BAB 17

1.9K 147 0
                                    

Gabriella dan beberapa orang pembantunya membawa Cassandra ke dalam khemah perubatan.Di situ ditempatkan herba-herba bagi merawat luka luaran dan luka dalaman.

Dengan perlahan, Gabriella meletakkan Cassandra di atas katil.Gabriella seorang ahli perubatan tradisional di perkampungan itu.Dia berumur 51 tahun dan merupakan sahabat kepada Ralph, ayah Cassandra.Dia tidak mempunyai anak, jadi dia menganggap Cassandra sebagai peneman hidupnya.

Dia juga dibantu oleh beberapa orang pembantunya, iaitu Donna, Annie dan Ramona.Mereka bertiga merupakan ibu tunggal dan umur mereka dalam lingkungan lewat 20-an hingga awal 40-an.Mereka semua telah kematian suami semasa perang di kampung halaman mereka.Sudah pasti mereka masih berdendam terhadap Denna setelah apa yang perempuan itu telah lakukan.

Donna memeriksa ubat-ubat untuk digunakan sementara Gabriella memeriksa kecederaan yang dialami Cassandra.Dia tahu apa yang patut dibuat semasa merawat pesakit.Sebagai anak murid Gabriella, dia telah mewarisi pelbagai teknik perubatan.

Gabriella amat terkejut.Rahang Cassandra yang telah patah akibat ditumbuk oleh Katilda sebentar tadi telah kembali pada kedudukan asalnya.Luka-lukanya juga mula mengecut dan tidak meninggalkan sebarang parut.Belakang badannya juga tidak mengalami sebarang kecederaan.Segalanya berlaku di hadapan mata Gabriella sendiri."Ini satu keajaiban,"jeritnya keriangan.

Kejadian itu juga disaksikan oleh pembantu-pembantunya."Pergi panggil ketua.Dia mesti gembira" kata Gabriella kepada Annie.

Annie berlari mendapatkan Ralph.Dia begitu gembira mendengar berita ini.Annie menarik tangan Ralph dan berlari ke khemah perubatan.Annie terlalu gembira sehinggakan dia terlupa yang dia hampir mematahkan tangan orang tua itu.

Ralph begitu terkejut dengan apa yang disaksikan olehnya."Saya tahu yang saya boleh percayakan awak Gabriella.Awak memang seorang pakar," kata Ralph keriangan.

"Awak patut berterima kasih kepada Katilda.Saya pernah dengar, darah puntianak mampu menyembuhkan segala penyakit selain mati." Gabriella memerah kain basah, lalu diletakkan pada dahi Cassandra.

"Mungkin kita boleh cipta elixir daripada darahnya.Ini satu penemuan yang hebat, ubat yang boleh mengubati ribuan penyakit.Wah!! Kita mungkin akan jadi kaya nanti,"Ramona memberikan cadangannya.

"Tak boleh!" Bantah Gabriella. "Puntianak boleh mengubati dan membunuh mengikut kehendaknya sendiri.Kandungan di dalam darah mereka boleh berubah, sama seperti hati mereka.Puntianak tak boleh dipercayai." Kata Gabrielle dengan tegas.Dia agak arif berkaitan ubat-ubatan purba.

"Bila anak saya akan terjaga, Gab?" Ralph menyampuk.

"Bergantung.Kalau dia lemah, mungkin dalam lima hari.Tapi, saya tau dia seorang gadis yang kuat.Barangkali, dia akan terjaga
malam ni atau esok pagi,"jawab Gabriella.

"Saya harap dia tak perlu tengok apa yang akan terjadi pada Katilda esok pagi.Saya dapat rasakan, kalau semua ni tak terjadi.Mungkin mereka sudah rapat sekarang," keluh Ralph.

"Kami sentiasa bersama dia.Anak awak, anak kami juga" Gabriella memegang bahu Ralph dan memberikannya senyuman.

Ralph berjalan keluar daripada khemah.Sebelum dia sempat melangkah ke luar, Gabriella menegurnya."Mana tongkat awak?"

"Dekat rumah.Sejak awak berikan saya herba tu, saya dah semakin sihat.Terima kasih banyak-banyak Gab."

"Sama-sama.Saya suka tengok awak sihat.Awak semakin kacak"
puji Gabriella.

Ralph beredar daripada situ dengan senyuman.

"Oh ya, Donna.Awak tolong jagakan Cassandra,"Kata Gabriella.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now