dah kena menapak bawah cuaca yang terik, tanpa awan yang melindungi ini bukanlah satu idea yang bijak sebenarnya. Kalau aku tahu aku akan basah lencun dengan peluh aku tadi, baik aku sodorm (solat dalam dorm) saja.

HIJRAH (HIJRAH, #1)Where stories live. Discover now