PREVIEW BAB 1

1.8K 34 1
                                    

Aku buka mata perlahan. Bilikku masih gelap. Bunyi dengung daripada pendingin hawa memecah sunyi. Aku lihat jam di tangan. Sudah pukul enam suku. Aku segera bangkit dan menggeliat. Cukup enam jam aku tidur tetapi kantuknya masih ada. Katil, tilam dan bantal bagaikan tidak mahu berpisah denganku. Masih menarik-narikku kembali ke arah mereka. Bagaikan kedengaran suara lembut mereka memujuk rayu, "Ke marilah. Kembalilah kepada kami," tetapi aku tahu itu semua hanya perasaan aku. Jika benda itu terjadi betul-betul, memang sudah aku angkat langkah seribu.

Aku bangun dan membuka lampu. Daripada gelap, kini bilikku terang disinari cahaya lampu pendaflor yang terang. Hari ini aku bangun agak awal daripada biasa. Selalunya, apabila matahari tinggi, menegak di langit, barulah aku terpisat-pisat bangun daripada lena yang panjang. Namun, hari ini hari penting (bagi papa dan mama. Bukan bagi aku), sebab itu aku bangun lebih awal.
Aku capai tuala yang tersangkut, dan melangkah berat menuju ke bilik air. Pagi ini sejuk, dengan sejuk pendingin hawa lagi, tetapi nasib baik heater sudah tersedia ada. Tidaklah perlu aku menggigil sambil meraung semasa mandi nanti.

Usai mandi, aku bercermin sebentar. Air masih menitik-nitik, membasahi lantai, membentuk lopak-lopak air yang kecil. Rambut basah yang menutup sedikit wajahku, aku alihkan ke tepi. Aku bukanlah jenis seorang yang kacak, tetapi manis itu ada (perasan). Kulitku masih bersih daripada jerawat. Walaupun sedikit gelap, tapi kata orang, hitam-hitam manis. Acewah.

Aku segera bersiap. Baju tshirt putih kosong, aku sarungkan pada badan sebelum baju kemeja putih sekolah menutup tshirt putih tadi. Seluar hijau tua, aku pakai dan kemeja tadi disisip masuk ke dalam seluar. Tali pinggang yang turut berwarna hijau tua, aku pakai di sekeliling pinggang aku. Rambut yang basah, aku lapkan pada tuala, biar ia jadi sedikit lembab, sebelum disapu wax dan digayakan dengan gaya kebiasaan aku (disikat rapi ke tepi, dengan beberapa juntaian rambut terjatuh menyentuh dahi). Siap.

Aku lihat sekeliling bilikku. Dua buah luggage (satu besar dan satu kecil sedikit) sudah siap berisi segala pakaian dan kelengkapanku nanti. Baldi yang terisi sabun basuh baju, hanger dan kasut sukan terletak elok di tepi dua luggage tadi. Rasanya semua sudah siap. Oh, lupa! Aku berjalan menuju ke arah katilku dan aku terus menyeluk ke bawah bantal. Sebuah objek berbentuk empat segi aku pegang dan bawa keluar. Aku lihat ke dalam kotak itu. Masih terdapat beberapa batang rokok terisimpan. Cukuplah bekalan hingga hujung minggu nanti sebelum outing.

Tuktuktuk.

"Majid? Mbak nanya, apa sudah siap?" satu suara perempuan kedengaran di luar pintu. Mak Su. Nama panjangnya Sutinah, tapi dia lebih selesa dipanggil Mak Su. Katanya, bunyinya lebih keMalaysiaan. Apa-apa sajalah.

Aku rasa Mak Su tahu aku merokok. Sebab selalunya, bilik aku ini memang dia yang kemas. Dan kotak rokok memang aku selalu sorokkan di bawah bantal. Jadi aku rasa dia tahu. Mama dan papa? Mereka terlalu sibuk dengan kerja masing-masing sampai aku rasa mereka lupa yang mereka ada anak. Kecuali hari ini. Hari ini mereka sanggup mengambil cuti (yang menurut mereka sangatlah susah untuk ambil disebabkan mereka ini merupakan ahli penting dalam syarikat terbesar di Malaysia. Apa-apa sajalah) demi untuk menghantar aku ke sekolah asrama.

Entah bagaimana aku berjaya mendapat tawaran ke sekolah asrama pun aku tak tahu. Keputusan PMRku hanya cukup-cukup makan saja. Mungkin papa menggunakan segala pengaruhnya, segala kabel yang dia ada demi untuk memastikan anaknya yang seorang ini 'berjaya' di dalam hidup. Lagipun, dialah yang paling bersemangat tatkala surat tawaran masuk ke sekolah lamanya tiba di rumah.

Entah apa yang dikerjarnya berjaya itu, aku pun tak tahu. Bagi papa, jika masuk ke dalam sekolah yang bagus, universiti yang bagus dan mendapat kerja yang bagus, gaji yang besar, sudah dikira berjaya. Apa dia tidak tahu definisi berjaya itu sangat luas?
Berjaya bukan setakat pada pangkat mahupun kerjaya, kan?

HIJRAH (HIJRAH, #1)Where stories live. Discover now