BAB 7

2.3K 170 0
                                    

Katilda menemui sebatang anak sungai di dalam hutan, lantas berjalan ke arahnya.Dia sudah tidak larat untuk berlari. amukan 'raksasa' di dalam diri telah menghabiskan tenaganya.
Aku perlu kawal rasa marah.

Katilda mencuci tangannya yang berlumuran darah.Kemudian, dicedok air sungai yang dingin itu , lalu meminumnya.

"Ahh..leganya." Dia mencuci mukanya yang kusam.Dia sangat terkejut apabila melihat pantulan dirinya pada permukaan air.

Wajahnya putih seperti salju.Matanya sebiru batu nilam, rambutnya hitam dan ikal mayang.

"Adakah aku ni sudah 35 tahun?" Katilda membelek-belek wajahnya.

"Aku tidak ubah seperti gadis berumur 21 tahun.Benar kata Sylvia, aku lebih cantik daripada dia," Katilda memuji dirinya sendiri.

Setelah puas membelek wajahnya, Katilda mahu merehatkan diri setelah penat seharian.Dia menghempaskan badannya di bawah sebatang pokok berdekatan anak sungai.Dia mengigit kuku, lalu diludahnya ke tanah.

Tiba-tiba Katilda terlihat kepulan asap di sebalik pokok-pokok di situ.Katilda bangun lalu menjenguknya.

"Jika ada asap pasti ada apinya, jika ada api pasti ada yang menyalakannya".Lokasinya tidak jauh daripada tempat Katilda berehat.

"Mungkin ada sebuah perkampungan di situ - atau mungkin kem tentera.Aku tidak kisah, asalkan aku ada tempat untuk berteduh.Jika itu kem tentera, mereka pasti tidak akan hidup lama.Aku tidak kisah jika aku mementingkan diri sendiri, itulah yang dibuat oleh manusia sekarang untuk hidup.

Katilda meredah anak sungai untuk ke seberang."Mungkin aku akan dapatkan pertolongan di sana.Aku harap aku akan dapat makan yang sedap-sedap."

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now