Hidup (Bab 2)

1.5K 85 13
                                    

Terima kasih sebab baca PART 1 enovel SUAMIKU PEMBUNUH. Now sambung bab 2 pula. Harap okey saja membacanya ya. ^_^

###########################


"CEPAT Akram, cepat naik!" Syura menarik tangan Akram secepatnya, Akram masih terpinga-pinga memandang Syura datang tiba-tiba bersama botnya.

Akram memandang ke kiri dan kanan, "Tapi Aisha macamana?" tanya Akram risau.

"Awak suka atau tidak anggaplah dia dah mati." Syura bertegas.

"Tapi bukan awak suruh saya bawa dia ke pulau tu?" tanya Akram lagi, sengaja bernaif-naif.

Syura senyum, "Awak jangan buat-buat polos pula Akram. Siapa yang rancang semua ni. Sudah! Jangan banyak cakap. Naik! Kita kena pergi dari sini secepatnya! Takut ada orang nampak pula." Syura mengarah memandang Akram.

"Tapi aku tak naklah dia mati tragis macam ni sampai mayat tak jumpa." Akram bersuara lagi selepas naik.

Syura geleng kepala, "Awak sayang saya atau tak? Awak suka atau tak awak dah terlibat Akram. Awak yang beritahu saya Aisha takutkan laut dan tak tahu berenang. Awak pun tahu tentang rencana kita. Kalau awak buka mulut, awak pun akan turut sama terseret dan nama baik awak juga yang akan terjejas." Syura mengingatkan Akram.

"Tapi aku bukan pembunuh." Akram seakan kesal.

"Sudah! Awak jangan berdrama pula dekat sini. Awak baru saja terlibat dalam satu pembunuhan Encik Akram Tan Sri Abdullah. Itu kenyataannya!" Syura tegas.

Akram geleng kepala sambil melihat sekeliling. Semua kenangan bersama Aisha pudar dan menghilang begitu sahaja.

"Jali, awak tunggu apalagi. Jalan!" arah Syura pada pemandu bot mereka.

"Nah tuala untuk awak. Nanti pandai-pandailah awak cakap dengan keluarga awak pasal dia. Yang saya tahu saya akan berada dalam rumah tu sebelum hujung minggu ni bersama Daniel. Saya dah puas bersabar selama setahun Akram. Saya nak jadi isteri yang diiktiraf, bukan macam perempuan simpanan awak! Ingat janji kita Akram." Syura memandang mata Akram sekali lagi.

Akram cair memandang Syura menjelingnya, dia tersenyum, "Saya ingat sayang." Akram menarik tangan Syura dan memeluknya, setitis bayangan Aisha pun sudah tidak diingatnya lagi.

Bot mereka berlalu meninggalkan bot yang karam tadi terhuyung hayang dan juga Aisha yang mungkin sudah berada di dasar laut dan takkan diingati sesiapa selepas itu...

*************************

"Kelip-kelip ni untuk Cik June..." Akram memberikan June botol berisi kelip-kelip di dalamnya.

June geleng kepala, "Awak jangan tangkap kelip-kelip ni. Dilarang tahu!" marah June.

"Saya tahu Cik June akan marah saya. Sebab tu saya tangkap kelip-kelip ni untuk Cik June. Supaya kita sama-sama lepaskan mereka." Akram senyum memandang June.

June herot mulut pandang Akram, "Baik tak payah tangkap tadi, awak ni..." June meleter.

"Saya tangkap kelip-kelip ni untuk kita sama-sama tengok keindahan yang Tuhan cipta. Walau sementara hidupnya tapi bawa kebahagiaan yang berganda-ganda.." Akram bermadah.

June senyum lagi, dalam fikiran June, entah apa-apalah lelaki yang satu itu merepek bagai.

"Marilah, nanti mati pula mereka." Akram mengajak June ke tepi sungai.

June hanya menurut.

"Nah, Cik June lepaskan mereka..." Akram memberi botol kaca itu kepada June.

PEMANGSA (REVENGE 2 - TELAH TERBIT)Where stories live. Discover now